Thursday, January 5, 2012

Berpisah Lebih Baik: 021

It sounds suck!

Ianya selalu dikaitkan dengan pasangan suami isteri yang bercerai.  Dialog yang biasa saya dengar begini,

1)      Kami jadi kawan rapat selepas berpisah.  Macam-macam perkara boleh disembangkan.  Pelik, kan?
2)      Dia seperti sahabat baik.  Pendengar yang baik juga.  Macam ber’dating’ pula.

Dulu, saya sukar percaya.  Meloya juga bila saya dengar orang cakap macam tu.  Pada saya, memanglah kamu boleh menjadi seperti kawan yang baik lepas berpisah sebab tanggungjawab suami/ isteri dan ibu/ ayah tu telah tiada.  Lepas ber’dating’, selalunya dengan alasan menyampaikan khabar terkini anak-anak, masing-masing kamu pulang ke rumah sendiri.  Mandi dan terus tidur lena.  Tanggungjawab hanya pada diri.  Rumah tunggang langgang pun takde suami/ isteri nak tegur.  Esok pagi bangun tidur, terus mandi dan bergerak ke tempat kerja.  Takde hiruk pikuk urus anak2 dan sediakan brekfes.  Sekali sekali berjumpa, di restoran pula, sudah tentu wangi belaka.  Memanglah kamu seronok!

Sekarang, saya percaya tetapi dalam konteks yang berbeza.  Sebelum ini, adik ipar tinggal dengan kami.  Dia membuat praktikal dan terus bekerja di tempat yang sama.  Abah dan mak mengharapkan dia tinggal dengan kami, memandangkan dia seorang perempuan, dan elok sangatlah kalau dapat tinggal dengan abang sendiri.  Keselamatan dan kewangan lebih terjamin.

Lapan bulan saya tinggal sebumbung dengannya, selepas itu dia menyewa bersama-sama rakan bujang.  Keputusan yang tidak disukai abah dan mak, namun apa boleh dikatakan.  Saya bukan hendak bercerita buruk tentangnya.  Tetapi saya pelik bila kami dapat bersembang itu-ini bila sesekali berjumpa sedangkan semasa tinggal bersama-sama, sukar sekali hendak bersembang.  Kalau bercakap pun sepatah dua kata sahaja, sekadar memanis mulut, supaya tidak merasa canggung.  Aneh kan?

Betullah kata orang, distance makes heart grow fonder!

No comments:

Post a Comment

What Say U?