Wednesday, November 16, 2011

Ujian 1: 013

Rasulullah bersabda yang berbunyi, “ Dua ujian yang seringkali manusia lupakan iaitu nikmat kekayaan dan nikmat kesihatan”.

Benar sekali kata-kata Rasulullah itu.  He is a super genius.  Manusia jarang sekali sedar bahawa kekayaan dan kesihatan yang baik kurniaan Allah itu adalah juga ujian daripadaNya.

Allah ingin melihat samada hamba-hambaNya bersyukur atau tidak dengan kurniaanNya dan menggunakan kurniaan itu pada jalan yang diredhaiNya.

Saya melihatnya dari sudut lebihan wang gaji.  Dengan lebihan gaji itu, adakah kita merasa cukup dengan apa yang kita miliki (baca: bersifat qana’ah)?  Ramainya tidak qana’ah.  Kadangkala saya juga tewas untuk qana’ah bila mana duit melambak di dalam tangan. 

Sebagai contoh, ramai sekali yang menaik taraf kemampuan alat telekomunikasi mereka berkali-kali sedangkan ia hanya berupa KEMAHUAN semata-mata, bukannya KEPERLUAN.  Kecanggihan alat telekomunikasi ini tidak akan berhenti, begitu juga manusia yang tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada.

Simpanlah lebihan wang gaji itu, walaupun hanya RM 100 sebulan.  Jika dikumpul sikit-sikit, lama-lama akan menjadi banyak juga.  Lama-lama akan cukup juga, kalaupun tidak untuk melaksanakan haji, sekurang-kurangnya memadai untuk menunaikan umrah.  Tidak teringinkah kita untuk mengunjungi tanah yang paling dicintai Allah dan rasulNya iaitu Makkah dan Madinah?  Tidak teringinkah kita menjejakkan kaki di tanah asalnya iman kita sebagai seorang Islam?

Saya ingin ke sana lagi, insyaAllah mudahkan lah ya Allah.

No comments:

Post a Comment

What Say U?