Monday, April 2, 2012

Sekolah agama vs. tuisyen: 032

Ianya sesuatu yang boleh dikaji.  Ada ibu bapa lebih suka menghantar anak2 ke kelas tuisyen berbanding ke kelas agama (sekolah PAFA).  Saya lebih mementingkan pendidikan agama untuk anak2, maka sekolah agama is a MUST.  I am not against tution, but kelas agama tidak boleh ditinggalkan.
Kalau perlu kepada kelas tuisyen, jadi ia boleh diuruskan pada hari Sabtu atau Ahad, bukan mengambil waktu sekolah agama anak2 pada sebelah petang.  Pada saya, sepandai mana anak2 itu, kayu ukurnya di akhirat nanti adalah anak2 yang SOLEH.  Anak yang akan mendoakan ibu bapanya apabila mereka tiada nanti.
Memberi justifikasi yang berat sebelah mengapa sebagai seorang ayah tidak menghantar anak ke sekolah agama, memang saya tidak boleh terima.
“Jadi, sekarang anak tak sekolah agama lah?” Tanya saya kepada seorang bapa yang sangat teruja menceritakan peningkatan pemahaman anaknya selepas bertuisyen.
“Tak, dah lama berenti.  Ayah mak yang hantar anak2 sekolah agama tu bukan apa, diorang tak tau nak letak anak kat mana bila habis sekolah sesi pagi”.  Jawabnya bersahaja, menutup aibnya yang tidak menghantar anaknya belajar agama dengan memberi justifikasi serong  terhadap orang lain.
Saya terkedu.  Geram. Hendak dibahas, ayah ini bukan berada pada tahap pendidikan yang sama dengan saya. 

Nabi juga pernah berpesan,
“Berbicaralah kamu mengikut tahap pemikiran orang yang  sedang berbicara denganmu”.
Saya juga inginkan anak2 yang cemerlang, supaya apabila mereka dewasa nanti, jika tidak menyenangkan saya dengan wang ringgit mereka, sekurang-kurangnya mereka tidak menyusahkan hari tua saya.  Jika mereka menjadi orang2 yang dihormati, biarlah dengan kekayaan mereka itu, lebih ramai orang-orang miskin terbela dan kebajikan mereka terjaga.
Itulah, Nabi S.A.W.  pernah berkata,
“Jika kamu ingin melihat diri seseorang itu, tunggulah apabila dia mula membuka mulutnya (berkata-kata)”.

Ya Allah, saya berlindung denganMu daripada lintasan hati yang jahat.

No comments:

Post a Comment

What Say U?