Wednesday, May 2, 2012

Takziah Kak Durra: 044

Berlarilah Menuju TemanMu yang Maha Pengasih buat bonda sahabat maya saya Kak Durra.  Semoga roh mu tenang di sana, bahawa pemergianmu adalah kerehatan yang sebenar-benarnya daripada keletihan dan kelelahan dunia, insyaAllah.

Ianya satu berita yang sangat menyedihkan serta menyayat hati.  Baru bulan lepas bondanya datang melawatnya di Southampton.  Sangat baru.  Sangat mengejut.

Walaupun Kak Durra adalah sahabat maya saya, namun kesedihan pemergian ibunya sangat saya rasai kerana saya juga mempunyai ibu.  Dan kami pula lebih kurang sebaya, maka ibu kami pasti lebih kurang sebaya.  Kalaupun mungkin ibunya lebih berusia daripada ibu saya, namun Kak Durra telah kehilangan ibu pada usia lebih kurang usia saya.  Ya Allah, ianya ujian yang saya tidak mampu hadapi.

Sebelum ini, dua sahabat sekerja saya turut kehilangan bonda mereka. Kami sebaya.  Saya merasakan kesedihan dan kehibaan mereka.  Ianya satu perasaan yang menyakitkan.  Kita hanya ada satu bonda dan bonda itu pula telah diambil Allah.  Ya Allah, mana mungkin ada bonda buat kita lagi.

Saya memikirkan jika saya berada di tempat mereka, cukupkah bakti saya kepada ibu saya?  Saya tidak memikirkan tentang sahabat2 adakah mereka telah cukup bakti kepada ibu mereka kerana saya pasti mereka lebih baik dalam melayani ibu masing2.

Ada satu cerita di zaman Rasulullah saw. tentang seorang lelaki yang memikul ibunya di belakangnya dalam satu perjalanan yang jauh, lalu ditanya kepada Rasulullah saw.

"Adakah terbalas jasa ibu dengan saya memikulnya di belakang saya pada perjalanan yang sangat jauh ini, wahai Rasulullah?"

"Bahkan TIDAK walaupun setitis susunya". jawab Rasulullah saw.

Masya Allah.   Saya  tidak pernah memikul ibu saya di belakang saya.  Ianya tidak terbalas!

Takziah Kak Durra .


2 comments:

  1. Thanks Anis atas doa n ingatan..
    Cuma tertanya2 mcm mana awak leh tahu berita nie yer..sebabnya saya x sempat lagi nak mencoretkan di dalam blog :)

    ReplyDelete
  2. Kak Durra,

    Saya ingat Kak Durra telah mengenali saya. Maaf saya tidak perkenalkan diri dengan lebih baik.

    Saya bekerja di MARDI, dan saya mengenali adik Kak Durra, iaitu Syahirah. Berita pemergian bonda Kak Durra diberitahu melalui berita kilat kerana ayahanda kak Durra adalah mantan Pengarah di Pusat Hortikultur, kan?

    Bos saya sekarang adalah bekas anak buah (staf) ayahanda Kak Durra. Hari itu, beliau sangat sugul dan segera ingin pulang untuk tinggal dengan isterinya di rumah. Beliau membayangkan saat serupa yang ayahanda Kak Durra alami.

    Kami semua terkesan!

    ReplyDelete

What Say U?