Thursday, November 17, 2011

Jurnal Kesyukuran: 014

Saya mendapat pengajaran yang mendalam apabila mendengar Radio IKIM pagi tadi bagi ruangan Islam Itu Indah. 

It was my first time to hear about the program since it started at (read: it is an office hour, so I never get chance to listen to the radio).  I was on my way to post office to change my election location. That’s why la kan, ada chance dengar radio. 

Prof. Dr Muhaya memberikan beberapa pedoman yang sangat signifikan kepada saya.  Ia begitu terkesan di hati.

1)      Jangan jadikan ‘A’ sebagai KPI untuk anak-anak kita.  Tidak kisah berapa A anak kita dapat dalam peperiksaan, yang paling penting dia solat dan berkhlak mulia.  Katakan pada anak, dapatkan A yang banyak supaya nanti ia boleh digunakan untuk kamu menjadi doctor yang menyebarkan dakwah Islam.  Supaya nanti akhirnya ia akan menuju ke syurga Allah, kerana semua yang dilakukan adalah kerana Allah.
2)      Jangan berkata kerja yang banyak adalah BEBAN, sebaliknya ia adalah PELUANG
3)      Tengok baju kita, jangan sibuk tengok baju orang.  Bercakap perkara yang baik2 sahaja dan jangan menyampaikan cerita buruk sepanjang masa kerana orang yang sentiasa bercakap buruk sebenarnya mempunyai kehidupan yang buruk.
4)      Jangan bercakap sesuatu perkara yang orang lain tiada.  Kejayaan anak kita bukan untuk dibangga-bangga dan diceritakan kepada semua orang.  Hendaklah berjaya kerana Allah bukan untuk berbangga-bangga.
5)      Jangan memberi alasan kita tidak berjaya mencapai itu dan ini kerana mak ayah kita itu dan ini.  Jangan menjadikan kisah silam alasan bagi kita untuk terus berada pada tahap kita sekarang.
6)      Jangan biarkan sejarah masa silam dan kebimbangan masa hadapan sebagai penghalang kejayaan dan kemajuan hidup kita.
7)      Jangan takut dengan apa orang kata, takutkan apa Allah kata.
8)      Bagi menenangkan hati dan membuang perasaan benci, buatlah JURNAL KESYUKURAN setiap hari.  Tuliskan at least 3 perkara yang kita syukuri setiap hari dan selepas seminggu baca semula jurnal itu.  InsyaAllah hati akan tenang dan bersih daripada segala keburukan.

Untuk langkah pertama, saya akan tulis jurnal kesyukuran pada setiap hari bagi setiap entri saya.

Kesyukuran saya panjatkan kepada Allah pada hari ini kerana:
i)                    Umur dipanjangkan Allah dan kesihatan tubuh badan yang baik
ii)                   Sempat membuat sarapan mee goreng basah dan menyidai kain sebelum menghantar anak ke sekolah dan ke tempat kerja.
iii)                 Mengajak rakan-rakan untuk menunaikan umrah sementara nikmat/ujian kesihatan dan kekayaan yang berpanjangan.

Tazkirah dan bacaan al-quran adalah Makanan Akal, Hati dan Nafsu (MAHN).

No comments:

Post a Comment

What Say U?