Wednesday, November 23, 2011

Ingin & Makbul: 018

Ingin 1

Sejak kecil saya didedahkan dengan cerita-cerita Hindi.  Pengaruh kuat daripada nenek.  Beliau sangat meminati cerita-cerita Hindi.  Hari Sabtu ada tayangan filem Hindi pada jam 2 petang, dan nenek akan siap masak untuk makan tengahari seawal jam 10!  Beliau tidak mahu terlewat dan selalunya jam 12 tengahari beliau telah selesai makan.

Seperti yang diketahui, cerita-cerita Hindi selalunya berkisar kepada cinta antara 2 darjat.  Tak pun cinta anak polis dengan anak samseng.  Di situlah nanti timbulnya konflik.  Selalunya yang tak kaya/ samseng akan lebih kacak/ cantik/ baik dan menang akhirnya.  Saya terkesan.

“Saya takkan memilih darjat.  Tak ape lah kalaupun tak kaya ataupun pelajaran tak tinggi.  Yang penting dia baik dan elok paras rupanya”.

Makbul!

Ianya hanya bisikan hati setiap kali menonton cerita-cerita Hindi, namun Allah Maha Mendengar.  Alhamdulillah saya bertemu jodoh dengan suami saya dan beliau memang seorang yang sangat baik dan elok rupa parasnya, at least to me lah..handsome or not is a subjective kan? 

Ingin 2

Saya berangan-angan tentang kereta idaman apabila saya bekerja nanti.  Bisik hati saya,
“kalau kereta sederhana mahal, aku nak beli Wira Aeroback.  Kalau dah kaya nanti, aku nak beli Mercedes Benz”.

Makbul! Tetapi yang sederhana mahal lah, hahaha.  Sebabnya saya belum kaya- raya.

Bukankah ia menakjubkan?  Hanya dengan angan-angan seorang budak dan bisikan hati, Allah makbulkan.

Saya kira betul kata pakar-pakar motivasi, angan-angankan apa yang anda inginkan, nescaya akan berhasil akhirnya.

Tetapi, dah tua-tua macam ni, susah pula nak berangan-angan…..haih..daya imaginasi dah berkurangan.

Saya bersyukur pada hari ini kerana:

1) Dapat bertahajjud dan bersolat hajat.
2) Urusan dipermudahkan.  Benar sekali kata Allah, bangunlah bertahajjud dan Allah akan membantumu.
3) Dikurniakan umur yang panjang dan rezeki yang mencukupi.

No comments:

Post a Comment

What Say U?