Thursday, April 19, 2012

Seru:038

Selalu kita dengar orang-orang yang belum menjejakkan kaki ke Mekkah/ Madinah atas urusan umrah/ haji adalah kerana belum sampai SERU.

"Bila nak menunaikan umrah?"

"Entahlah, belum sampai seru, nak buat macam mana".

Saya tidak bersetuju.  Menyatakan seru belum sampai hanyalah memberi justifikasi diri yang tidak bersedia/ tidak mahu pergi.  Seru itu adalah panggilan Allah, kata mereka.  Jadi, belum sampai seru itu maknanya Allah belum panggil?  Jadi, kalau belum sampai ke Mekah/ Madinah itu kerana belum sampai seru itu adalah salah Allah lah kerana belum memanggil? 

Masya Allah, berat tu.

Pada saya, kalau duit telah cukup, badan kuat dan sihat (tidak sakit berat sehingga bed-ridden) serta masa juga terluang, itu lah SERU nya.  Seru yang bagaimana lagi mahu Allah tunjukkan?

Saya melihat saudara mara saya yang kaya raya, setelah pencen menghabiskan 15 hari cuti-cuti di Eropah sedangkan Mekah/ Madinah belum lagi dikunjungi.  Alangkah ruginya.

Nikmat Allah yang manakah kamu dustakan?

No comments:

Post a Comment

What Say U?