Friday, November 18, 2011

Terbaik & Terhebat: 015

Abang-Part 3
Setelah ber-emel beberapa kali dengan Prof. Dr. S. tentang hajat saya, beliau berjanji untuk membantu.  Beliau juga meninggalkan nombor phone nya kepada saya.  Rupa-rupanya beliau sudah tidak lagi bekerja dengan UNICEF di Afghanistan.  Namun, beliau tetap akan membantu bagi mendapatkan Apricot seed itu.
Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.  Kami berjanji untuk bertemu di sebuah stesen minyak di PJ.  Saya membeli sebuah kotak coklat sebagai tanda terima kasih di atas usahanya.  Saya ingin membayarnya namun beliau tidak mahu menerima apa-apa atas bantuannya itu.  Beliau tahu bahawa kami sebenarnya sangat memerlukan wang yang banyak.  Saya merasa begitu.
Saya    : Terima kasih Prof., sebab susah payah tolong saya dapatkan buah ni.
Prof.    : Sama-sama, takde ape2 lah.  Alhamdulillah rezeki kamu, saya sempat catch-up flight student saya dari Iraq ke sini.  Kalau nak tunggu dia balik semula ke sana, tak tau lah bila.
Saya    : Ya Allah, ye ke Prof.? Terima kasih banyak-banyak sekali lagi atas usaha Prof.
               (Mata bergenang terharu dan sebak.  Orang yang kita tak pernah kenal, dihantar oleh Allah untuk membantu kita). 
Prof     : Rezeki kamu.  Risau juga kalau tak lepas di Imigresen sebab ia adalah biji benih and seed cannot be transported out of the country.  Memang rezeki kamu.  Kira smuggle jugak la ni.
Saya    : (Dalam hati, Masya Allah.  Sehingga ke tahap membahayakan diri dan melanggar undang-undang Prof. ni menolong saya, namun Allah Maha Berkuasa, mengizinkan apa-apa jua walaupun ia seakan misi mustahil). 
Okay Prof., Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik Prof. InsyaAllah jumpa lagi.
Saya berjabat tangan kemas dengannya, terhutang budi dan syukur di hati.  Benar sekali ayat Allah dalam surah al-Insyirah yang bermaksud, “setiap kesukaran pasti ada kesenangan/ kemudahan”.
Prof.    : Semoga mendapat kesembuhan.
Apricot seed dari Iraq--- seludup keluar --à transit di Iran -àMalaysia---jumlah berat hampir 2 kg.....

Jurnal Kesyukuran 17/11/2011
Saya bersukur kepada Allah kerana:
1. Anak saya Athirah berjaya mengekalkan kedudukan/ anugerah Mumtaz (cemerlang) untuk sekolah agamanya.
2. Kerja-kerja saya di makmal berjalan lancar.
3. Saya dapat beli thumbdrive Kingston 8 GB dengan harga RM 27.00
Emmm....semuanya duniawi pula..mungkin saya kene tambah senarai kesyukuran kepada 10?

No comments:

Post a Comment

What Say U?