Cara Rasulullah mengurus MARAH adalah dengan cara duduk jika semasa marah baginda berdiri. Baring jika marah masih belum reda setelah duduk. Jika semasa berbaring pun marah masih tidak berkurang, baginda mengambil wuduk.
Marah itu angkara syaitan dan syaitan itu daripada API. Ia padam dengan AIR. Oleh sebab itu baginda berwuduk. Rasulullah kemudiannya solat sunat 2 rakaat.
Ianya sempurna dan ianya langkah demi langkah. Ia sukar kerana kita acapkali ingin menghambur keluar kemarahan dengan segera kerana kita sering menyangka, lepas kita marah-marah, kita akan lega sebab semua yang terpendam berjaya diluahkan.
Kita tidak melihat kesan selepas marah. Yang kita pentingkan apa yang kita ingin capai SEMASA marah!
Saya menceritakan step by step ini kepada anak-anak. Namun saya juga sesekali terlanjur marah.
"Azeem, ambik buku praktis, kita buat latihan sikit". Dialog popular bila cuti sekolah.
Azeem seperti selalu protes, sebab dia nak main saja. Dia marah kerana terganggu program main-main dia.
"Tak baik Azeem marah-marah. Ni mesti syaitan suruh Azeem marah. Allah suka kalau Azeem belajar, tapi syaitan tak suka. Sebab syaitan memang tak nak bagi Azeem pandai. Azeem mesti nak pandai kan?"
Pujuk saya seperti selalu.
Azeem mendengus-dengus...kalaulah dia naga, mesti terpercik api dari hidung dan mulutnya. Saya memang bergurau dengannya berkenaan naga itu kerana dia selalu begitu!
Lama kemudian Azeem bangun dan masuk ke bilik air. Lama dia di dalam bilik air.
Saya tegur dia, "Azeem merajuk ye?" Dia diam tak menjawab. Saya biarkan saja.
He needs some alone time.
Saya meneruskan kerja seperti biasa (kerja mak-mak lah).
"Ibu tau tak Azeem buat apa dalam tandas lama tadi?. Tiba-tiba dia datang bertanya. Terganggu urusan saya dengan FB. Hahaha..
"Tak tau. Tapi Azeem lama kan. Ibu rasa Azeem merajuk kat ibu la kot".
"Azeem ambik wuduk! Sbb tadi Azeem marah-marah kan. Ibu kata nabi ambik wuduk bila marah".
"Waaah..iye ke? Bagusnya Azeem, kawal marah ikut Nabi.". Saya respon dengan terujaan yang melampau-lampau!
"Lepas tu Azeem solat sunat 2 rakaat, yang Azeem tutup pintu bilik tu". Dia sambung lagi cerita.
"Waaah...bagusnya Azeem..Sekarang Azeem dah tak marah kan? Sbb syaitan dah lari masa Azeem solat. Azeem pun mesti nak buat keje praktis kan sbb syaitan dah takde nak goda Azeem belajar!"
Saya memuji-mujinya sambil senyum sampai ke telinga.
Akhirnya pelajaran telah dipraktikkan. Ibunya entah bila nak buat macam tu bila marah?
Sabar dan Qana'ah itu Keredhaan. Ianya adalah himpunan kisah saya dan keluarga, sebagai ingatan dan kasih sayang yang berpanjangan. Ia adalah sebuah jurnal kesyukuran!
Showing posts with label Azeem. Show all posts
Showing posts with label Azeem. Show all posts
Tuesday, January 8, 2013
Wednesday, March 21, 2012
KH mendahului masa kakak dan abangnya: 026
KH membesar pantas. Sama pantas dengan peredaran masa, barangkali.
Dalam usia 5 bulan, KH sudah pandai memegang botol susunya sendiri. Saya sebagai ibu, agak kagum dengan perkembangannya. Saya gunakan perkataan ‘agak’ kerana saya tak pasti adakah ia perkembangan normal ataupun mendahului masanya.
Bila usia KH 5 bulan setengah, dia mula meniarap. Saya agak kagum juga. Dua kali agak kagum. Bukannya apa, saya tidak membuat kajian dengan baby orang-orang lain dan saya juga terlupa pada usia berapakah abang dan kakaknya boleh meniarap. Maklum saja, sudah 6 tahun beranak dua sahaja. Banyak memori bayi mereka telah saya lupa.
Pada usia 6 bulan, KH sudah boleh merangkak! Dia sangat laju, kejap saja sudah sampai ke dapur.
Sekarang usianya 7 bulan, satu gigi bawah kanannya telah pun tumbuh. Cepat benar rasanya! KH pun sudah mula berdiri dan memaut kaki kami ataupun berdiri di tepi sofa/ kaki katil/ apa sahaja yang boleh membuatkan dia berdiri. Kalau dipimpin kedua-dua tangannya, KH melangkah setapak demi setapak.
Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.
“Ibu, kenapa adik KH demam? Dia tak kena hujan pun kan?” Tanya Azeem.
Anak lelaki saya seorang ini seorang pemerhati dan mempunyai pemikiran yang kritis. Dia juga tidak gemar sesuatu yang rutin dan selalu melanggar undang-undang!
“Orang tua-tua kata kalau baby demam ke, selsema ke, batuk ke, tandanya dia nak dapat sesuatu. Macam nak dapat jalan, dapat gigi, dapat cakap”.
“Tapi, kenapa demam?”. Dia masih tidak berpuas hati.
“Ibu rasa ia sebagai tanda kasih Allah supaya kita semua, ibu, abah, Angah dan Along sedar yang adik telah pandai sesuatu atau nak dapat sesuatu. Sebagai contoh, bila adik demam, kita akan mencari kenapa dia demam kan? Tiba-tiba kita tengok gigi adik dah tumbuh satu! Cuba kalau Allah tak bagi adik demam/ selsema/ batuk, kita semua akan terlepas saat-saat penting adik membesar”. Cerita saya panjang lebar.
“Hari tu adik cirit-birit, dia nak pandai apa pulak bu? Tanya Azeem lagi.
“Sebabnya mungkin makan banyak sangat, Azeem kan tau adik KH tu sangat suka makan. Tapi, mungkin juga Allah nak ringankan sikit badan adik yang bam-bam tu supaya dia cepat dapat berjalan”.
Subhanallah. Lalu, nikmat Allah yang manakah kamu dustakan?
Friday, January 6, 2012
Azeem Darjah Satu: 022
29 Disember adalah hari Orientasi Pelajar Darjah 1.
Kami teruja. Lebih teruja daripada Azeem. Anak lelaki seorang. Semua perkara harus menjadi baru kerana dia tidak dapat mewarisi baju kakaknya, Athirah. Begitu juga dengan beg sekolah, ia harus mendapatkan beg Ben-Ten. Tidak boleh diturunkan kerana beg Athirah berwarna pink.
Namun, kami ibu bapa tidak dapat hadir bersama-sama. Ada temujanji lain di klinik untuk imunisasi Khadijah yang ke- 5 bulan. Pening juga bila mana ingin menentukan siapa ke sekolah dan siapa ke klinik walaupun telah jelas di situ, ibu lebih diperlukan di klinik. Bukan sahaja susu cap gantungnya diperlukan oleh Khadijah, namun apa yang paling penting, Khadijah adalah baby, lebih sukar diuruskan berbanding kanak-kanak berusia 7 tahun.
Akhirnya keputusan nekad dicapai. Abang membawa Azeem untuk orientasi, manakala saya bersama-sama Athirah ke klinik membawa Khadijah. Ia keputusan yang agak sukar kerana selama ini semua urusan sekolah anak-anak, saya uruskan. Daripada beli buku, bayar yuran, bertemu guru untuk melihat kemajuan persekolahan anak-anak sehinggalah menghantar dan mengambil anak pulang dari sekolah.
Azeem sangat okey. Ujian bertulis yang diberikan cikgu dikatakan senang saje. Dia juga berjaya mendapat kawan, Hadiff Affan namanya. Lega saya bila dia gembira. Pada masa yang sama ada anak-anak yang cembeng dan sebak bila diminta masuk ke kelas untuk ujian bertulis. Azeem seronok sahaja, bercerita itu dan ini.
Azeem is a special boy to us. He is just a six years old on 2012 because he was born on December. Jadi, segalanya kurang matang. Dia kurang minat belajar tetapi lebih minat bermain. Ditambah faktor lelaki lebih lambat matang berbanding perempuan, Azeem menjadi dua kali keanak-anakkan. Kadang-kadang dia masih menulis terbalik, menulis dari kanan ke kiri. Kadang-kadang huruf ‘b’dan ‘d’ tertukar. Risau juga kalau dia adalah anak dyslexia. Namun, ia tidak begitu. Latihan demi latihan yang diberi, menunjukkan kesimpulan bahawa dia budak normal, cuma kurang fokus.
Selamat bersekolah anakku, Azeem!
Wednesday, November 9, 2011
Pee = Ken: 009
Sembang pagi bersama Azeem.
Saya : Ibu nak bagitau Azeem, kalau nak kencing, Azeem cakap I want to pee, ok?
Azeem : Pee?
Saya : Ya. Maknanya Azeem nak kencing.Tak pun Azeem boleh cakap Azeem nak
pee. Takmo dah cakap Azeem nak kencing, ok?
Azeem : Macam mana tu bu? Azeem nak pee, maknanya Azeem nak ken?
Saya : Haaa? Ken??
Azeem : Yelah, ibu kata nak kencing tu kena cakap nak pee. Macam mana jadinya Azeem
nak ken?
Saya : Hahaha… (sambil gelak golek-golek. Budak Azeem ni auta jugaklah). Azeem,
pee tu maknanya kencing, bukannya ken (dia paham kene ada dua kosa kata
juga).
Azeem : Owh….Hahaha…(dia pon gelak2 sambil senyum tersimpul-simpul)
Macam-macam kau ni anak...
Sunday, October 23, 2011
Ubat pengsan-005
Khadijah Hani (KH) telah dikhatankan semalam. Saya sengaja mengkhatankan KH awal, semasa saya masih bercuti 3 bulan ini. Lagipun, dengan usia yang sekecil 3 bulan, KH tidak mungkin merasai apa-apa.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan KH langsung tidak menangis. Rileks sahaja dia. Saya pula terkejut sebab tiba-tiba saja doktor kata dah siap.
Balik ke rumah, saya terus cakap kuat-kuat.
Saya : Dalam rumah ni, semua orang dah bersunat. KH yang kecik pun dah sunat.
Angah je yang belum!!
Angah (Azeem) : Nanti bulan 12 Azeem sunat lah, nak masuk darjah 1. Dia tergelak-gelak
malu.
Saya : Yelah, nanti cuti sekolah lama baru Azeem sunat.
Azeem : Nanti ibu mintak doktor ubat pengsan ye masa Azeem sunat.
Saya : Hahahahahah...ubat pengsan? Semua isi rumah ketawakan dia.
Azeem bukan nak kene operate.
Azeem : Tapi, nanti sakit.
Saya : Nanti doktor bagi lah bius kat penis Azeem. Takde lah rasa sakit sangat.
Azeem : Ha-ah, bukan sakit sangat pun. Doktor potong kulit je.
Saya : Ye Azeem, macam kene gigit semut je. (Dalam hati: tau pulak dia potong kulit je).
Azeem : Nanti Azeem tak boleh makan telur kan, bu?
Saya : Ye, nanti gatal2. Kawan Azeem yang cakap?
Azeem : Ye, dia dah sunat tapi dia makan semua.
Saya : Owh....
Azeem, anak kedua kami. Kalau ikutkan umur, bulan 12 nanti baru masuk 6 tahun. Jadi, kadang-kadang dia nampak matang dari usia sebenar (Baca: sebab dah bersekolah awal dan matang selalunya time bersembang) dan kadang-kadang macam budak kecik sahaja (baca: sebab sangat leka dengan bermain, keje sekolah memang sangat liat nak siapkan).
One month to go before December. Azeem, get ready!!
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan KH langsung tidak menangis. Rileks sahaja dia. Saya pula terkejut sebab tiba-tiba saja doktor kata dah siap.
Balik ke rumah, saya terus cakap kuat-kuat.
Saya : Dalam rumah ni, semua orang dah bersunat. KH yang kecik pun dah sunat.
Angah je yang belum!!
Angah (Azeem) : Nanti bulan 12 Azeem sunat lah, nak masuk darjah 1. Dia tergelak-gelak
malu.
Saya : Yelah, nanti cuti sekolah lama baru Azeem sunat.
Azeem : Nanti ibu mintak doktor ubat pengsan ye masa Azeem sunat.
Saya : Hahahahahah...ubat pengsan? Semua isi rumah ketawakan dia.
Azeem bukan nak kene operate.
Azeem : Tapi, nanti sakit.
Saya : Nanti doktor bagi lah bius kat penis Azeem. Takde lah rasa sakit sangat.
Azeem : Ha-ah, bukan sakit sangat pun. Doktor potong kulit je.
Saya : Ye Azeem, macam kene gigit semut je. (Dalam hati: tau pulak dia potong kulit je).
Azeem : Nanti Azeem tak boleh makan telur kan, bu?
Saya : Ye, nanti gatal2. Kawan Azeem yang cakap?
Azeem : Ye, dia dah sunat tapi dia makan semua.
Saya : Owh....
Azeem, anak kedua kami. Kalau ikutkan umur, bulan 12 nanti baru masuk 6 tahun. Jadi, kadang-kadang dia nampak matang dari usia sebenar (Baca: sebab dah bersekolah awal dan matang selalunya time bersembang) dan kadang-kadang macam budak kecik sahaja (baca: sebab sangat leka dengan bermain, keje sekolah memang sangat liat nak siapkan).
One month to go before December. Azeem, get ready!!
Subscribe to:
Posts (Atom)