Monday, November 14, 2011

Detik hati: 011

Semenjak ber-anak kecil (baca: dapat baby Khadijah Hani), zon selesa saya sudah berubah.  Banyak perkara perlu bergegas.  Walau bagaimana cantik perancangan dan aturan, bila melibatkan anak sekecil 3 bulan, jadual kita sedikit sebanyak akan lari daripada asalnya.

Bila balik ke rumah dan keletihan, saya akan masak juga makan malam namun sangat ringkas seperti ikan goreng, sayur campur goreng dan sambal tomato cili api.  Itu sahaja dan ianya adalah untuk sekali santapan.  Esok maknanya saya tiada bekal makan tengahari.

Saya pula sejak 2 minggu lepas, tiada kenderaan untuk ke sana kemari.  Pergi kerja pun menumpang kawan sepejabat.  Nanti saya ceritakan lain kali ke mana perginya wira saya.  Bila tiada bekalan makanan dan tiada pula kenderaan untuk bergerak ke café/ restoran, maka akan kebulurlah saya.  Tambahan pula saya menyusu badan, alamatnya memang memerlukan bekalan makanan yang mencukupi.

Detik hati saya, Ya Allah, mintak-mintak ada lah kawan-kawan yang nak keluar lunch.

Alhamdulillah, ada kawan yang memang keluar lunch, jadi saya menumpangnya.

Dalam satu kejadian lain bila saya teringin untuk hadir ke kuliah agama pada setiap Jumaat bagi kaum muslimat di sini.  Namun saya perlu menumpang orang tetapi saya segan untuk bertanya, bimbang mereka tidak dapat atau tidak mahu pergi dan menjadi serba salah dengan pertanyaan saya.  Saya tidak mahu mereka ‘terpaksa’ pergi kerana saya hendak pergi.

Detik hati saya, Ya Allah, saya ingin ke kelas agama hari ini.  Mintak-mintak ada lah orang nak pergi yang saya boleh tumpang.  Lalu saya bertanya kepada kawan sepejabat, dengan harapan saya tidak membuatnya serba salah.

Alhamdulillah, sahabat saya yang baik ini ingin pergi kuliah agama tersebut.

Terima kasih Ya Allah.  Walau hanya detik dan bisikan di hati, namun Engkau yang Maha Mendengar telah memakbulkan.

Oleh itu, nikmat yang mana satukah lagi yang aku dustakan?

No comments:

Post a Comment

What Say U?