Tuesday, January 10, 2012

Naik pangkat : 024

Topik yang hangat di pejabat saya sekarang ini.  Pihak atasan dilihat tidak telus.  Tiada kriteria-kriteria kelayakan yang jelas bagi kenaikan pangkat. 
Saya juga memohon.  Kalau ada rezeki, dapatlah title KANAN itu.  Saya tidak terlalu mendambakannya kerana saya arif tentang kebolehan diri saya.  Saya sekadar mencuba-cuba.
Keputusan yang diumumkan menunjukkan saya tidak tersenarai bersama barisan yang KANAN. 
Alhamdulillah, detik yang pertama kerana akhirnya keputusan diketahui.  Saya berlapang dada kerana Allah lebih mengetahui baik dan buruk buat semua hamba-hambaNya.  Saya melihat calon-calon yang berjaya dengan tiada sengketa di hati.  Tiada pertikaian.  Alhamdulillah, bagi saya mereka yang terpilih adalah LAYAK.
Hari ini di pantry, saya mendengar dengan jelas rasa tidak puas hati calon-calon yang gagal.  Saya masih bertahan, tanpa pertikaian.  Malahan, saya berterusan mengiktiraf kejayaan mereka yang KANAN.  Namun, semakin banyak cerita, semakin  ianya kelihatan pihak atasan tidak jujur dan berat sebelah.  Ada yang terasa teraniaya.  Saya yang GAGAL turut dipertikaikan.  Macam mana boleh gagal?  Sepatutnya saya juga dapat naik pangkat. 
Masya Allah, ianya kuasa Allah.  Kita tidak menuntut apa-apa, namun ada pula orang lain memerhati dan menuntut kelayakan kita.  Saya merasa lebih gembira pula, tidak dinaikkan pangkat tetapi orang mempertikaikan kerana mengatakan saya LAYAK, berbanding mereka yang naik pangkat tetapi kejayaan mereka dipertikaikan dan dianggap TIDAK LAYAK.
Bos kedua besar bertanya,
“bagaimana you tak boleh dapat ya?  Ada publication di dalam negara dan luar negara, patutnya boleh dapat”.
“Tak apa lah, bukan rezeki saya lagi lah tu”. 
Sambil tersenyum.  (Dalam hati, ianya adalah rezeki yang ditangguhkan oleh Allah).  Saya beredar kerana kepanasan.  Pantry telah kehilangan kipas dan remote control air-cond.
“Ya Allah, saya berlindung denganMu daripada lintasan hati yang jahat dan ta’ajub”.

No comments:

Post a Comment

What Say U?