Khadijah Hani (KH) telah dikhatankan semalam. Saya sengaja mengkhatankan KH awal, semasa saya masih bercuti 3 bulan ini. Lagipun, dengan usia yang sekecil 3 bulan, KH tidak mungkin merasai apa-apa.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan KH langsung tidak menangis. Rileks sahaja dia. Saya pula terkejut sebab tiba-tiba saja doktor kata dah siap.
Balik ke rumah, saya terus cakap kuat-kuat.
Saya : Dalam rumah ni, semua orang dah bersunat. KH yang kecik pun dah sunat.
Angah je yang belum!!
Angah (Azeem) : Nanti bulan 12 Azeem sunat lah, nak masuk darjah 1. Dia tergelak-gelak
malu.
Saya : Yelah, nanti cuti sekolah lama baru Azeem sunat.
Azeem : Nanti ibu mintak doktor ubat pengsan ye masa Azeem sunat.
Saya : Hahahahahah...ubat pengsan? Semua isi rumah ketawakan dia.
Azeem bukan nak kene operate.
Azeem : Tapi, nanti sakit.
Saya : Nanti doktor bagi lah bius kat penis Azeem. Takde lah rasa sakit sangat.
Azeem : Ha-ah, bukan sakit sangat pun. Doktor potong kulit je.
Saya : Ye Azeem, macam kene gigit semut je. (Dalam hati: tau pulak dia potong kulit je).
Azeem : Nanti Azeem tak boleh makan telur kan, bu?
Saya : Ye, nanti gatal2. Kawan Azeem yang cakap?
Azeem : Ye, dia dah sunat tapi dia makan semua.
Saya : Owh....
Azeem, anak kedua kami. Kalau ikutkan umur, bulan 12 nanti baru masuk 6 tahun. Jadi, kadang-kadang dia nampak matang dari usia sebenar (Baca: sebab dah bersekolah awal dan matang selalunya time bersembang) dan kadang-kadang macam budak kecik sahaja (baca: sebab sangat leka dengan bermain, keje sekolah memang sangat liat nak siapkan).
One month to go before December. Azeem, get ready!!
No comments:
Post a Comment
What Say U?