Wednesday, March 21, 2012

KH mendahului masa kakak dan abangnya: 026

KH membesar pantas.  Sama pantas dengan peredaran masa, barangkali.
Dalam usia 5 bulan, KH sudah pandai memegang botol susunya sendiri.  Saya sebagai ibu, agak kagum dengan perkembangannya.  Saya gunakan perkataan ‘agak’ kerana saya tak pasti adakah ia perkembangan normal ataupun mendahului masanya.
Bila usia KH 5 bulan setengah, dia mula meniarap.  Saya agak kagum juga.  Dua kali agak kagum.  Bukannya apa, saya tidak membuat kajian dengan baby orang-orang lain dan saya juga terlupa pada usia berapakah abang dan kakaknya boleh meniarap.  Maklum saja, sudah 6 tahun beranak dua sahaja.  Banyak memori bayi mereka telah saya lupa.
Pada usia 6 bulan, KH sudah boleh merangkak!  Dia sangat laju, kejap saja sudah sampai ke dapur.
Sekarang usianya 7 bulan, satu gigi bawah kanannya telah pun tumbuh.  Cepat benar rasanya!  KH pun sudah mula berdiri dan memaut kaki kami ataupun berdiri di tepi sofa/ kaki katil/ apa sahaja yang boleh membuatkan dia berdiri.  Kalau dipimpin kedua-dua tangannya, KH melangkah setapak demi setapak.
Alhamdulillah.  Terima kasih ya Allah. 











Lalu, nikmat Allah yang manakah kamu dustakan?

KH demam, selsema dan batuk










“Ibu, kenapa adik KH demam?  Dia tak kena hujan pun kan?”  Tanya Azeem. 
Anak lelaki saya seorang ini seorang pemerhati dan mempunyai pemikiran yang kritis.  Dia juga tidak gemar sesuatu yang rutin dan selalu melanggar undang-undang!
“Orang tua-tua kata kalau baby demam ke, selsema ke, batuk ke, tandanya dia nak dapat sesuatu.  Macam nak dapat jalan, dapat gigi, dapat cakap”.
“Tapi, kenapa demam?”. Dia masih tidak berpuas hati.
“Ibu rasa ia sebagai tanda kasih Allah supaya kita semua, ibu, abah, Angah dan Along sedar yang adik telah pandai sesuatu atau nak dapat sesuatu.  Sebagai contoh, bila adik demam, kita akan mencari kenapa dia demam kan?  Tiba-tiba kita tengok gigi adik dah tumbuh satu!  Cuba kalau Allah tak bagi adik demam/ selsema/ batuk, kita semua akan terlepas saat-saat penting adik membesar”.  Cerita saya panjang lebar.
“Hari tu adik cirit-birit, dia nak pandai apa pulak bu? Tanya Azeem lagi.
“Sebabnya mungkin makan banyak sangat, Azeem kan tau adik KH tu sangat suka makan.  Tapi, mungkin juga Allah nak ringankan sikit badan adik yang bam-bam tu supaya dia cepat dapat berjalan”.
Subhanallah.  Lalu, nikmat Allah yang manakah kamu dustakan?

2 comments:

  1. Assalamualaikum Anis...

    mesti best tengok anak2 membesarkan...memasing dh ada personality tersendiri...

    ohh i just became ur 1st follower ^_^ awesome...keep on writing..in my case..selain part of momento..itu salah satu nak detox- stress...

    yours.
    Kocikin ^_^

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Durra,

    Thanks for being my FIRST follower. Teruja dan gembira.

    Begitulah agaknya rasa bila kita share sesuatu. Sebelum ni saya simpan sorang2 je, nama pun diari kan.

    Saya menulis sebab saya suka menulis, apart from buat2 sebok sampai tak sempat apdet tu kan.

    Lepas tu, sebagai mengambil nasihat seseorang, TULISlah bahawa ia akan menjadi satu kenangan yang berkekalan, pengajaran yang berkesan dan rasa syukur yang berpanjangan untuk kehidupan yang kita lalui.

    Chewwah, macam hikayat!

    It was what my ex-bos said (tapi saya dah puitiskan lah), and he even asked me to make a book about my husband! Adoi...tak bila lah nak siap tu..

    ReplyDelete

What Say U?