Friday, July 27, 2012

Kuasa Membeli: 65

Saya menganggap kuasa membeli saya terhad.  Handak membeli untuk diri sendiri pun saya mempunyai a shortlist ‘things to buy’.  Walaupun gaji telah naik, senarai itu tetap pendek begitu.  Saya berkira-kira untuk membeli banyak benda.

Ia banyak dipengaruhi oleh kehidupan semasa kecil, semasa belajar, sebelum ada kerja, ada gaji dan ada kesenangan.

Semasa kecil, ayah dan emak saya bukannya pekerja kelas atasan.  Mereka adalah daripada kumpulan sokongan.  Dengan adik beradik seramai 7 orang, semuanya terhad.  Segala-galanya telah dihadkan.

Apabila saya belajar di universiti, mendapat pinjaman JPA adalah satu nikmat Allah yang tidak mahu saya dustakan.  Walaupun ia tidak terlalu mewah, namun ianya mencukupi untuk membayar yuran dan mengisi perut saya.  Masa tu saya sangat kurus, hanya 42 kg dengan ketinggian 150 cm (baca: perasan seperti model rendang dan kurus).  Sekali lagi saya tidak mampu sangat untuk berbelanja.  Seingat saya, hanya ada satu benda yang saya beli dengan harga yang SANGAT MAHAL iaitu kasut yang berharga RM 150 dan ianya masih baik sehingga sekarang (baca: after 14 yrs). 

Lepas tu saya mendapat kerja tetap dan telah pun mempunyai dua orang anak.  Sebelumnya saya bekerja taraf sambilan dan kontrak yang tidak memungkinkan saya untuk berbelanja mengikut kata nafsu.  Sekali lagi perbelanjaan dihadkan kerana keutamaan diberikan kepada anak-anak.  Bermula dengan keperluan bayi sehingga bayaran nursery, semuanya menggunakan duit yang tidak pernah sedikit.

Begitu juga apabila gaji telah naik, samada semasa mendapat hadiah pergerakan gaji kerana mendapat Master (Sc.) atau kerana naik pangkat atau kerana kenaikan 1-13% gaji kakitangan awam, a shortlist ‘things to buy’ is still short, hahaha.  Lagipun, saya mendapat seorang lagi anak, yang merupakan rezeki terhebat selepas 6 tahun.

Saya menjadi pemikir apabila melihat rakan-rakan yang bekerja terutamanya bertaraf kontrak,  tetapi sanggup berhabis membeli tudung gaya Pearl Haiya dan Fareeda sehingga RM 140 sehelai.  Membeli baju pula sehingga RM 130-150 sehelai dan yang paling saya tidak faham, mereka sanggup pula berhutang!  Masya Allah.

Ia sesuatu yang boleh difikirkan.

Saya hanya membeli perkara yang PERLU dengan harga yang MUNASABAH.  Mungkin kerana saya belum MAMPU.

Nota kaki:
Zaman kesempitan (Zamaanuddiq) adalah dari umur 15-37 tahun.  Petua menghadapi adalah dengan qana’ah (merasa cukup dengan apa yang ada) dan Iktisad (berjimat cermat).  –Motivasi pagi Radio IKIM.

2 comments:

  1. ooh nampaknya kita sekapal...rumah saya dulu sebelum dtg UK..sgt basic..sofa..meja makan pun xde..semua japanese style..duduk atas tikar jer..hehe..sbb semua brg2 dlm rumah dibeli secara cash (my abang ckp..no cash no purchase)sampai kan ramai staff bawah yg dtg rumah terkejut sbb rumah pegawai diorng sgt lah minimum..tp rasa sgt puas ati...tiap hujung bulan..gaji masih berbaki lagi ;) Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. Betul tu Kak Durra. Kami hanya berhutang kereta dan rumah. Yang memang tak mampu beli 'cash' tu. Yang lain-lain pendamkan je sampai cukup duit. Sampai mak dan ayah dan org2 tua kalau dtg umah sakit lutut lah bersila atas lantai. Anyway, sekarang alhamdulillah, beli sikit2 time dapat bonus.
    Jadi, setiap barang besar dlm rumah (tv/ sofa/ katil/ fridge dll) memang ada sejarah pembelian (kerana bonus raya/ bonus akhir thn dll).
    Sampai akhir bulan, duit insyaAllah dan alhamdulillah ada je kan..berkat tidak hidup di dalam hutang.

    ReplyDelete

What Say U?