Tuesday, November 22, 2011

Tahu dan Faham: 017

Ia seakan sama tetapi berbeza.

Senario 1

Saya TAHU bahawa seorang sahabat saya berkerjaya baik (lulusan Ijazah) dan mempunyai suami yang turut sama berkerjaya hebat namun saya tidak FAHAM mengapa beliau mesti bersusah payah berniaga sampingan?

Jikalau setakat menjual barangan secara online tanpa perlu mengetuk pintu rumah orang, dan sekadar mengisi masa lapang tidaklah mengapa, saya kira.  Tetapi, apabila ia melibatkan menerima tempahan membuat kuih dan kek seperti muffin, cheese tart dan cup cake, saya menjadi dua kali tidak FAHAM. 

Saya menjadi tidak FAHAM kerana:

1)      Adakah betul ianya kerana hobi maka ianya diusahakan secara gila-gila (baca: passion)?
2)      Adakah pendapatan isi rumah tidak mencukupi atau tidak merasa cukup dengan apa yang ada?
3)      Adakah semua orang perlu menceburi bidang perniagaan (trend of lifestyle/ generating side income) atau saya seorang sahaja yang tidak ambitious dan merasakan cukup dengan apa yang ada?
4)      Adakah berbaloi masa lapang dengan anak-anak dipendekkan, masa mengaji dan melihat kerja sekolah anak dipinggirkan dan diserah tugas kepada bibik semata-mata kerana sebab-sebab di atas?

Saya memegang satu kata-kata Allah,

"Wahai anak Adam, lapangkan MASA untuk beribadat kepadaKu dan Aku akan menutup kemiskinanMu.  Jika Engkau tidak melaksanakan demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan kerja dan Aku tidak akan menutup kemiskinanmu".

Senario 2

Saya TAHU beliau seorang kerani.  Saya selalu terserempak dengannya apabila menghantar anak ke sekolah.  Mula-mula beliau memakai kereta Kancil.  Dalam hati, saya tidak berkata apa-apa.  Lama-lama beliau mula menghantar anak ke sekolah menaiki kereta yang lebih besar iaitu Waja.  Hati saya berkata pula, “waah, dah naik Waja”.  Tidak lama kemudian, beliau telah memakai Toyota Wish pula.  Hati kecil saya terus berbisik, “banyaknya duit dia ye.  Saya pun belum mampu untuk memilikinya”.

Saya menjadi tidak FAHAM bagaimana beliau mampu memakai kereta berjenama mewah tersebut.


Lalu Allah menyedarkan saya dan saya berdoa memohon keampunan Allah di atas lintasan hati yang tidak baik serta berprasangka.  Serta merta juga saya difahamkan oleh Allah bahawa kemungkinan beliau  mempunyai side-income yang lumayan atau beliau telah naik pangkat dan mungkin juga suaminya seorang yang berpangkat besar.   Siapa tahu kan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.


Benarlah firman Allah di dalam Ayatul-Kursi bahawa “kamu tidak akan mengetahui apa-apa pun tanpa keizinanNya”.

Tahu dan Faham, ia seakan sama tetapi timbang taranya berbeza.

Bersangka baik lah dan ia pasti sedikit sebanyak menjaga lintasan hati yang secepat kerdipan mata.  Astaghfirullahal-a’zeem.
“Ya Allah, kurniakanlah kepada ku kefahaman yang luas dan aku berlindung kepadaMu daripada lintasan hati yang jahat”.

Saya bersyukur kerana:

1) Athirah seronok di Kem Hafaz Al-Quran
2) Saya telah dapat mengganti puasa semalam
3) Azeem menurut kata untuk terus belajar dan menulis
4) Khadijah Hani telah sihat daripada selsema dan batuk
5) Abang mengajar Azeem matematik dengan baik.

No comments:

Post a Comment

What Say U?