Friday, June 29, 2012

Abah Telah Tiada: 53

Abah seperti ayah saya.  Tiada istilah mertua. 
10 tahun hidup bersama suami adalah sama tempohnya saya kenal abah.  Beliau sangat easy-going.  Boleh bergelak ketawa atas perkara yang entah apa-apa.  Boleh bersembang perkara-perkara remeh dan yang sewaktu dengannya.  Bukan saya mengata abah suka bercakap bukan-bukan, tetapi ia menggambarkan keserasian dan keharmonian kami sebagai menantu-mertua.  You can talk about everything!
Abah pergi selepas seminggu pulang dari umrah.  Saya berharap ibadat dan taubatnya di sana diterima Allah, maka berlarilah abah menuju temannya yang Maha Agung dengan sebersih-bersih diri dari dosa.
Bos saya kata,
“Baguslah kan, baru balik umrah.  Belum sempat berbuat dosa dan lagha.  Kalau taubat nasuhanya diterima Allah, pasti dia ke syurga.”
Kata-kata yang sungguh mengesankan dan penuh kebaikan.  Ia mampu meredakan kesedihan.
Saya katakan kepada anak-anak,
“Tuk Wan tu sangat baik.  Solat tak pernah tinggal berjemaah di surau dan masjid.  Tuk Wan jadi imam dan kadangkala membaca khutbah Jumaat.  Tuk Wan selalu mengaji dan menjadi guru mengaji.  Harta-harta Tuk Wan digunakan kearah perkara baik macam membiayai rawatan radioterapi abah dan bawa anak-anak menunaikan umrah-yang sempat bersamanya menunaikan umrah adalah seramai 6 orang.”
Saya mengatakannya dalam kesedihan yang amat dalam. 
Semoga abah mendapat kerehatan yang sebenarnya daripada kesibukan dunia.  Rest in peace, abah!

2 comments:

  1. Salam takziah kepada ayu & suami atas pemergian insan tersayang...Moga Allah menempatkan arwah abah awak di kalangan mereka2 yg dikasihiNya...Ameenn

    ReplyDelete
  2. Thanks Kak Durra di atas ucapan takziah.

    Semoga doa kak Durra buat abah mertua saya dimakbulkan Allah swt.

    Anak-anak masih terkenang dan bersedih di atas pemergian Tuk Wan mereka terutama sekali Azeem sebab abah rajin membawa cucu lelaki ini menaiki vespa tuanya ke sawah padi dan tali air setiap kali kami pulang ke kampung.

    ReplyDelete

What Say U?