Sunday, July 1, 2012

APC yang Tidak “C”: 54

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang seharusnya melambangkan kecemerlangan, asasnya disiplin MASA dan KERJA. Lagipun, ia adalah majlis untuk meraikan mereka yang cemerlang!
Malang sekali menteri yang merasmikan majlis hanya datang selepas lewat sejam 45 minit!  Malah, selama menunggu ketibaannya, kami ditayangkan dengan video Bersih.  Seperti kebiasaannya, versi yang ditayang adalah berat sebelah.  Terasa seperti saya tersalah masuk majlis!
Tanpa meminta maaf di atas kelewatannya, dengan penuh bangga dan angkuh berucap pula selama 45 minit.  20 minit pertama berucap mengutuk tempat kerja saya dan baki 25 minit berucap tentang politik!  
Kamu menteri-menteri ini seringkali melaung-laungkan agar tidak menggunakan platform pendidikan dan perkhidmatan awam untuk berkempen, namun kamu yang buat!  Kamu ingin menceritakan tentang cemerlang, kamu sendiri yang tidak cemerlang bekerja kerana tidak patuh dengan masa!
Sudah berucap sehingga jam 12 tgh hari, menteri-menteri dijamu dengan coffee break.  Sepatutnya ia dihidangkan pada jam 10.30 am tadi.  Tapi kami ini disuruh tunggu dalam dewan masing-masing untuk upacara penganugerahan!  Mana logiknya kerana kami juga sudah lapar seperti kamu.
Sehingga jam 2.00 petang, barulah siap penganugerahan untuk agensi saya bekerja.  Ada 2 lagi agensi yang belum ke pentas.  Jumlah mereka dalam 300 orang.  Saya bertemu urusetia dan menyatakan ingin solat dan makan.
“Kita tidak akan berhenti selagi semua orang tidak menerima anugerah”.
“Tidak berhenti dulu untuk makan?.  Sekarang telah jam 2.”
“Makan sahaja bekal dalam beg yang kami bagi tu”. (Bekal roti, donut, kerepek dan air kotak).
“Abis tu puan, solat zohor macam mana.  Lewat dah ni.  Dah pukul 2”.
“Nanti solat”.
Wah, solat pun ditangguhkan.  Saya merasa sungguh terkilan.  Allah telah memberi rezeki APC, kamu langsung tidak bersyukur, malah membuat kemungkaran kepada Allah.  Hamba jenis apa kita semua ini?
Saya nekad untuk balik.  Walaupun sesi bergambar dengan semua pemenang APC belum dibuat dan saya telah membayar sebanyak RM 12 untuk gambar itu, namun saya rela muka saya tiada di situ!  Takkan hanya kerana RM 12, solat dilewatkan.  Allah telah memberi RM 1K kerana APC, maka saya tidak akan menjadi hambaNya yang kufur nikmat dengan memberatkan RM 12 itu.
Majlis hanya selesai jam 4.15 pm.  Sudahlah lunch pun tak dapat (catering dah kemas), solat pun jadi solat gajah!  (Kata kawan-kawan yang menunggu sehingga tamat dan mereka telah solat gajah-Astaghfirullah).
Pada saya, ia adalah kufur nikmat yang dibuat terang-terangan tanpa merasa segan silu kepada Allah, dan ia menjadi APC yang TIDAK CEMERLANG langsung!
 Ia adalah kesalahan menteri itu.

No comments:

Post a Comment

What Say U?