Tuesday, April 10, 2012

APC:035

Alhamdulillahhirabbil-aalamin.

Ia anugerah yang besar buat saya selepas 6 tahun lebih bekerja.

"Saya memohon perlindungan Allah dari apa-apa keburukan yang disebabkan oleh anugerah ini".

Keburukan itu lebih kepada umpat keji manusia.  Ianya cerita yang hangat dalam seminggu dua APC diumumkan.

Selalunya yang suka memberi komen adalah mereka yang tidak mendapat APC lagi.  Kalau dia dah dapat, berdiam dirilah dia merasa taajub dengan pemilihan dirinya sebagai pemenang APC.  Saya agak begitu.  Bunyinya seperti kejam, namun begitulah kebanyakan manusia, selagi dia belum dapat seperti orang lain dapat, selagi itulah menjaja cerita kelemahan pemenang anugerah. 

Pada saya, layak atau tidak seseorang mendapat APC adalah soal kedua.  Soal yang paling besar adalah kepercayaan kita bahawa rezeki adalah di tangan ALLAH.  And it is just a matter of time.  Kalau lambat dapat, ia adalah rezeki yang ditangguhkan ALLAH.

Soal lain yang lebih penting, ia adalah janji ALLAH bagi sesiapa yang suka menderma.  Derma/ sedekah kita akan dibalas sekali ganda.  Ikut kepada pemahaman kita, jika sedekah RM 10, kita akan dapat kembali RM 20.  Malah Rasulullah pernah bersabda, bahawa kaedah ini boleh dicuba bagi meningkatkan IMAN kita.  Cuba sedekah dan lihat balasan ALLAH, benarkah mendapat 1 kali ganda dari nilai sedekah?

Saya tidak sungguh-sungguh mencuba, cuma saya sangat yakin dengan janji ALLAH itu.  Kalau agak-agak rasa kesempitan duit dalam bulan itu, saya akan cepat-cepat bersedekah dan akhirnya rezeki yang sedikit saya merasa CUKUP. 

Kadang-kadang bila berkira-kira berapa pulangan yang dapat, pulangan tidak seperti yang ALLAH janji, saya mengumpul yakin bahawa pulangan itu tidak semestinya sekarang, mungkin nanti-nanti.  Mungkin ia tidak berbalas sama, seperti duit dengan duit, makanan dengan makanan.  Ia mungkin duit dengan ketenangan, duit dengan makanan dan duit dengan kesihatan.

Saya merasakan APC adalah pulangan besar ALLAH kepada saya.

No comments:

Post a Comment

What Say U?