Friday, April 27, 2012

Tunjuk pandai: 043

Kepantangan saya orang yang suka sangat tunjuk pandai.  Buat-buat pandai!

Orang-orang macam ini memang Allah jadikan mereka sangat meyakinkan orang yang mendengar kata-kata mereka.

Saya salah seorang yang telah terpengaruh dengan buat-buat pandai dia.  Padahal, sebelum ini dia pernah mengeluarkan cerita dan cakap yang sungguh tidak berfakta tepat/ mereka-reka kepada orang lain sehingga jatuh percaya orang yang mendengar.  Sehingga pada waktu itu, saya merasa kasihan dengan isterinya.

"Apa lagi yang dia dah kelentong isterinya yang seorang surirumah itu?"

Namun, kuasa Allah tidak terbatas kan, jadi Allah telah tunjukkan jalan kepada saya.

Lain kali berwaspadalah.  You can hear but don't listen!  You can see but don't believe!

Kepada orang yang suka tunjuk pandai, "shut up!" 

You just make me MOODY!

Wednesday, April 25, 2012

Yessss Boss! :042

"Jangan melawan bos".

"Kalau kamu ada perbezaan pendapat pun, jangan melawan bos".

"Kalau bos cakap A, maka A lah. Jangan lawan bos".

"Bos cakap apa pun, ia kan saja. Jangan lawan bos".

"Sekali kamu melawan bos, habislah kamu.  Kerjaya terbantut.  Jangan lawan bos tau".

Saya rimas dengan nasihat orang2 'tua' ini.  Tidak meningkatkan motivasi langsung.  Tidak meningkatkan jati diri.  Tidak meningkat daya pemikiran kritis.

Saya setuju dengan sikap TIDAK MELAWAN itu.  Namun tidak bersetuju untuk Yes Boss sehingga pendapat kita tidak lagi perlu.  Sehingga kita mengangguk sahaja tanda setuju walaupun protes dalam hati.  Sehingga menampakkan kita seperti tidak berfikir.  Sehingga kita dilihat seperti lembu dicucuk hidung. 

Sepatutnya orang2 'tua' ini menegaskan bukannya jangan melawan bos tetapi jangan bersikap terburu-buru/ hentam kromo/ marah2/jump to the conclusion pada setiap perbincangan.  Jangan gopoh memberi pendapat.  Jangan memberi pendapat yang menjatuhkan bos kamu.  Jangan pendapat kamu dilihat negatifkan pendapat atasan/ sesiapa juga.

Ianya perlu untuk diperhalusi.  Pada saya, PR kena bagus.  Cakap mesti berlapik namun maksudnya sampai.

Kepada bos-bos pula, janganlah kerana pendapat tidak sama, terus sahaja berdendam sehingga rezeki orang itu dicantas-cantas.  Marahnya sehingga beberapa generasi.

"Berbeza pendapat tidak bermakna berMUSUH".

Monday, April 23, 2012

Radikal kah saya?:041

Saya bendahari Kelab Kebajikan, di pejabat saya.

Telah dipersetujui oleh Pengarah, yuran dikutip sebanyak RM 5 /bulan.  Ianya untuk aktiviti mesra harmoni staf (jamuan/ hadiah kelahiran/ hadiah perkahwinan) dan ihsan (kematian/ musibah).

Tapi, ianya tugas yang sukar, bila orang ramai tidak merasa bertanggungjawab untuk membayar yuran.  Menjadi dua kali sukar bila pengumuman memohon bayaran pun orang tanggalkan daripada dinding pengumuman.  Tiga kali sukar bila duit kelab selalu akan diminta untuk menampung belanja jamuan yang selalunya mencecah RM 600 (baca: 60 orang staf, caj 1 kepala RM 10).

Jadi, saya e-mel kan kepada semua staf rekod pembayaran mereka dan memohon pembayaran.  Dengan ilham yang Allah beri, saya sertakan sekali bayaran secara mudah iaitu melalui online.  Bank-in kan saja.  Sekarang ini pula, maklumat di hujung jari.  Tak perlu ke bank.  Taip2 sahaja, sampailah depan akaun bank.

Saya masih memerhati reaksi staf/ warga ofis/ rakan2.  Saya masih menunggu maklumbalas.  InsyaAllah, saya memohon kepada Allah tindakan yang berhikmah!  Ampunkan saya Ya Allah jika telah bertindak ekstrem/ radikal.

Saturday, April 21, 2012

Makan-makan APC: 040

Mak dan ayah serta adik2 kaki nasik Arab!

Tu yang mereka duk sebut2 kan pada saya masa mintak belanja sempena APC.  Haissh..pentas pon belum naik lagi. Hehehe..

But, I am okay with that.  InsyaAllah, ia rezeki yang dikongsi bersama.

Tapi, semalam mak kata takyah pulak makan kat restoran.  Katanya takyah bazir-bazir.  Beli lauk and masak kat rumah saya atau rumah kakak.

Respon saya,

"Ado ko masak makan kat rumah.  Dah lah tiap2 hari masak.  Sekali sekala nak juga makan orang lain masak.  Sekali sekala nak juga berehat dan bertenang".

Orang tua memang begitu.  Halus dalam berbicara bila melibatkan kewangan/ ekonomi rumahtangga anak-anak.

Namun, pada saya apalah salahnya berbelanja sedikit daripada wang saguhati APC tanda kita menghargai diri kita dan usaha kerja kita selama 6 tahun berkhidmat kan.  Orang lain menghargai kita dengan APC yang diberi, bila pula kita hendak menghargai diri kita sendiri?

Friday, April 20, 2012

Maaf yang tiada nilainya:039

Ianya laporan akhbar TheStar, Friday 20th April 2012.

BRUSSELS/WASHINGTON (Reuters) - U.S. troops are seen posing with the maimed bodies of suspected Afghan insurgents in photos published on Wednesday. 

In one of the pictures, a U.S. paratrooper posed next to an unofficial patch placed beside a body that read "Zombie Hunter," while in another photo soldiers posed with Afghan police holding the severed legs of an insurgent bomber.
Two soldiers in another photo held a dead insurgent's hand with the middle finger raised.
U.S. officials quickly condemned the behaviour seen in the pictures published by the Los Angeles Times.

During a meeting of NATO allies in Brussels on Wednesday, Defense Secretary Leon Panetta apologised for the latest incident "on behalf of the Department of Defense and the U.S. government" and said "that behaviour is unacceptable."

Ianya permohonan maaf yang TIADA NILAI kerana esok-esok mereka akan buat lagi.  Ianya UNACCEPTABLE tapi esok-esok ianya jadi acceptable.  Selepas terjadi, barulah UNACCEPTABLE! 

Mereka bukan tidak tahu yang syndrome war post-traumatic is killing their soldiers and their life, too.

p/s: Cukup2 lah kita menyokong Amerika, seru saya termasuk kepada pimpinan negara kita yang terchenta.

Thursday, April 19, 2012

Seru:038

Selalu kita dengar orang-orang yang belum menjejakkan kaki ke Mekkah/ Madinah atas urusan umrah/ haji adalah kerana belum sampai SERU.

"Bila nak menunaikan umrah?"

"Entahlah, belum sampai seru, nak buat macam mana".

Saya tidak bersetuju.  Menyatakan seru belum sampai hanyalah memberi justifikasi diri yang tidak bersedia/ tidak mahu pergi.  Seru itu adalah panggilan Allah, kata mereka.  Jadi, belum sampai seru itu maknanya Allah belum panggil?  Jadi, kalau belum sampai ke Mekah/ Madinah itu kerana belum sampai seru itu adalah salah Allah lah kerana belum memanggil? 

Masya Allah, berat tu.

Pada saya, kalau duit telah cukup, badan kuat dan sihat (tidak sakit berat sehingga bed-ridden) serta masa juga terluang, itu lah SERU nya.  Seru yang bagaimana lagi mahu Allah tunjukkan?

Saya melihat saudara mara saya yang kaya raya, setelah pencen menghabiskan 15 hari cuti-cuti di Eropah sedangkan Mekah/ Madinah belum lagi dikunjungi.  Alangkah ruginya.

Nikmat Allah yang manakah kamu dustakan?

Tuesday, April 17, 2012

Lagi-lagi APC:037

Saya tidak ingat samada ianya hadith ataupun firman Allah, tetapi ia berbunyi begini;

"Kadangkala rezeki itu Allah bagi melalui manusia dan kita sebagai seorang manusia seharusnya memudahkan rezeki / memberi ruang/ peluang rezeki kepada orang lain".

Alhamdulillah saya mendapat APC.  Ianya satu penghargaan dan kepercayaan orang atasan kepada saya.  Rezeki Allah melalui bos saya dengan beliau memberi penilaian yang baik terhadap kerja-kerja saya.

Alhamdulillah staf saya juga berkongsi pentas dengan saya, insyaAllah melalui penilaian baik saya terhadap kerja-kerjanya yang tidak mengenal jemu.

Tahun sebelumnya, seorang lagi staf saya juga telah menerima APC.  Alhamdulillah dan ia rezeki Allah kepadanya melalui penilaian yang bagus daripada saya sebagai orang atasan.  Beliau juga pada tahun ini telah berjaya naik pangkat!

Ianya rezeki daripada Allah yang datangnya melalui saya.  Sebaiknya kita tidak mencantas rezeki orang lain dengan berdengki dan busuk hati. 

Congratulations to Amin and Salwa! Owh, to my boss too, Encik Ahmad Tarmizi..kita berkongsi pentas tahun ni.

Friday, April 13, 2012

APC lagi: 036

Ia adalah surat buat sahabat yang saya sayangi lillahi taala.  Namun, namanya harus saya rahsiakan ye.

 اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
dan Salam Sejahtera,

K***,
 
Aku pun tak tau lah nak cakap macam mane.  Menyuruh orang yang berada dalam ujian supaya bersabar/ bertabah adalah kata2 yang terakhir kot.  Sebab ianya tak membantu sangat pun.  Paling teruk pun, mesti orang yang diuji akan kata, "kau cakap senanglah suruh sabar, yang kene teruknya aku ni haaa"..betul kan?
 
Aku pun bukanlah sabar sgt dengan ujian yang aku dapat (mungkin lah tidak sehebat ujian yang kau kene kan).  Tapi, untuk aku segera reda dengan kepayahan ujian, selalunya aku akan ingat kata2 kat bawah ni;
 
"Bahawasanya Allah itu memberi kamu ujian, agar dosa2 kamu dihapuskan.  Supaya nanti bila kamu mengadapNya di akhirat kelak, kamu berada di dalam keadaan suci bersih daripada dosa.  Pada ayat itu menerangkan kepada kamu betapa Allah sangat kasih kepadamu dan ingin menerima kamu dalam keadaan yang suci daripada dosa". 

Alhamdulillah n thanks for the congratulation wish.  Aku memohon perlindungan daripada Allah keburukan yang mungkin ada pada anugerah yang diberi.  Ia lebih kepada keburukan fitnah/ umpat keji manusia disebabkan anugerah ni. 
 
Bukan apa, banyak suara2 sumbang yang aku dengar bila orang itu ini dapat APC.  For me, atas alasan apa pun mereka dapat APC, itu adalah rezeki Allah kepada mereka.  Kalau dah Allah nak bagi, then Allah akan bagi rezeki tu.  It is just a matter of time, kan.  Kalau belum dapat, PERCAYA bahawa ia adalah rezeki yang ditangguhkan Allah.  Dengan itu, hatimu akan lebih tenteram.
 
Aku pun selalu berdoa kepada Allah;
 
"Ya Allah jadikanlah aku apabila mendapat rezeki SEDIKIT, aku merasa CUKUP, pada rezeki yang BANYAK, aku berSYUKUR".
 
Cubalah amalkan, semoga hati tidak berkeluh kesah dan merasa tenang.
 
Senario yang tidak diingini
 
"Tahniah Anis dengan APC.  Terubatlah sikit bila dapat APC ni kan.  Hari tu tak dapat naik pangkat".
 
Berdesing telinga saya, bukan kerana tidak dapat naik pangkat tetapi kerana kata-katanya yang seakan berupa simpati tetapi sekali lagi dengar seperti saya ini terlalu mendamba kenaikan pangkat itu.  Padahal, saya langsung tidak kisah kerana mempercayai dengan benar bahawa ia adalah rezeki yang ALLAH tangguhkan.
 
"Saya tak kisahlah, kak". 
 
Saya menjawab dengan berat.  I don't think I can tell her about my stand towards this matter, to people who is not believe that REZEKI is from ALLAH and see things positively.
 
I am sorry, dear.

Tuesday, April 10, 2012

APC:035

Alhamdulillahhirabbil-aalamin.

Ia anugerah yang besar buat saya selepas 6 tahun lebih bekerja.

"Saya memohon perlindungan Allah dari apa-apa keburukan yang disebabkan oleh anugerah ini".

Keburukan itu lebih kepada umpat keji manusia.  Ianya cerita yang hangat dalam seminggu dua APC diumumkan.

Selalunya yang suka memberi komen adalah mereka yang tidak mendapat APC lagi.  Kalau dia dah dapat, berdiam dirilah dia merasa taajub dengan pemilihan dirinya sebagai pemenang APC.  Saya agak begitu.  Bunyinya seperti kejam, namun begitulah kebanyakan manusia, selagi dia belum dapat seperti orang lain dapat, selagi itulah menjaja cerita kelemahan pemenang anugerah. 

Pada saya, layak atau tidak seseorang mendapat APC adalah soal kedua.  Soal yang paling besar adalah kepercayaan kita bahawa rezeki adalah di tangan ALLAH.  And it is just a matter of time.  Kalau lambat dapat, ia adalah rezeki yang ditangguhkan ALLAH.

Soal lain yang lebih penting, ia adalah janji ALLAH bagi sesiapa yang suka menderma.  Derma/ sedekah kita akan dibalas sekali ganda.  Ikut kepada pemahaman kita, jika sedekah RM 10, kita akan dapat kembali RM 20.  Malah Rasulullah pernah bersabda, bahawa kaedah ini boleh dicuba bagi meningkatkan IMAN kita.  Cuba sedekah dan lihat balasan ALLAH, benarkah mendapat 1 kali ganda dari nilai sedekah?

Saya tidak sungguh-sungguh mencuba, cuma saya sangat yakin dengan janji ALLAH itu.  Kalau agak-agak rasa kesempitan duit dalam bulan itu, saya akan cepat-cepat bersedekah dan akhirnya rezeki yang sedikit saya merasa CUKUP. 

Kadang-kadang bila berkira-kira berapa pulangan yang dapat, pulangan tidak seperti yang ALLAH janji, saya mengumpul yakin bahawa pulangan itu tidak semestinya sekarang, mungkin nanti-nanti.  Mungkin ia tidak berbalas sama, seperti duit dengan duit, makanan dengan makanan.  Ia mungkin duit dengan ketenangan, duit dengan makanan dan duit dengan kesihatan.

Saya merasakan APC adalah pulangan besar ALLAH kepada saya.

Friday, April 6, 2012

Macam-macam: 034

1) Makan2

Di pejabat kecil kami, ada collection RM 5/ bulan.  Ia hanya untuk kebajikan staf.  Untuk hadiah kahwin kali pertama, anak pertama, perpisahan, tukar tempat kerja, pencen, ihsan kematian dan jamuan perpisahan.  Namun, ianya sukar diperolehi.

Tapi, bila bab makan-makan jamuan perpisahan/ pencen, ada pula muka-muka yang tak bayar ini, yang paling bagus, mereka lah yang paling depan dan bergaya.  Menjadi pemula menceduk makanan.

Masya-Allah, kalaulah yang tidak membayar itu SAYA, insyaAllah saya tidak akan ada di situ kerana MALU.

"Sesungguhnya kiamat itu semakin dekat apabila orang yang melakukan DOSA tidak merasakan ia satu DOSA."

Pada saya, ia DOSA HUTANG dan ia dosa yang BERAT!

2) Pangkat
Suami saya bekerja sendirian selepas rakan sekerjanya naik pangkat.

Letih.  Penat. Sibuk sepanjang masa sehingga sms saya pun tidak sempat untuk dibalas.

Sesesorang akan menjadi partner nye nanti.  Besar harapan seorang isteri dan anak2 agar suami dinaikkan pangkat mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan rakan sekerjanya.  Ia sebagai reward untuk kerjanya selama lebih 10 tahun dengan dedikasi dan integriti yang tinggi.

Namun, ada cerita2 lain yang kurang enak. Seseorang dari luar (baca: yang langsung tiada pengalaman) akan dibawa masuk sebagai partner nye, bukan sebagai staf baru, sebaliknya mengisi kerusi Supervisor yang ditinggalkan.

Ya Allah, saya memohon perlindungan denganMU daripada penganiayaan pihak atasan terhadap suami saya.   

Wednesday, April 4, 2012

Ianya 80:33

Ia harga yang perlu dibayar untuk seorang cancer survivor bagi fund rising dinner.

Mustahil berbaloi untuknya.

Mustahil mampu untuknya.

Mustahil untuknya hadir.

Ia satu anjuran murni sebuah NGO untuk semua pesakit kanser.  Seperti kebanyakan NGO kebajikan, ia menyediakan komuniti sokongan untuk pesakit dan keluarganya.  Untuk berkongsi perasaan dan cerita kesembuhan serta amalan terapi diri masing-masing.

Suami saya tidak berminat.  Berkongsi kisah dengan peer-support juga dia keberatan.  Bukan kedekut ilmu tentang dirinya yang seorang survivor, namun kerana sebab di ataslah menjadikan dia lebih suka membina kekuatan dan motivasi sendiri.  Tambah pula dia seorang yang agak pendiam, memang sukar untuk bersembang-sembang.

Saban bulan belanja perubatan dan health maintenance yang agak tinggi perlu dikekalkan, ditambah pula dengan belanja tambahan (baca:bersifat sekali sekala) di atas, mana rasionalnya RM 80 itu. 

Ia belanja makan kami seminggu!

Monday, April 2, 2012

Sekolah agama vs. tuisyen: 032

Ianya sesuatu yang boleh dikaji.  Ada ibu bapa lebih suka menghantar anak2 ke kelas tuisyen berbanding ke kelas agama (sekolah PAFA).  Saya lebih mementingkan pendidikan agama untuk anak2, maka sekolah agama is a MUST.  I am not against tution, but kelas agama tidak boleh ditinggalkan.
Kalau perlu kepada kelas tuisyen, jadi ia boleh diuruskan pada hari Sabtu atau Ahad, bukan mengambil waktu sekolah agama anak2 pada sebelah petang.  Pada saya, sepandai mana anak2 itu, kayu ukurnya di akhirat nanti adalah anak2 yang SOLEH.  Anak yang akan mendoakan ibu bapanya apabila mereka tiada nanti.
Memberi justifikasi yang berat sebelah mengapa sebagai seorang ayah tidak menghantar anak ke sekolah agama, memang saya tidak boleh terima.
“Jadi, sekarang anak tak sekolah agama lah?” Tanya saya kepada seorang bapa yang sangat teruja menceritakan peningkatan pemahaman anaknya selepas bertuisyen.
“Tak, dah lama berenti.  Ayah mak yang hantar anak2 sekolah agama tu bukan apa, diorang tak tau nak letak anak kat mana bila habis sekolah sesi pagi”.  Jawabnya bersahaja, menutup aibnya yang tidak menghantar anaknya belajar agama dengan memberi justifikasi serong  terhadap orang lain.
Saya terkedu.  Geram. Hendak dibahas, ayah ini bukan berada pada tahap pendidikan yang sama dengan saya. 

Nabi juga pernah berpesan,
“Berbicaralah kamu mengikut tahap pemikiran orang yang  sedang berbicara denganmu”.
Saya juga inginkan anak2 yang cemerlang, supaya apabila mereka dewasa nanti, jika tidak menyenangkan saya dengan wang ringgit mereka, sekurang-kurangnya mereka tidak menyusahkan hari tua saya.  Jika mereka menjadi orang2 yang dihormati, biarlah dengan kekayaan mereka itu, lebih ramai orang-orang miskin terbela dan kebajikan mereka terjaga.
Itulah, Nabi S.A.W.  pernah berkata,
“Jika kamu ingin melihat diri seseorang itu, tunggulah apabila dia mula membuka mulutnya (berkata-kata)”.

Ya Allah, saya berlindung denganMu daripada lintasan hati yang jahat.