Sunday, March 25, 2012

Jamuan naik pangkat & dapat anugerah: 028

Ianya sinonim dengan tempat kerja saya.  Sesiapa yang mendapat kenaikan pangkat atau anugerah, selalunya akan buat makan-makan tanda berkongsi nikmat dan rezeki.  Dan ianya bukan kos yang sedikit.  Dengan staf seramai 60 orang, jumlah perbelanjaan yang harus dikeluarkan adalah lebih kurang dalam RM 600. ++, bergantung kepada menu yang selalunya mencecah RM 10 untuk satu kepala.  Selalunya ia adalah makan tengahari!   
Kalau ramai yang dapat naik pangkat atau anugerah, maka bolehlah share (tong-tong) belanja kawan-kawan makan.
Pada saya, ia adalah satu aktiviti yang baik, iaitu berkongsi kegembiraan dan rezeki yang Allah beri.  Namun, meminta dan provoke mereka yang cemerlang ini untuk buat kenduri adalah sesuatu yang tidak sihat!
Belanja makan adalah atas niat sukarela.  Merasa ingin berkongsi gembira dan nikmat.  Tetapi, jika telah meminta-minta (baca: tiap kali terserempak, pasti soalan biasa ditanya; bila nak buat kenduri?), ia akan menjadi suatu yang TERPAKSA.  Terpaksa buat sebab telah diminta- minta.  Jangan kerana kita buat, maka kita hendak orang lain buat juga.  I adalah SUKARELA.
Pada saya, kedudukan dan keperluan kewangan adalah berbeza-beza.  Ada orang mampu belanja dan ada orang kurang mampu.  Malah kenaikan gaji kerana naik pangkat yang tidaklah seberapa (baca: tidak sampai riban-riban pun) dan hadiah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang hanya RM 1000 itu kadangkala telah dirangka program oleh penerimanya (empunya diri) untuk kegunaan tertentu. 
Bayangkan jika dia telah berkira-kira untuk membeli mesin basuh berharga RM 700. ++ dengan hadiah APC nya, tiba-tiba didesak untuk membuat makan-makan yang menelan belanja RM 600.++,  bagaimana harus keputusan dibuat?  Jika tidak dibuat, ianya akan disebut-sebut orang sehingga ke beberapa generasi!  Jika dibuat pula, tah bila pula isteri di rumah dapat merehatkan tangan daripada memberus kain?
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. pernah bersabda;
“Orang yang paling baik adalah orang yang memudahkan urusan orang lain”.
Saya menyeru diri saya dan semua, cukup-cukuplah kita menyusahkan hati orang dengan gurauan kita;
“Haih, dah naik pangkat ni, taknak2 ke buat kenduri?”
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. juga bergurau, tetapi gurau baginda adalah gurauan yang BENAR belaka!  

No comments:

Post a Comment

What Say U?