Tuesday, November 15, 2011

Terbaik & Terhebat: 012

Abang-Part 1
Saya teringat sembang AM Krew HotFm yang bercerita tentang peristiwa yang mengubah hidup. 
Topik itu memberi kesan kepada saya.  Teringin betul untuk menelefon HotFm, tapi sedang memandu pula.  Banyak imbasan bermain-main di dalam kepala saya.  Banyak benda berubah selepas peristiwa itu.
Ianya peristiwa dan episod kesedihan yang sangat besar, menuntut tahap kesabaran dan iman yang maha tinggi.  Memakan belanja tanpa terhitung jumlahnya.  Seringkali air mata ditelan dan ditahan agar tidak tumpah, agar abang terus bersemangat  Namun, seringkali juga ianya terhambur keluar, tetapi bersendirian memujuk diri.
Selepas peristiwa itu, saya telah menjadi orang yang sangat berani untuk bertanya apa sahaja kepada sesiapa sahaja.  Cakap saja siapa yang perlu dihubungi, insyaAllah saya akan berkomunikasi dengan orang itu.
Salah satu perkara yang saya tidak menyangka saya berjaya lakukan adalah keizinan Allah kepada saya untuk berkomunikasi dengan orang yang langsung tidak saya kenali, ianya pula hanya melalui alam maya dan saya telah meminta pertolongan yang besar daripadanya.
Abang-Part 2
Melalui pembacaan dan bantuan rakan-rakan dalam memberi info berkenaan rawatan penyakit yang merbahaya itu, saya bertekad untuk mendapatkan biji buah aprikot atau apricot seed.  Merata saya mencarinya, tapi mungkin sebab bukan musimnya, biji itu tidak ditemui di mana-mana.  Dengan siapa2 sahaja juga saya berpesan, sekiranya terjumpa biji aprikot, tolong belikan untuk saya.
Sukarnya mendapatkan biji aprikot itu juga adalah ujian kecil bagi kami sekeluarga, namun ujian ini tidak terbanding dengan ujian peristiwa itu.
Ketua saya pada masa itu seorang pengamal perubatan alternatif yang tegar.  Kalau ada masa terluang, selalu juga beliau memberikan buah fikiran tentang rawatan-rawatan yang tidak perlu menggunakan bahan kimia (drug). 
Saya ceritakan padanya tentang biji aprikot dan kesukaran untuk mendapatkannya.  Lalu beliau memberikan nama dan alamat sahabatnya, seorang wakil UNICEF di Afghanistan untuk dihubungi.  Buah aprikot adalah buah yang begitu banyak dan mudah didapati di sana.  Ia seperti buah pisang di Malaysia.  Ia selalu ada.
Syukur ya  Allah kerana memberi laluan dan jalan untuk mendapatkan apa yang saya hajati.    Saya pasti akan menghubungi sahabat ketua saya itu, Prof. Dr. S.

No comments:

Post a Comment

What Say U?