Thursday, October 27, 2011

Oprah-008

Semenjak ada Astro, rancangan kegemaran saya adalah Oprah.  Disebabkan saya akan conquer tv bila cerita Oprah mula, abang dan anak-anak pun terpaksa layankan saja.

Semalam adalah episod Oprah' surprise spectacular dan seperti motonya what you give you get back, mcm2 kejutan istimewa diberikan kepada Oprah, semuanya kerana jasa dan keprihatinan beliau.

Athirah       : Bu, baik kan Oprah. Banyak dia tolong orang.
Saya           : Ya. Dia baik hati dan banyak duit.
Athirah      : Nanti kan kat akhirat, kalau Allah tanya along siapa yang along nak bawak masuk
                    syurga dengan along, along nak bawak Oprah.
Saya           : Haaaa?? (Dalam hati macam dia tau-tau je Oprah tak boleh masuk syurga).
Athirah      : Boleh kan bu?  Sebab Oprah baik.
Saya          : Boleh kalau Oprah itu orang Islam.  Kalau along betul-betul sukakan Oprah,
                    doakan dia masuk Islam.  Hanya orang Islam sahaja boleh masuk syurga Allah.
Athirah      : Owh...sambil angguk-angguk kepala.

Anak, macam-macam soalan kamu.  Semoga Allah terus memberikan ibu dan abah jawapan terbaik untuk setiap persoalan kamu.

Tuesday, October 25, 2011

The Sweet Little Orange House-007

Ianya apartment 3 bilik dengan 2 bilik air.  Rumah yang abang beli lepas kami berkahwin dan mendapat Athirah.

Alhamdulillah, selepas setahun lebih mengiklannya dan beberapa orang datang melihat, akhirnya rezeki Allah yang ditangguh selama itu tiba juga.  Rumah kami disewa oleh pasangan yang bakal berkahwin.  Mereka pasangan dari Kelantan.  Harapnya mereka menjaga rumah kami sebaiknya, mungkin tidak sesempurna kami menjaga, tapi tidak merosakkannya adalah cukup baik buat kami.
Sedih juga hati kami bila perjanjian ditandatangani bagi urusan sewa itu dibuat.  Maklum saja, rumah pertama kami. 

Mereka pasangan bertuah sebab telah tersedia kabinet dapur, dapur, sinki 2 lubang, langsir, ampaian kain, pemanas air untuk mandi dan lain-lain keperluan yang sebetulnya amat memerlukan belanja besar untuk menyediakannya, terutama pengantin baru seperti mereka.

Owh my sweet little home...

























Bagi langsir je, bukan TV. 

Monday, October 24, 2011

Cegah Jenayah-006

Cerita waktu petang.

Along (Athirah)     : Ibu, ni ada borang untuk pilih aktiviti ko-kurikulum
                                 (sambil tangan menunjukkan borang).
Saya                       : Ok..kene join semua sekali ke?
                                (Baca: ada persatuan, badan beruniform & sukan).
                                 Mata terbeliak-beliak sekali sekala, banyaknya kene join..
Along                     : Ye ibu, kena tanda tiga-tiga..
Saya                       : Along nak masuk apa?
Along                     : Along nak masuk Persatuan Cegah Jenayah..
Saya                       : Haaa...?? Cegah jenayah?
                                 Eloknya along masuk persatuan/kelab yang ada manfaat.
Along                     : Along suka cegah jenayah
                                 (baca: dia memang minat cerita polis/ detektif ni mcm Criminal Minds,
                                 NCIS, CSI, SUV etc).
Saya                       : Tah la Along..kalau persatuan mcm CSI tu ibu suka juga..
                                 crime investigation,  ada forensik..menarik lah.  Kalau nak cegah jenayah,
                                 rasanya biasa saja mcm jgn jalan sorang-sorang, jln berkumpulan,
                                 jgn jln tempat sunyi etc..lepas kelas ketiga, ape lagi cikgu nak ajar?
                                (baca: pikiran generasi X la kot).
Along                    : Abes nak masuk apa yang bagus?
Saya                      : Yang ada faedah..esok2 boleh guna kemahiran tu.
                                Equip diri dengan kemahiran.
                                Macam persatuan bahasa inggeris, nanti insyaAllah confident to talk english.
                                Masuk PBSM, nanti insyaAllah tau nak buat CPR, rawat luka2 ringan....
                                Masuk badminton nanti takde la letih sgt berbanding main hoki,
                                lari keliling padang...yadayadayada...
                                (baca: cerita pengalaman sendiri masa sekolah)
Along                   : Ok lah bu...
Saya                     : Good..anyway, nanti tanya abah pulak..

Adakah saya mengongkong anak-anak untuk membuat pilihan?  Saya hanya mahu mereka membuat pilihan terbaik dalam hidup mereka.  Harapnya apa yang saya rasa dan fikir baik, akan menjadi baik juga untuk mereka, amiiinn.

Sunday, October 23, 2011

Ubat pengsan-005

Khadijah Hani (KH) telah dikhatankan semalam.  Saya sengaja mengkhatankan KH awal, semasa saya masih bercuti 3 bulan ini.  Lagipun, dengan usia yang sekecil 3 bulan, KH tidak mungkin merasai apa-apa.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan KH langsung tidak menangis.  Rileks sahaja dia.  Saya pula terkejut sebab tiba-tiba saja doktor kata dah siap.

Balik ke rumah, saya terus cakap kuat-kuat.

Saya                    : Dalam rumah ni, semua orang dah bersunat.  KH yang kecik pun dah sunat. 
                              Angah je yang belum!!
Angah (Azeem)  : Nanti bulan 12 Azeem sunat lah, nak masuk darjah 1. Dia tergelak-gelak
                              malu.
Saya                    : Yelah, nanti cuti sekolah lama baru Azeem sunat.
Azeem                : Nanti ibu mintak doktor ubat pengsan ye masa Azeem sunat.
Saya                   : Hahahahahah...ubat pengsan? Semua isi rumah ketawakan dia.
                            Azeem bukan nak kene operate. 
Azeem                : Tapi, nanti sakit.
Saya                   : Nanti doktor bagi lah bius kat penis Azeem.  Takde lah rasa sakit sangat.
Azeem               : Ha-ah, bukan sakit sangat pun.  Doktor potong kulit je.
Saya                   : Ye Azeem, macam kene gigit semut je. (Dalam hati: tau pulak dia potong kulit je).
Azeem               : Nanti Azeem tak boleh makan telur kan, bu?
Saya                  : Ye, nanti gatal2.  Kawan Azeem yang cakap?
Azeem               : Ye, dia dah sunat tapi dia makan semua.
Saya                  : Owh....
Azeem, anak kedua kami.  Kalau ikutkan umur, bulan 12 nanti baru masuk 6 tahun.  Jadi, kadang-kadang dia nampak matang dari usia sebenar (Baca: sebab dah bersekolah awal dan matang selalunya time bersembang) dan kadang-kadang macam budak kecik sahaja (baca: sebab sangat leka dengan bermain, keje sekolah memang sangat liat nak siapkan).

One month to go before December.  Azeem, get ready!!

Saturday, October 22, 2011

Twenty four-Seven-004

24-7 selalunya mengingatkan kita kepada fast food restaurant dan kedai tujuh sebelas.  Beroperasi 24 jam sehari selama 7 hari, non- stop.

24-7 senang diingati.  Ia tarikh kelahiran Khadijah Hani, kelahiran puteri kami yang dinanti-nanti.

Kami tidak pernah merancang untuk menjarakkan kelahiran sejauh ini, sebaliknya kami merancang untuk mendapatkan anak dalam sela masa 3-4 tahun sekali.

Tapi, kita hanya merancang, Allah adalah yang Maha Arif menentukan segala-galanya.

Selepas kelahiran anak kedua pada 2005, kami merancang untuk mendapatkan anak pada 2008.  Semuanya bersandarkan kepada kehendak dan keinginan, ditambah dengan faktor usia yang masih muda dan kitaran reproduktif yang aktif semata-mata.  Kepada Allah, kami jarang meminta agar impian kami terlaksana.

Tahun 2008 datang dan kami telah bersedia.  Namun, Allah jua yang Maha Menentukan.  Abang tiba- tiba sakit dan kami dimestikan menangguh rancangan kami sehingga 3 tahun kemudian. 

Kejadian itu benar-benar mengubah pandangan hidup kami terhadap semuanya yang ada di depan mata.  Bahawasanya sebagai hamba Allah yang soleh, bergantung lah kepada Allah walau untuk sekecil-kecil perkara kerana tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

2011 Khadijah Hani dilahirkan.  Ia mungkin rezeki yang ditangguhkan Allah.  Namun, kelahirannya adalah pada masa kami telah keluar dari kesukaran hidup.  Kesukaran mengadapi hari-hari sakit abang, kesukaran dengan beban kewangan, kesukaran dengan kesempitan dan kekangan waktu dan kesukaran untuk tersenyum gembira.

"Sesungguhnya di sebalik kesukaran pasti ada kemudahan. Dan Aku tegaskan lagi bahawa di sebalik kesusahan, pasti ada kesenangan".

Terima kasih Allah di atas hidayah yang berterusan.  Terima kasih Allah di atas kurniaanMu yang paling hebat, iaitu kesembuhan yang benar-benar sembuh dan kelahiran Khadijah Hani.

Friday, October 21, 2011

Duit Kutu-003

Salam untuk diri saya.

Semalam saya telah diingatkan oleh Kak Sam (baca: Mak Koot) yang gaji telah masuk.  Itu maknanya saya harus bagi duit kutu.  Saya ingatkan gaji minggu depan, tapi sebab Deepavali adalah minggu depan, jadi gaji dimasukkan seminggu awal .  Owh, banyak dah berkarat bila saya bercuti hampir 3 bulan.  Semua habis lupa.

Bercakap tentang kutu, banyak orang main kutu sebab nak jelaskan bayaran yang berjumlah rib-rib (baca: ribu-ribu) seperti insuran kereta dan lain-lain.  Kita juga selalu  meminta giliran dapat duit adalah masa dateline bayaran itu dibuat.  Saya juga begitu, seperti kebanyakan orang.

Namun, tiba-tiba saya terfikir, ada tak orang main kutu dan meminta giliran dapat duit masa hari raya Qurban, supaya tahun itu dia boleh melaksanakan Qurban?  Sungguh, saya tidak mengata orang lain, tetapi diri saya sendiri.  Sejauh mana kehendak hati dan keazaman ada dalam diri untuk melaksanakan Qurban setiap tahun?  Ya Allah, kurniakan saya petunjuk hidayah yang berterusan.

Alhamdulillah, tahun ini insyaAllah kami sekeluarga dapat melaksanakan Qurban, bersekali dengan Aqiqah untuk Khadijah Hani. Nikmat Allah yang mana satukah engkau dustakan?

Selamat melaksanakan Qurban dan Aqiqah.

Wednesday, October 19, 2011

Sibukkan Diri dengan Beramal-002

Salam.  Saya mendengar Vlog Ustaz Hasrizal pada Khamis lepas dan sangat teruja untuk menulis tentangnya.

Benar sekali setiap kali kita dibangunkan dari tidur, kita telah diberi satu lagi peluang oleh Allah untuk beramal.  Tidur kita di malam hari adalah bersamaan kita berada dalam kematian yang sementara.  Jika umur kita diambil olehNya, maka jadilah ia tidur yang berpanjangan sehingga kiamat tiba.  Pada waktu itu, tiada lagi peluang untuk kita beramal bagi menyediakan bekalan untuk akhirat kelak.

Jadi, beramallah sebanyak yang mampu sebelum datangnya waktu kita direhatkan Allah selama-lamanya.  Semoga hari kita disibukkan dengan aktiviti berpahala seperti menyediakan bekalan sarapan untuk keluarga, solat subuh, solat dhuha, kerja dengan amanah dan ikhlas serta lain2 amalan yang bermanfaat.

Jadikan mati kita nanti sebagai waktu kerehatan yang sebenar, bukan lagi hari-hari sibuk mencari pahala dan menanti dengan penuh gembira syurga Allah.

Selamat beramal Ayu!

Mencuba untuk Menulis Kembali-001

Salam pada diri saya sendiri, memandangkan belum ada sesiapa membaca blog saya ataupun menjadi follower.

Minat saya pada menulis menyebabkan saya menulis kembali, tetapi saya belum pasti setakat mana istiqamahnya saya boleh menulis dan terus menulis.

Sebelum ini saya telah mempunyai blog, namun oleh kerana kekakangan masa, ianya tinggal bersarang seperti tidak bertuan. 

Saya selalu merasakan yang saya sentiasa mempunyai cerita dan idea untuk dikongsi, namun masa terlalu mencemburui saya.

Sekarang, saya cuba untuk menulis kembali dan saya adakan nombor di belakang setiap tajuk agar saya boleh melihat sebanyak mana telah saya menulis bagi merakam memori saya sekeluarga.

Thanks to blogspot kerana menyediakan wadah ini untuk orang seperti saya menulis sesuatu.

Selamat kembali Ayu!