Wednesday, December 5, 2012

Sokong:84

Saya bukan kaki sukan semenjak berkahwin.

Dahulu saya kaki sukan lumba kereta, sehingga Wayne Rainey parah lumpuh pun saya ambil tahu.

Dahulu juga saya kaki sukan badminton.  Satu buku skrap tebal padat dengan semua kejohanan badminton saya kumpulkan.  Semua perlawanan di TV saya tonton dan semua pemain sehingga anak pinak mereka dan harta kekayaan mereka hasil mewakili negara dan memenangi pertandingan pun saya tahu.

Itu dahulu lah.

Sekarang tidak lagi kerana suami saya SANGAT tidak minat sukan!

Saya menjadi tiada geng untuk berseronok tentang berita sukan. 

Baru-baru ini semasa Malaysia lawan Singapura dan kalah 3-0 dalam Piala AFF Suzuki? (harap betul), suami saya mengeluarkan kenyataan pedas.  Kemudian bila Malaysia menang 2-0 lawan Indonesia bagi piala yang sama, suami saya bidas juga.

Haih...

Namun sekurang-kurangnya suami saya pendapatnya SATU, tidak berbolak balik.

Semasa kalah lawan Singapura, kebanyakan status di FB:

"Gaji mahal mengalahkan Surgeon, main macam hapa".

"Penat je tengok, main macam harem". ~penat ke tengok?  Rasanya pemain lagi penat.

Semasa menang lawan Indonesia, kebanyakan status di FB:

"Terbaik Harimau Malaya, salute!"

"Saya memang menyokong negara saya, ok".

Hipokrit.

2 comments:

  1. MasyaAllah..tanpa saya sangka...awak ada buku skrap

    cerita sukan suami isteri...sangat kelakar..hingga saya sendiri tersenyum sendiri ...hehe

    ReplyDelete
  2. T,alhamdulillah.

    Suami isteri yang hatinya tidak bersatu kerana Allah, apabila mempunyai pandangan/pendapat/ hobi berbeza akan menimbulkan SETERU. Jikalau semuanya sependapat/ seia-sekata pula menimbulkan JEMU.

    ~Ustaz Pahrol Juoi.

    Ia benar sekali, sekurang-kurangnya perbezaan pendapat saya dengan suami tidak menimbulkan seteru. Semua perbezaan boleh diraikan!

    ReplyDelete

What Say U?