Tuesday, January 3, 2012

Dua Dalam Satu: 020

Salam Tahun Baru 2012.


Bersawang blog saya.  Kekangan masa adalah puncanya. 
Orang lain juga diberi masa 24 jam, tetapi mereka masih lagi sempat menulis?  Saya pula, sering menyalahkan masa?  Owh.  Saya mesti berusaha lebih keras untuk menulis.  Saya kira menulis adalah apa yang saya passion, namun jika kadar menulis satu artikel dalam sebulan, it is looks like that I am not that passion and a vivid writer.


Haih.  Sebenarnya banyak benda yang saya nak tulis.  Entri kali ini saya lump-sum dua cerita.
Happy Wedding FRH- 20-11-2011
Tarikh yang cantik.  Barakallah FRH dan wife.  Maaf tak dapat hadir, namun saya kira hadiah yang saya kirim mampu menjadi pengganti diri kami sekeluarga.

Walaupun berkenalan begitu sekejap, namun saya boleh menganggap FRH sebagai sahabat saya.  Sebabnya beliau seorang yang sopan dan berbudi bahasa, mengetahui meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya.  Saya senang dan selesa dengannya.

Saya juga kagum dengannya.  Beliau bercinta dengan orang lain, tetapi akhirnya berkahwin dengan orang lain.  Kerana cintanya atas dasar kasihan, maka cinta itu harus dilepaskan.  Beliau berani dan membuat keputusan yang tepat.  Semoga Allah merahmati perkahwinan beliau. 

Mabrook daripada kami.

Kem Hafazan Al-Quran- 16 Nov till 16 Dec 2011
Sekali lagi alhamdulillah saya diberi peluang oleh Allah untuk mendaftarkan Athirah ke Kem Hafazan.  Pada saya, pengisian masa lapang pada waktu cuti-cuti sekolah dengan mengaji Kalamullah adalah sangat bermanfaat.

Athirah didaftarkan untuk menghafaz ayat al-Quran yang lebih panjang.  Juzu’ Amma telah beliau kuasai.  

Untuk Azeem tunggu dulu, sebab dia masih bertatih mengaji.  Kem Hafazan adalah untuk budak-budak yang telah pandai mengaji supaya mereka boleh terus menghafaz.  Bagi budak-budak yang sedang bertatih, sukar untuk menghafaz.  Nanti kem hafazan bertukar pula menjadi kem tahsin.

Saya kira ia tanggungjawab ibu bapa mengisi masa lapang anak dengan perkara-perkara yang baik.  Sudahlah kita semakin sibuk dengan laporan akhir tahun dan merangka KPI tahun hadapan, anak-anak pula kita biarkan saja kerana kesibukan kita.  Adilkah?
Saya juga tidak faham bagaimana ibu bapa boleh membiarkan anak-anak memilih aktiviti sendiri, walaupun aktiviti itu hanya bersuka-suka menonton tv dan bermain PS2.  Bila diajak untuk sama-sama menghantar anak ke Kem Hafazan ini, boleh pula berkata, “nanti akak tanya dia dulu, nak ke dia masuk Kem Hafazan.  Bukan apa, kot dia tak nak, tak guna juga.” 

Hah? Begitu?  Hati saya menjerit.  Mahu sahaja saya katakan, “insyaAllah dia akan suka, belajar Kalamullah, pasti akan lembut hatinya.  Al-Quran itu kan mukjizat.”

Bertanya anak mahu atau tidak untuk sesuatu perkara yang baik bukannya keperluan memenuhi hak manusiawi itu, pada saya.  Anak-anak yang sekian lama terdedah dengan menonton tv dan permainan PS2, sudah pasti tidak mahu ke kem sebegitu.  Letih menghafaz dan mungkin juga malas nak memberat-beratkan kepala.

“Lagipun dia tak pandai sangat mengaji, akak pun tak sempat mengajar, harapkan ustazah di sekolah sahaja dan blablablabla”.  Kata ibu itu lagi, mungkin untuk menutup kesalahan yang tadi. 

Saya hanya mampu tersenyum.  Dalam hati, kalau tak berkesempatan, hantarlah anak ke kem mengaji qur-an, intensif cuti sekolah supaya lepas sebulan, insyaAllah anak akan lancar mengaji.

Apa-apa pun, pilihan di tangan masing-masing.  Namun memberi pilihan kepada anak yang berumur seawal 8 tahun, bukannya pilihan yang baik.

“Ya Allah saya memohon perlindungan kepadaMu daripada lintasan hati yang jahat”.

Apa kata Athirah?
Best tau dapat pergi Kem Hafazan . Bersyukur sangat sebab dapat pergi Kem Hafazan .
Dapat hafal banyak surah . Dapat kenal ramai kawan dan ustazah .
Siapa yang banyak menghafal dapat hadiah .
Saya dapat hafal daripada surah allail sampai surah ala’la .

No comments:

Post a Comment

What Say U?