Cara Rasulullah mengurus MARAH adalah dengan cara duduk jika semasa marah baginda berdiri. Baring jika marah masih belum reda setelah duduk. Jika semasa berbaring pun marah masih tidak berkurang, baginda mengambil wuduk.
Marah itu angkara syaitan dan syaitan itu daripada API. Ia padam dengan AIR. Oleh sebab itu baginda berwuduk. Rasulullah kemudiannya solat sunat 2 rakaat.
Ianya sempurna dan ianya langkah demi langkah. Ia sukar kerana kita acapkali ingin menghambur keluar kemarahan dengan segera kerana kita sering menyangka, lepas kita marah-marah, kita akan lega sebab semua yang terpendam berjaya diluahkan.
Kita tidak melihat kesan selepas marah. Yang kita pentingkan apa yang kita ingin capai SEMASA marah!
Saya menceritakan step by step ini kepada anak-anak. Namun saya juga sesekali terlanjur marah.
"Azeem, ambik buku praktis, kita buat latihan sikit". Dialog popular bila cuti sekolah.
Azeem seperti selalu protes, sebab dia nak main saja. Dia marah kerana terganggu program main-main dia.
"Tak baik Azeem marah-marah. Ni mesti syaitan suruh Azeem marah. Allah suka kalau Azeem belajar, tapi syaitan tak suka. Sebab syaitan memang tak nak bagi Azeem pandai. Azeem mesti nak pandai kan?"
Pujuk saya seperti selalu.
Azeem mendengus-dengus...kalaulah dia naga, mesti terpercik api dari hidung dan mulutnya. Saya memang bergurau dengannya berkenaan naga itu kerana dia selalu begitu!
Lama kemudian Azeem bangun dan masuk ke bilik air. Lama dia di dalam bilik air.
Saya tegur dia, "Azeem merajuk ye?" Dia diam tak menjawab. Saya biarkan saja.
He needs some alone time.
Saya meneruskan kerja seperti biasa (kerja mak-mak lah).
"Ibu tau tak Azeem buat apa dalam tandas lama tadi?. Tiba-tiba dia datang bertanya. Terganggu urusan saya dengan FB. Hahaha..
"Tak tau. Tapi Azeem lama kan. Ibu rasa Azeem merajuk kat ibu la kot".
"Azeem ambik wuduk! Sbb tadi Azeem marah-marah kan. Ibu kata nabi ambik wuduk bila marah".
"Waaah..iye ke? Bagusnya Azeem, kawal marah ikut Nabi.". Saya respon dengan terujaan yang melampau-lampau!
"Lepas tu Azeem solat sunat 2 rakaat, yang Azeem tutup pintu bilik tu". Dia sambung lagi cerita.
"Waaah...bagusnya Azeem..Sekarang Azeem dah tak marah kan? Sbb syaitan dah lari masa Azeem solat. Azeem pun mesti nak buat keje praktis kan sbb syaitan dah takde nak goda Azeem belajar!"
Saya memuji-mujinya sambil senyum sampai ke telinga.
Akhirnya pelajaran telah dipraktikkan. Ibunya entah bila nak buat macam tu bila marah?
Sabar dan Qana'ah itu Keredhaan. Ianya adalah himpunan kisah saya dan keluarga, sebagai ingatan dan kasih sayang yang berpanjangan. Ia adalah sebuah jurnal kesyukuran!
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, January 8, 2013
Friday, November 23, 2012
Bengkak: 81
Hidayah Allah ini datang daripada pelbagai cara. Kadang-kadang kita sendiri tidak merasakan ianya hidayah daripada Allah yang sentiasa sayangkan hambaNya dan inginkan yang terbaik buat semua makhluk ciptaanNya.
Ramai orang belum terbuka hatinya untuk menutup aurat. Kalau diajak,
"Ingat yang pakai tudung tu baik sangat? Kadang perangai lebih teruk".
Ingin sahaja dikatakan,
"Tetapi kamu yang tidak memakai tudung (tidak menutup aurat) adalah lebih tidak baik kerana melanggar perintah Allah".
Suara tersekat di kerongkong.
Lalu Allah mendatangkan bengkak di leher (swelling thyroid gland).
Sekarang telah pun memakai tudung.
"Dapat tutup leher yang bengkak ni pun jadilah (memberi justifikasi kenapa memakai tudung)."
Masya Allah, begitu mahal harga sebuah hidayah Allah. Didatangkan kesakitan leher yang bengkak semata-mata untuk memberi sebab hambaNya menutup aurat.
Fikir saya, kalau tidak diberikan bengkak di leher, belum tahu lagi lah bila masanya untuk menutup aurat.
Semoga dia sedar bahawa Allah tidak menjadikan/mengizinkan sesuatu itu terjadi (bengkak leher) dengan sia-sia, namun ada didikan (menutup aurat) yang Allah ingin berikan. Maha Suci Allah daripada melakukan sesuatu dengan sia-sia.

Thursday, November 1, 2012
Macam-macam ada: 79
Lama saya tidak apdet apa-apa cerita, sehingga blog saya dilabelkan sebagai Less Active. Sedih juga.
Tidak multitasking nye saya!
Tidak manage time dengan baiknye saya!
Tidak rajinnya saya!
Ye, salahkan diri sendiri, do not blame other people.
Banyak nak cerita sebenarnya, namun seringkali juga banyak keje ad-hoc and urgent yang menyebabkan cerita-cerita tertangguh. Kawan saya Eiwa kata,
"wah, iron lady kau!"
"Takde maknenye Iron lady, kuli cenggini lah." Balas saya.
Namun saya bersyukur kerana diberi rezeki oleh Allah dan keizinan suami kepada saya untuk keluar mencari rezeki kami sekeluarga.
Masih ramai di luar sana yang masih belum bekerja.
Kisah 1.
Curang I dan II tidak mahu saya teruskan walaupun rentetannya masih ada. Ia juga menyebabkan saya dalam sedikit stress sebulan-dua ini kerana yang terlibat adalah dia.
Sukar sekali untuk saya menjadi 'baik' atau 'neutral' atau berlagak 'profesional' atau 'macam tiada apa-apa berlaku' kalau kesnye sebegini berat. Saya kehilangan kata-kata dan 'mood'.
Balik dari mesyuarat di Langkawi, saya ingatkan kes itu selesai dan 'sealed', tapi nampaknya telah terbuka semula dan semakin teruk.
Ia memang ujian maha berat buat dia, namun kerosakan yang berlaku adalah di atas tangan manusia-manusia itu sendiri. Sometimes I wish to say, "serve you right!"
Kisah 2.
Bila bermesyuarat selama 3 hari bagi keseluruhan staf seMalaysia (fobia nak tulis satu Malaysia, hehehe), masa tu lah dapat gather-gather, sembang-sembang and ofkos gosipping, masya Allah. Masa bekerja, memang tak de masa citer hal lain. Kiranya kalau tak MC, bekerja tanpa henti.
Macam-macam cerita keluar. Banyaknya yang 'nauzubillahiminzaalik".
Bahawa telah begitu ramai manusia Islam yang meninggalkan agama dan tidak takutkan Allah.
Satu kes yang sangat signifikan adalah isteri mencari lelaki lain kerana suaminya tidak ada projek buat bangunan, itupun baru 3 bulan!
Saya menggaru kepala yang tidak gatal.
Ia memang benar-benar menakutkan saya dan Allah telah menyelamatkan saya dahulu, bahawa kerana itu saya masih berkeluarga dan saya sangat-sangat mensyukurinya.
Semoga Allah memberi hidayah kepada dia.
Kisah 3.
Saya tidak membuat qurban pada tahun ini dan saya merasa menyesal.
Akaun kami kekurangan duit kerana membayar sejumlah wang yang agak besar untuk menukar pinjaman perumahan konvensional kepada Islamik. Sepuluh tahun lepas sukar sekali untuk ada bank yang menawarkan pinjaman perumahan Islamik seperti al-mudharabah etc.
So, bila dah ada peluang dan jalan, kami pun menukar loan tersebut maka bayaran pun dikenakan. Kata Ustaz Dr Zaharudin, akan ada bayaran bagi menukar loan konvensional kepada Islamik, maka anggaplah bayaran itu sebagai suatu denda/ membayar kepada pinjaman kita yang tidak Islamik dahulu (seperti kaffarah). Kami redha dan kami lakukannya.
Cuma, pada pagi raya, Tanyalah Ustaz@TV9 kata,
Tidak bolehkah kita berqurban kerana Allah, setahun sekali sahaja. Bukannya mahal pun, hanya RM 34/bulan atau RM 1.13 sehari duit yang perlu dikumpulkan sehingga setahun jika mengambil kira satu bahagian lembu untuk dikorbankan (RM 400)?.
Saya merasa menyesal pula. Betul benar, bukannya banyak pun untuk saving kerana Allah ini.
Memang benar duit dalam kami telah kurang (standby for emergency sahaja), tapi, kan ada duit dalam akaun anak-anak yang sebenarnya kami juga isi setiap bulan?
Ya Allah, ampunkan kami dan panjangkan usia kami untuk melaksanakan qurban kerana Mu pada tahun hadapan.

Friday, September 7, 2012
Harta Emak Ayah: 73
Kerana harta, keluarga berpecah belah sebab bergaduh sepanjang hayat.
Pada saya, mereka yang berebut harta yang bukan hak mereka ini adalah orang yang TIDAK INGAT MATI.
Mereka juga tidak yakin dengan adanya hari akhirat di mana semua kesalahan yang dilakukan akan dipertanggungjawabkan. Di sana nanti, kebaikan kita tidak dipersoalkan lagi, kerana jika ia banyak melebihi yang buruk, dengan rahmat ALLAH syurga adalah ganjarannya. Apa yang dipersoal adalah salah silap dan dosa. Ia bagi memberi pengadilan/ hukuman bagi sesiapa yang dizalimi semasa di dunia.
Begitu juga dengan harta. Sesiapa yang mengambil harta yang bukan haknya, itu yang akan Allah kira agar mereka yang teraniaya akan terbela. Bukanlah untuk mendapat kembali harta yang dirampas semasa di dunia, tetapi mungkin mendapat balasan syurga kerana bersabar. Mereka yang bersalah mendapat hukuman setimpal dan maha adil daripada Allah.
Kisah harta ini banyak sekali diceritakan. Antara lain adalah kisah popular iaitu satu jenazah yang dibawa melintasi Rasulullah menjerit-jerit yang mana pada ketika itu Rasulullah diberi izin oleh Allah untuk mendengarnya.
Lalu Rasulullah bersabda,
"Sesungguhnya jenazah tadi menjerit-jerit meminta Allah kembalikan semula dia ke dunia. Adakah kamu ingin tahu apa yang dia ingin lakukan jika Allah hidupkan dia kembali?"
Jawab sahabat, "Ya Rasulullah, khabarkan kepada kami."
"Jenazah tadi ingin kembali untuk mensedekahkan harta-hartanya kepada mereka yang memerlukan. Sesungguhnya harta yang banyak itu jika tidak disedekahkan adalah tidak berguna dan tidak dapat membantu kamu sedikit pun apabila kamu mati."
Benar sekali, hanya sedekah jariah akan memberikan pahala berterusan walaupun penderma itu telah meninggal dunia.
Kes 1
Emak saya bakal mendapat durian runtuh. Beliau mula menyebut-nyebut untuk mendapatkan saya seorang 'maid' bagi meringankan kerja-kerja saya di rumah. Kos untuk mendapatkannya adalah lebih kurang RM 7K.
Saya katakan pada emak,
" Itu duit pusaka atuk untuk mak. Duit mak untuk belanja diri mak. You can do whatever you want to do with the money, but please it is all for you, ok".
Pada saya, itu harta mak jadi suka hati mak lah nak belanja ke mana pun. Saya jadi geram bila ada anak-anak yang sibuk-sibuk atau terlebih pandai mengatur duit pencen/ harta pusaka atuk dan nenek yang jatuh ke tangan emak dan ayahnya.
Kes 2
Arwah bapa mertua saya agak berada kerana mempunyai tanah yang banyak seperti tanah sawah, tanah getah, kebun buah-buahan dan macam-macam tanah lagi.
Ia menjadi rebutan adik beradiknya sedangkan abah mempunyai anak-anak. Adik beradik abah langsung tidak berhak kerana abah mempunyai 5 orang lelaki dan 2 orang anak perempuan. Namun, ada suara-suara yang tidak sedap didengari di kalangan adik beradik abah.
" Tu apalah salah dia dah buat, sampai mati pun merata, tak mati di kampung."
Masya Allah. Abah meninggal di rumah anak sulungnya.
Ingin saja saya katakan kepada makcik itu,
"Makcik tau ke mati di mana dan bila masanya?. Kalau orang mati di Mekah dan Madinah, tidak mati di kampungnya Malaysia, bagaimana?".
Itu semua gara-gara harta yang tidak dapat dimiliki. Astaghfirullahal azeem.

Sunday, July 29, 2012
24/7 tiba lagi: 66
Alhamdulillah, Khadijah Hani telah berumur satu tahun.
Ia kelahiran yang dinanti, atas nama kasih dan cinta kami.
Semoga anak ibu menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat!
Oleh kerana hari lahir KH jatuh pada bulan puasa dan waktu bekerja pula, kita sambut lewat sikit, insyaAllah di Seremban (rumah atuk dan wan) Sabtu nanti. Ibu juga telah minta wan masakkan bubur lambuk untuk kita berbuka puasa.

Wednesday, July 25, 2012
Hanya terlintas: 64
Nikmat Allah yang manakah yang aku dustakan?
Sekecil-kecil perkara walaupun sekadar lintasan hati, tetap Allah yang Maha Mendengar mengambil tahu dan memakbulkan. Tiada siapa yang tahu lintasan hati orang lain, kecuali Allah.
Lintasan hati I
Kerap juga towel yang dibawa ke nurseri KH perlu ditukar. Kadang tu sampai 3 helai seminggu. Kotor betul.
Terdetik dalam hati,
"Nanti masuk gaji nak tambah towel KH, senang nak ganti-ganti".
Hujung minggu itu rakan sekerja dari Kelantan datang ziarah kami sekeluarga. Mereka bukan sahaja rakan sekerja malah telah menjadi rakan keluarga kami.
Sebelum balik beliau menghulurkan buah tangan. Satu beg besar. Beliau selalu begitu, tidak lokek dengan cenderahati, bukan sahaja kepada anak-anak kami tetapi untuk saya dan suami pun ada!
Alhamdulillah, ada 3 helai towel bersaiz untuk kanak-kanak di dalam beg besar itu.
Allah Maha Mendengar permintaan hambaNya. Masya Allah.
Lintasan hati II
Sekembalinya dari outstesen di Penang, saya singgah di Kilang Yusoff Taiyoob. Nak beli kurma dengan harga borong!
Bila dijual dengan harga borong, maknanya kena beli dengan kuantiti yang besar (baca: 2-5 kg ke atas).
Mak aaaiii...banyaknya nak kena beli.
Lastly, I bought the cheapest kurma, which was Ajmal for 2 kg packaging. The least is 2 kg.
Sampai rumah, pakat-pakat bagi jiran semua sebekas taufu fa. Berkongsi rezeki yang banyak!
Bila dah start puasa 3 hari ni, nampaknya bekalan kurma sendiri semakin nampak berkurangan. Tahun ini kami ajak anak-anak makan 3 biji kurma, sempena ikut sunnah Rasulullah, bukan 1-2 biji sahaja seperti tahun-tahun sebelumnya.
Terdetik dalam hati,
"Macam nak kena beli lagi kurma ni. Kirim kat siapa ye kalau pergi kilang Yusoff Taiyoob".
2-3 kali jugak melintas dalam hati untuk beli kurma.
Hari ini bos kecil menghadiahkan satu bekas taufu fa kurma. Dua hari sebelumnya rakan sekerja menghadiahkan 1 bekas taufu fa kurma Mariami.
Alhamdulillah.
Nikmat Allah yang manakah yang aku ingin dustakan lagi?

Monday, July 23, 2012
Dr. Azim, Berlarilah Menuju Temanmu Yang Maha Pengasih: 63
Ia berita yang amat mengejutkan. Pemergiannya juga mengejut.
Beliau pergi dalam tidur sekitar jam 3 pagi.
Saya hanya dapat beritanya setelah ianya sangat terlewat.
Kesal kerana kemudahan teknologi IT (baca: FB dll) yang ada tetapi tidak dibenarkan (baca: banned apabila di pejabat) atas sebab-sebab terlalu ramai yang tidak bertanggung jawab, menyebabkan saya terlepas berita penting dan mendukacitakan ini.
Mesej-mesej akhir yang saya terima lebih menambah duka.
"We prayed solat jenazah for Azim here, at Putrajaya Mosque".
"We buried Azim here at Putrajaya cemetery".
"Tahlil will be tonite at .......saujana pucong".
Apdet yang diterima juga bukan dapat dikejar, kerana semuanya 15-30 minutes late!
Pemergiannya sangat dirasai. Dr. Azim bukan sahaja rakan sekolah rendah dan sekolah menengah kami, tetapi beliau lebih kepada sahabat keluarga. Emak dan ayah saya bekerja di bawah penyeliaan ayahnya Dr. Noor Azhar. Seluruh ahli keluarganya adalah orang yang baik-baik. Tidak meninggi diri dan sangat berbudi bahasa.
Oleh kerana beliau seorang yang sangat baik, saya menamakan anak lelaki saya sama dengan nama beliau, Muhammad Azeem. Ianya dengan harapan semoga anak saya Azeem menuruti sikap dan sifatnya yang berbudi pekerti mulia, juga menjadi seorang doktor muslim yang soleh.
Saya tidak mempunyai kata-kata penguat hati untuk isteri dan 4 orang anaknya yang masih kecil kerana ia sungguh memeritkan, tambahan pula ia berlaku hanya 2 hari sebelum Ramadhan tiba.
Masya Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi ujian kepada hambaNya di luar daripada kemampuannya. Saya percaya isteri Dr Azim seorang yang sangat tabah dan solehah.
Semoga Allah merahmati mu Dr Azim.

Thursday, July 19, 2012
Office hour:62
Pertama kali dalam hidup saya mengetahui ada waktu kerja di Malaysia ini mengikut waktu operasi negara luar. Sebagai contoh operasi syarikat ABC mengikut waktu operasi syarikat DEF yang berpengkalan di UK atau Kanada. Maknanya, time kita semua masih diulit mimpi, ada warga Malaysia yang telah mula bekerja kerana waktu negara luar telah mula bekerja.
Ia kedengaran sangat pelik dan seperti tidak munasabah. Tapi, ia berlaku dan ada orang yang sanggup bekerja pada waktu itu dengan pelbagai alasan yang boleh difikirkan.
Saya dapat tahu kerana biras saya bertukar tempat kerja yang operasi kerjanya bermula 5.30 pagi dan tamat jam 1.30 petang (baca: ikut waktu Kanada). Mulanya kami ingat beliau bertukar kerja sekadar inginkan manfaat (gaji+elaun) yang lebih (baca: telah bertukar kerja 3 kali semenjak 5 tahun menjadi sebahagian besar keluarga kami) dan sangkaan awal kami betapa beliau sanggup mengambil waktu rehat (baca:sunnatullah malam untuk rehat dan mengumpul daya) hanya kerana 'manfaat' lebih itu, sepertinya tidak patut.
Ternyata sangkaan itu salah. Saya mendengar penuh minat perbualannya dengan ipar duai.
"Okaylah office hour macam tu, petang dah boleh main dengan anak". Katanya penuh semangat.
Iye juga, seperti guru tetapi guru kerjanya sampai malam walaupun office hour sampai tengahari (baca: kena periksa kerja sekolah murid2).
"Masa kerja sekarang, keluar pagi (baca: agak saya 6.30 am kot), anak masih tidur. Balik dah malam, anak pun dah tidur". Tambah beliau lagi.
Munasabah dan sangat relevan pula. Murni sungguh niat ibu muda ini, fikir saya.
Saya memandangnya dari sisi yang lain. Ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan apabila Allah telah mengizinkan sesuatu itu berlaku. Pasti ada didikan yang Allah ingin berikan.
Dengan waktu kerja yang begitu, sekurang-kurangnya beliau mesti bertolak dari rumah dalam pukul 5 pagi. Mungkin beliau mengambil masa 30 minit untuk bersiap-siap, maka beliau akan bangun pada jam 4.30 pagi. Alangkah baiknya jika beliau dapat bangun setengah jam lebih awal untuk bertahajjud atau berqiamullail kepada Allah. Nescaya rezeki dan 'manfaat' yang didambakan itu semakin berkat dan dirahmati.
Maha suci Allah daripada menjadikan/ membenarkan sesuatu dengan sia-sia.
~Semoga beliau diberi hidayah itu.

Monday, July 9, 2012
Cuti-cuti Malaysia Part IV: 58
Selepas sesi frust tak dapat bergambar dengan Ustaz Amin, kami ke Zoo Melaka. Fikir saya, semua orang suka tengok haiwan. Apa yang penting adalah baby yang dibawa. Saya mengharapkan Khadijah teruja dengan haiwan-haiwan yang dilihat, jadi dia tak boring dan mengamuk!
![]() |
| Tugu Zoo Melaka Ehsan:ewanrani.blogspot.com-TQ |
Dah penat round satu zoo yang sangat natural (boleh dikatakan haiwan diletakkan dalam tempat semulajadi/habitatnya-hutan yang tebal), kami plan nak naik tram pulak. Saje suka-suka, ada driver bawak jalan-jalan. Gambar di bawah menunjukkan tram waktu malam. Saje nak bagitau, zoo Melaka pun ada ‘Night Zoo’ for nocturnal animals.
![]() |
| Naik tram-seronok jugak. Dah letih jalan, duduk sambil tengok2. Ehsan:warlordsamoury.blogspot.com-TQ |
Menjelang tengahari, kami pun balik hotel. Sebelum tu tapau lauk lunch lah. Kat Melaka ni sinonim dengan asam pedas. Semua restoran ada asam pedas. Jadi kami pun beli lauk tu lah. Kiranya itulah lauk tersohor!
![]() |
| Asampedas pari is my favourite! Kalau masak tu lengkaplah dengan daun kesum n kantannya! Ehsan:asamgaram2puteri.blogspot.com-TQ |
Apa-apa pun, asam pedas mak dan nenek saya memang tidak ada siapa boleh challenge.
Saturday, July 7, 2012
Cuti-cuti Malaysia III: 57
Seperti hotel-hotel yang lain, customer diberi tiket makan free untuk sarapan. Jadi, waktu sarapan saja kami makan di hotel. Makan tengahari dan dinner, we just outsourced from restaurants nearby. Lagipun, chef kat hotel ni agak-agak suam suku kemahiran masaknya. Sabar je lah.
As usual, saya suka makan roti bakar. Yang kurang keringnya, bread toaster tu telah disetkan tidak membakar dengan baik bagi sekali bakar. Kene round dua kali roti tu, barulah nampak seperti roti bakar.
Sambil duk tunggu roti tu round dua kali ada lah seorang encik itu, datang menjengah and masukkan rotinya. Saya pun ramah mulut pula bercakap tanpa memandang,
“Tak berapa nak membakar toaster ni, kene round dua kali.” (Hasrat hati memberitahu, awak akan lama tau nak tunggu roti ni).
“Errr…”.
Macam mati kutu encik itu.
Saya pun spontan pandang ke belakang, dan ………………..
Encik itu adalah seorang SELEBRITI! Beliau adalah Ustaz Amin Idris.
![]() |
| Ustaz Amin Idris Ehsan:aminidris.com-TQ |
Alahai…hensemnya. Wajah yang bersih dan kemas. Comelnya. Pakaian tak yah cakap lah. Memang beliau memakai yang selayaknya sebagai seorang ustaz dan pemberi motivasi.
Saya pun kebetulan roti dah bakar cantik, cepat-cepat pergi kat meja nak bagitau husband!
“Abang, ustaz Amin tu. TV Alhijrah tu lah…alaaa bang..kamera tak bawak pulak”. (Makan kat café hotel, bawak kupon saja lah kan).
Nak ambik gambar dengan phone, alahai….malu lah pulak nak keluarkan phone untuk snap gambar. Maklum saja, ianya Nokia Classic.
![]() |
| Telefonku yang sangat 'basic'. Ehsan:imcc.com.my-TQ |
Ada satu family dah ambil gambar dengan ustaz Amin. Mereka menggunakan gajet yang hebat dan terkini di pasaran, macam gambar di bawah ni!
![]() |
| Smartphone idaman kalbu-tapi belum mampu! Ehsan:dailytech.com-TQ |
Bertambah segan nak ambik gambar Ustaz Amin dengan husband. Lagi pulak, dengan skrin yang kecil tu memungkinkan berlaga pipi pula husband dengan ustaz.
Sambil makan, jelling-jeling kat ustaz. Nak tengok beliau makan apa..hahaha. What a psycho..
Beliau sangat moderate. Hanya makan roti bakar sekeping. Lepas tu minum oren. Kalau dah gitu gaya makannya, mana tak cantik kulitnya. Badan pun maintain segak. Harapkan saya, lagi semua tak cuba hidangan buffet tak berhenti mengunyah jawabnya.
*selalunya time-time cuti/ jln2 walaupun balik kampung, memang diet Rasulullah tak patuh dah.
Sambil-sambil tu suap Khadijah. Tiba-tiba Ustaz Amin lalu kat tepi meja untuk keluar dan tegur Khadijah.
“Comelnya”……sambil tu beliau tersenyum simpul.
Aku ternganga. Terima kasih dalam hati. Tak terkeluar suara. Parah.
“Abang, kalau lah Ustaz Don Daniyal, nescaya naik berlari ke bilik untuk ambil kamera”.
“Tu tak yah cakaplah. Semua duk kerumun dia. Abang pun nak bergambar dengan dia”.
Aik, abang pun ada hati nak bergambar dengan Ustaz Don!
![]() |
| Fenomena Ustaz Don Daniyal Don Biyajid Ehsan:bharian.com.my-TQ |
To be continued….
*Jumpa Ustaz hensem pun boleh dapat tulis satu bahagian…
Thursday, July 5, 2012
Cuti-cuti Malaysia Part II: 56
Selepas check-in hotel, kami ke River Cruise Melaka. Walaupun kali kedua menaikinya, ia tetap menyeronokkan. Seronok sebab kami semua ada bersama-sama.
![]() |
River cruise waktu siang
Ehsan:tongkangbocor.com-TQ
|
![]() |
| River cruise waktu malam Ehsan:miss_dya.blogspot.com-TQ |
![]() |
| Menara Taming Sari Ehsan:goldentorch.com.my |
Petugas yang memberi penerangan tentang kawasan sekitar yang dapat dilihat menerusi tingkap menara adalah seorang yang sangat cantik. Suaranya lembut, kulit tangan dan wajah yang mulus serta lenggok yang penuh sopan dan teratur. But, he is a MAN! Ada satu kumpulan makcik2 dan anak-anak daranya mentertawakan dia dengan ketawa terbahak-bahak. Ntah apa yang geli hati sangat melihat lelaki berias seperti wanita.
“Semua diminta duduk dengan tenang dan jangan mengumpat”. Kata petugas itu.
“Hahahahahahaha”. Time ni kami pulak yang terbahak-bahak tergelak.
To be continued……….
Tuesday, July 3, 2012
Cuti-cuti Malaysia Part I: 55
Bersempena cuti sekolah Mei-Jun lepas, saya ajak husband untuk bawa anak-anak berjalan-jalan. It was the first time after 10 years of marriage and having 3 kids. Bukan tak pernah jalan-jalan untuk cuti-cuti Malaysia tetapi sebelum ini ia lebih kepada sambil menyelam minum air. Sambil balik kampung kat Perak, sambil tu ke Zoo Taiping. Sambil2 family day kat Bukit Merah Laketown/ PD/ Kuantan/ Melaka, sambil2 cuti dengan husband dan anak-anak.
Ia juga bersempena usia perkahwinan kami yang ke-10 pada bulan Mei.
EKali ni kami plan semua dari A to Z. Bermula dengan booking hotel dengan mengambil kira logistik kedai makan dan tempat2 yang nak dilawati, juga keupayaan suami untuk drive dari rumah ke tempat lawatan. Oleh kerana ianya mesti dibuat time cuti sekolah, hotel mesti ditempah sebulan lebih awal. Hotel rate memang melambunglah, but affordable for two days stay. Biliknya pun, sangat ok!
![]() |
| Ehsan: Agoda.com-TQ |
Selain tu, sebab membawa baby yang masih berusia 10 bulan, kami hadkan tempat melawat kepada 3 sahaja. Risau baby mengamuk sebab panas jalan2! Lagipun, plan saya sebenarnya nak bersantai-santai dgn baca majalah/ buku, tidur puas-puas, makan-makan dan rileks.
Then, we decided to cuti-cuti @ Melaka. Ianya 2 jam perjalanan kereta. Kami memang plan tak nak jauh-jauh sebab husband dah tak sekuat dulu. Kalau jarak perjalanan dah 350 km (balik Kg. Bukit Merah), sah lah esok husband akan tidur seharian. Maka, habislah program jalan-jalan kami.
To be continued………
Friday, June 29, 2012
Abah Telah Tiada: 53
Abah seperti ayah saya. Tiada istilah mertua.
10 tahun hidup bersama suami adalah sama tempohnya saya kenal abah. Beliau sangat easy-going. Boleh bergelak ketawa atas perkara yang entah apa-apa. Boleh bersembang perkara-perkara remeh dan yang sewaktu dengannya. Bukan saya mengata abah suka bercakap bukan-bukan, tetapi ia menggambarkan keserasian dan keharmonian kami sebagai menantu-mertua. You can talk about everything!
Abah pergi selepas seminggu pulang dari umrah. Saya berharap ibadat dan taubatnya di sana diterima Allah, maka berlarilah abah menuju temannya yang Maha Agung dengan sebersih-bersih diri dari dosa.
Bos saya kata,
“Baguslah kan, baru balik umrah. Belum sempat berbuat dosa dan lagha. Kalau taubat nasuhanya diterima Allah, pasti dia ke syurga.”
Kata-kata yang sungguh mengesankan dan penuh kebaikan. Ia mampu meredakan kesedihan.
Saya katakan kepada anak-anak,
“Tuk Wan tu sangat baik. Solat tak pernah tinggal berjemaah di surau dan masjid. Tuk Wan jadi imam dan kadangkala membaca khutbah Jumaat. Tuk Wan selalu mengaji dan menjadi guru mengaji. Harta-harta Tuk Wan digunakan kearah perkara baik macam membiayai rawatan radioterapi abah dan bawa anak-anak menunaikan umrah-yang sempat bersamanya menunaikan umrah adalah seramai 6 orang.”
Saya mengatakannya dalam kesedihan yang amat dalam.
Semoga abah mendapat kerehatan yang sebenarnya daripada kesibukan dunia. Rest in peace, abah!
Saturday, April 21, 2012
Makan-makan APC: 040
Mak dan ayah serta adik2 kaki nasik Arab!
Tu yang mereka duk sebut2 kan pada saya masa mintak belanja sempena APC. Haissh..pentas pon belum naik lagi. Hehehe..
But, I am okay with that. InsyaAllah, ia rezeki yang dikongsi bersama.
Tapi, semalam mak kata takyah pulak makan kat restoran. Katanya takyah bazir-bazir. Beli lauk and masak kat rumah saya atau rumah kakak.
Respon saya,
"Ado ko masak makan kat rumah. Dah lah tiap2 hari masak. Sekali sekala nak juga makan orang lain masak. Sekali sekala nak juga berehat dan bertenang".
Orang tua memang begitu. Halus dalam berbicara bila melibatkan kewangan/ ekonomi rumahtangga anak-anak.
Namun, pada saya apalah salahnya berbelanja sedikit daripada wang saguhati APC tanda kita menghargai diri kita dan usaha kerja kita selama 6 tahun berkhidmat kan. Orang lain menghargai kita dengan APC yang diberi, bila pula kita hendak menghargai diri kita sendiri?

Thursday, April 19, 2012
Seru:038
Selalu kita dengar orang-orang yang belum menjejakkan kaki ke Mekkah/ Madinah atas urusan umrah/ haji adalah kerana belum sampai SERU.
"Bila nak menunaikan umrah?"
"Entahlah, belum sampai seru, nak buat macam mana".
Saya tidak bersetuju. Menyatakan seru belum sampai hanyalah memberi justifikasi diri yang tidak bersedia/ tidak mahu pergi. Seru itu adalah panggilan Allah, kata mereka. Jadi, belum sampai seru itu maknanya Allah belum panggil? Jadi, kalau belum sampai ke Mekah/ Madinah itu kerana belum sampai seru itu adalah salah Allah lah kerana belum memanggil?
Masya Allah, berat tu.
Pada saya, kalau duit telah cukup, badan kuat dan sihat (tidak sakit berat sehingga bed-ridden) serta masa juga terluang, itu lah SERU nya. Seru yang bagaimana lagi mahu Allah tunjukkan?
Saya melihat saudara mara saya yang kaya raya, setelah pencen menghabiskan 15 hari cuti-cuti di Eropah sedangkan Mekah/ Madinah belum lagi dikunjungi. Alangkah ruginya.
Nikmat Allah yang manakah kamu dustakan?

Saturday, March 31, 2012
Kisah pendek: 031
1) Top Research Scientist Malaysia Database: Harnessing the Best Minds .
It has been a great opportunity to be invited to the launching ceremony of the database said above, organized by Academy Science of Malaysia and held at PICC@Putrajaya. Me as a Top Research Scientist in Malaysia? Hahaha, of course I am interested to be listed in the database. Layak? Wallahua’lam and maybe it is too soon to tell. InsyaAllah I will be there soon. Right now, populate the database!
2) Anak angkat
It is for my sister, actually. She has been married for ten years now and still does not show any signs of having a baby. I hope Allah will grant her at least A CHILD, so that the anak soleh will pray for them after they died, and that is a must DOA I recite in every Dhuha prayer. Now, I booked for her a baby boy from Jabatan Kebajikan Masyarakat. I told her to ask Allah for His Merciful and grant them the adopted baby, very soon.
Subscribe to:
Posts (Atom)