Lama saya tidak apdet apa-apa cerita, sehingga blog saya dilabelkan sebagai Less Active. Sedih juga.
Tidak multitasking nye saya!
Tidak manage time dengan baiknye saya!
Tidak rajinnya saya!
Ye, salahkan diri sendiri, do not blame other people.
Banyak nak cerita sebenarnya, namun seringkali juga banyak keje ad-hoc and urgent yang menyebabkan cerita-cerita tertangguh. Kawan saya Eiwa kata,
"wah, iron lady kau!"
"Takde maknenye Iron lady, kuli cenggini lah." Balas saya.
Namun saya bersyukur kerana diberi rezeki oleh Allah dan keizinan suami kepada saya untuk keluar mencari rezeki kami sekeluarga.
Masih ramai di luar sana yang masih belum bekerja.
Kisah 1.
Curang I dan II tidak mahu saya teruskan walaupun rentetannya masih ada. Ia juga menyebabkan saya dalam sedikit stress sebulan-dua ini kerana yang terlibat adalah dia.
Sukar sekali untuk saya menjadi 'baik' atau 'neutral' atau berlagak 'profesional' atau 'macam tiada apa-apa berlaku' kalau kesnye sebegini berat. Saya kehilangan kata-kata dan 'mood'.
Balik dari mesyuarat di Langkawi, saya ingatkan kes itu selesai dan 'sealed', tapi nampaknya telah terbuka semula dan semakin teruk.
Ia memang ujian maha berat buat dia, namun kerosakan yang berlaku adalah di atas tangan manusia-manusia itu sendiri. Sometimes I wish to say, "serve you right!"
Kisah 2.
Bila bermesyuarat selama 3 hari bagi keseluruhan staf seMalaysia (fobia nak tulis satu Malaysia, hehehe), masa tu lah dapat gather-gather, sembang-sembang and ofkos gosipping, masya Allah. Masa bekerja, memang tak de masa citer hal lain. Kiranya kalau tak MC, bekerja tanpa henti.
Macam-macam cerita keluar. Banyaknya yang 'nauzubillahiminzaalik".
Bahawa telah begitu ramai manusia Islam yang meninggalkan agama dan tidak takutkan Allah.
Satu kes yang sangat signifikan adalah isteri mencari lelaki lain kerana suaminya tidak ada projek buat bangunan, itupun baru 3 bulan!
Saya menggaru kepala yang tidak gatal.
Ia memang benar-benar menakutkan saya dan Allah telah menyelamatkan saya dahulu, bahawa kerana itu saya masih berkeluarga dan saya sangat-sangat mensyukurinya.
Semoga Allah memberi hidayah kepada dia.
Kisah 3.
Saya tidak membuat qurban pada tahun ini dan saya merasa menyesal.
Akaun kami kekurangan duit kerana membayar sejumlah wang yang agak besar untuk menukar pinjaman perumahan konvensional kepada Islamik. Sepuluh tahun lepas sukar sekali untuk ada bank yang menawarkan pinjaman perumahan Islamik seperti al-mudharabah etc.
So, bila dah ada peluang dan jalan, kami pun menukar loan tersebut maka bayaran pun dikenakan. Kata Ustaz Dr Zaharudin, akan ada bayaran bagi menukar loan konvensional kepada Islamik, maka anggaplah bayaran itu sebagai suatu denda/ membayar kepada pinjaman kita yang tidak Islamik dahulu (seperti kaffarah). Kami redha dan kami lakukannya.
Cuma, pada pagi raya, Tanyalah Ustaz@TV9 kata,
Tidak bolehkah kita berqurban kerana Allah, setahun sekali sahaja. Bukannya mahal pun, hanya RM 34/bulan atau RM 1.13 sehari duit yang perlu dikumpulkan sehingga setahun jika mengambil kira satu bahagian lembu untuk dikorbankan (RM 400)?.
Saya merasa menyesal pula. Betul benar, bukannya banyak pun untuk saving kerana Allah ini.
Memang benar duit dalam kami telah kurang (standby for emergency sahaja), tapi, kan ada duit dalam akaun anak-anak yang sebenarnya kami juga isi setiap bulan?
Ya Allah, ampunkan kami dan panjangkan usia kami untuk melaksanakan qurban kerana Mu pada tahun hadapan.
Sabar dan Qana'ah itu Keredhaan. Ianya adalah himpunan kisah saya dan keluarga, sebagai ingatan dan kasih sayang yang berpanjangan. Ia adalah sebuah jurnal kesyukuran!
Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts
Thursday, November 1, 2012
Thursday, August 9, 2012
Nasihat saya: 70
Pandangan dan pendapat saya telah diminta, untuk pelajar UITM ini. Saya merasa terharu. Ia adalah nikmat akal dan pengalaman yang tidak mahu saya dustakan. Alhamdulillah hirobbil aalamin.
Lebih terharu kerana orang luar (baca: bukan ahli keluarga) bertanya tentang pandangan saya, untuk hidup dan masa depan mereka.
Siti,
Kalau tanya pandangan saya samada terus bekerja atau sambung pengajian ke Master, ia berbalik kepada apa yang siti inginkan. Kalau Siti hendak menceburi bidang yang memang tinggi saingannya (sebagai contoh Pegawai Penyelidik/ Pensyarah di mana tahap pendidikan tertinggi diberi keutamaan), eloklah siti sambung study jika ada kemampuan kewangan dan komitmen yang tinggi. Begitu juga kalau bidang kerja berdasarkan kelulusan siti menawarkan tempat kerja yang terhad.
Contoh terdekat adalah adik ipar saya. Dia berkelulusan ijazah dari UITM, mendapat offer sambung master untuk menjadi pensyarah di fakulti beliau yang baru dibuka tetapi beliau tidak mahu (saya tidak pasti sebab sebenar, namun mungkin kerana tidak mahu bersusah payah menyambung study walaupun bapa mertua mempunyai kemampuan kewangan yang stabil atau dia sendiri tidak minat menjadi pensyarah). Jadi, sekarang setelah 4 tahun, dia bekerja sebagai kerani bertaraf kontrak dan masih belum mendapat pekerjaan bertaraf ijazahnya kerana bidang pengajian yang lepas menawarkan kerja yang terhad (Pegawai Arkib/ Pegawai Perpustakaan).
Saya bukan menghina pekerjaan kerani bertaraf kontrak itu, kerana itu juga telah tertulis untuknya. Namun, pilihan yang dia buat menentukan kedudukan dia sekarang. Hidup semakin mencabar dan keperluan kepada kewangan yang kukuh menjadikan dia sekarang berada dalam kesempitan. Sehingga hendak berkahwin pun bertangguh beberapa kali, mengenangkan belanjawan yang goyah. Sekarang, adik beradiknya tidak henti-henti menyuruhnya mencari kerja lain yang setaraf dengan kelulusan dan menjamin masa hadapan. Kasihan pula melihatnya.
Seperti saya, sepatutnya bekerja sebagai Pegawai Sains di makmal2 hospital kerajaan (mengikut kelulusan pengajian). Tetapi, melihat kepada hanya 5-6 Pegawai Sains yang ditempatkan di hospital kerajaan, saya merasakan peluang untuk bekerja di situ sangat tipis dan sukar. Untuk pengetahuan Siti juga, saya hadir untuk temuduga Pegawai Sains sebanyak 5 kali dengan calon seramai 200 orang lebih dan kekosongan hanya untuk 3-5 org.
So, atas nasihat keluarga, saya sambung pengajian master, dan alhamdulillah saya mendapat kerja di sini dan kebanyakan officer di sini adalah Master holder.
Pada saya, kadangkala minat perlu diketepikan, for your survival. But don't forget to develop your new interest along the way.
Saya sangat berminat untuk menjadi seorang pendidik, but then Allah tentukan tempat saya di sini. Pasti ada didikan yang Allah hendak berikan kepada saya kerana Maha Suci Allah daripada menjadikan sesuatu dengan sia-sia.
Selamat membuat keputusan yang TERBAIK.
Sunday, July 15, 2012
Gap: 60
Saya tidak suka ada benteng/sekatan disebabkan oleh status atau disebut gap dengan staf saya. They are freely to come and talk to me and I always remind them that they are not only my staffs but they are also my FRIENDS. Saya sentiasa mahu menjaga urusan maknusiawi. Urusan sesama manusia!
But, being a superior, for me is you MUST NOT break the rules/ laws. Doing bad things/ behaviors together with them worsen the situation. Ia akan menghilangkan rasa hormat. Ketua telah buat salah, anak buah ikut dan teguran atau didikan untuk membetulkan mereka di kemudian hari adalah amat sukar!
Bila seorang ketua menegur staf ketua lain yang berbuat salah itu, senang-senang sahaja teguran itu diperlekehkan kerana ketua mereka sendiri okay dengan kesalahan itu. Mereka berjemaah melakukan kesilapan or break the rules!
Ianya penyakit yang membarah di dalam sektor perkhidmatan awam.
Ya Allah, lindungilah saya daripada melakukan kesalahan selagi saya masih Engkau hidupkan.
Sunday, July 1, 2012
APC yang Tidak “C”: 54
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang seharusnya melambangkan kecemerlangan, asasnya disiplin MASA dan KERJA. Lagipun, ia adalah majlis untuk meraikan mereka yang cemerlang!
Malang sekali menteri yang merasmikan majlis hanya datang selepas lewat sejam 45 minit! Malah, selama menunggu ketibaannya, kami ditayangkan dengan video Bersih. Seperti kebiasaannya, versi yang ditayang adalah berat sebelah. Terasa seperti saya tersalah masuk majlis!
Tanpa meminta maaf di atas kelewatannya, dengan penuh bangga dan angkuh berucap pula selama 45 minit. 20 minit pertama berucap mengutuk tempat kerja saya dan baki 25 minit berucap tentang politik!
Sudah berucap sehingga jam 12 tgh hari, menteri-menteri dijamu dengan coffee break. Sepatutnya ia dihidangkan pada jam 10.30 am tadi. Tapi kami ini disuruh tunggu dalam dewan masing-masing untuk upacara penganugerahan! Mana logiknya kerana kami juga sudah lapar seperti kamu.
Sehingga jam 2.00 petang, barulah siap penganugerahan untuk agensi saya bekerja. Ada 2 lagi agensi yang belum ke pentas. Jumlah mereka dalam 300 orang. Saya bertemu urusetia dan menyatakan ingin solat dan makan.
“Kita tidak akan berhenti selagi semua orang tidak menerima anugerah”.
“Tidak berhenti dulu untuk makan?. Sekarang telah jam 2.”
“Makan sahaja bekal dalam beg yang kami bagi tu”. (Bekal roti, donut, kerepek dan air kotak).
“Abis tu puan, solat zohor macam mana. Lewat dah ni. Dah pukul 2”.
“Nanti solat”.
Wah, solat pun ditangguhkan. Saya merasa sungguh terkilan. Allah telah memberi rezeki APC, kamu langsung tidak bersyukur, malah membuat kemungkaran kepada Allah. Hamba jenis apa kita semua ini?
Saya nekad untuk balik. Walaupun sesi bergambar dengan semua pemenang APC belum dibuat dan saya telah membayar sebanyak RM 12 untuk gambar itu, namun saya rela muka saya tiada di situ! Takkan hanya kerana RM 12, solat dilewatkan. Allah telah memberi RM 1K kerana APC, maka saya tidak akan menjadi hambaNya yang kufur nikmat dengan memberatkan RM 12 itu.
Majlis hanya selesai jam 4.15 pm. Sudahlah lunch pun tak dapat (catering dah kemas), solat pun jadi solat gajah! (Kata kawan-kawan yang menunggu sehingga tamat dan mereka telah solat gajah-Astaghfirullah).
Pada saya, ia adalah kufur nikmat yang dibuat terang-terangan tanpa merasa segan silu kepada Allah, dan ia menjadi APC yang TIDAK CEMERLANG langsung!
Ia adalah kesalahan menteri itu.
Thursday, June 21, 2012
Jadilah lecturer kami: 49
Ianya tugas ad-hoc.
Kerana supervisor student UITM ini (3 orang: pelajar degree) adalah mantan bos saya, maka saya tidak dapat menolak. Memikirkan beliau seorang bos yang baik hati dan akan datang jika anak saya pula datang kepada orang untuk tujuan yang sama, dan ditolak (tidak diterima), pasti sedih hati kecil saya.
Ianya tugas menyelia pelajar tahun akhir (menyediakan final year thesis).
Asalnya hanya mahu belajar buat analisa di makmal. Saya telah mengajar!
Kemudian, ingin mengguna alat analisa kerana makmal mereka tiada alat. Kemudian, bahan eksperimen (reagent) belum tiba setelah 3 bulan, lalu ingin meminjam bahan kimia di tempat saya. Akhirnya mereka tiba di sini, membuat eksperimen!
Ia bukanlah win-win situation. Saya bukan co-supervisor mereka. Ia adalah amal jariah. Saya kasihankan pelajar-pelajar ini. Jadi, saya mengajar setakat apa yang saya mampu dan tahu, sehabis baik!
"Puan jadilah lecturer kami. Mesti kami faham dengan lecture puan. Mesti ramai student suka kat puan"
Alahai adik-adik. Nantilah dulu. Selagi PhD belum digenggam, puan ini belum mampu untuk mengajar sehabis baik!
Kerana supervisor student UITM ini (3 orang: pelajar degree) adalah mantan bos saya, maka saya tidak dapat menolak. Memikirkan beliau seorang bos yang baik hati dan akan datang jika anak saya pula datang kepada orang untuk tujuan yang sama, dan ditolak (tidak diterima), pasti sedih hati kecil saya.
Ianya tugas menyelia pelajar tahun akhir (menyediakan final year thesis).
Asalnya hanya mahu belajar buat analisa di makmal. Saya telah mengajar!
Kemudian, ingin mengguna alat analisa kerana makmal mereka tiada alat. Kemudian, bahan eksperimen (reagent) belum tiba setelah 3 bulan, lalu ingin meminjam bahan kimia di tempat saya. Akhirnya mereka tiba di sini, membuat eksperimen!
Ia bukanlah win-win situation. Saya bukan co-supervisor mereka. Ia adalah amal jariah. Saya kasihankan pelajar-pelajar ini. Jadi, saya mengajar setakat apa yang saya mampu dan tahu, sehabis baik!
"Puan jadilah lecturer kami. Mesti kami faham dengan lecture puan. Mesti ramai student suka kat puan"
Alahai adik-adik. Nantilah dulu. Selagi PhD belum digenggam, puan ini belum mampu untuk mengajar sehabis baik!
Monday, May 28, 2012
Makan angin: 47
Kawan saya kata dia perlu masa untuk bercuti dengan kawan-kawan. Only her with her friends, no families. Suami dan anak-anak tinggal rumah. Ia adalah sebagai tanda menghargai diri, melepaskan tekanan kerja dan urusan rumahtangga. Anaknya ada dua, seorang berusia 8 tahun dan seorang lagi berusia 4 tahun.
Kata dia lagi, bercuti dengan keluarga meletihkan sebab perlu menguruskan anak-anak. Tiada rehat yang sebenar-benar rehat. Percutian yang memenatkan.
Itu pendapat dia. Pada satu sisi, saya bersetuju juga.
Pada saya, bercuti dan bersusah-susah sedikit dengan keluarga (anak-anak) itulah percutian sebenarnya. Ia adalah masa kami bersama-sama tanpa memikirkan hal kerja dan urusan rumah.
Lagi pula, saya merasa bersalah jika ingin bercuti (berjimba-jimba) hanya dengan kawan-kawan dan meninggalkan anak-anak dengan abah mereka. Bukan saya tidak percayakan suami saya menjaga anak-anak namun saya merasakan ianya tidak patut dibuat. Lainlah jika saya terpaksa ke luar rumah (outstesen) kerana urusan kerja.
Saya membayangkan bagaimana jika suami pula keluar berjalan-jalan dengan kawan-kawan lelakinya berhari-hari dan meninggalkan saya menguruskan anak-anak bersendirian, atas alasan ingin merehatkan diri daripada tekanan kerja dan urusan rumahtangga yang berterusan.
Pada saya juga, tiada justifikasi yang bersesuai dan tepat untuk membenarkan pasangan kita sukar hanya kerana kita ingin mendapat keseronokan sendiri. Carilah keseronokan pada menguruskan keluarga dan anak-anak, semoga ia menjadi ibadat yang membawa kita ke syurga Allah tanpa dihisab.
Saya mungkin berfikiran seperti orang-orang lama, seperti mak-mak.
Friday, May 25, 2012
Kerja luar:46
Kawan saya kata, semenjak usia dah meningkat ni, dia seboleh-bolehnya tak nak buat kerja luar (outstesen). Umur dia dua tahun lebih tua daripada saya.
Katanya lagi, persediaan untuk kerja luar lebih banyak dan teruk daripada buat kerja-kerja itu seharian semasa tidak kerja luar. Tambah dia lagi, persediaan mental itu yang sangat hebat.
Memang benar. Saya tidak menyangkalnya.
Namun, saya agak suka bila dapat outstesen (bukan selalu-selalu). Pada saya, Allah ingin memberikan masa rehat kepada saya daripada urusan rumah yang tidak pernah berhabisan.
Kawan saya itu akan mengambil peluang tidur awal (supaya dapat tidur lama) apabila kerja luar siap, lebih kurang jam 10 malam.
Pada saya, masa kerja luar inilah peluang besar buat saya untuk menulis blog dan membaca buku-buku yang sudah lama dibeli namun belum sempat membacanya. Ianya masa untuk diri saya melakukan kerja-kerja yang saya suka!
Tidur tidak perlu lama. Penting tidur tidak terganggu dan sekejap pun akan mencukupi (tiada baby merengek minta susu atau pampers bocor). I enjoyed some alone time given by Allah for me. I am blessed.
Alhamdulillah.
Wednesday, April 25, 2012
Yessss Boss! :042
"Jangan melawan bos".
"Kalau kamu ada perbezaan pendapat pun, jangan melawan bos".
"Kalau bos cakap A, maka A lah. Jangan lawan bos".
"Bos cakap apa pun, ia kan saja. Jangan lawan bos".
"Sekali kamu melawan bos, habislah kamu. Kerjaya terbantut. Jangan lawan bos tau".
Saya rimas dengan nasihat orang2 'tua' ini. Tidak meningkatkan motivasi langsung. Tidak meningkatkan jati diri. Tidak meningkat daya pemikiran kritis.
Saya setuju dengan sikap TIDAK MELAWAN itu. Namun tidak bersetuju untuk Yes Boss sehingga pendapat kita tidak lagi perlu. Sehingga kita mengangguk sahaja tanda setuju walaupun protes dalam hati. Sehingga menampakkan kita seperti tidak berfikir. Sehingga kita dilihat seperti lembu dicucuk hidung.
Sepatutnya orang2 'tua' ini menegaskan bukannya jangan melawan bos tetapi jangan bersikap terburu-buru/ hentam kromo/ marah2/jump to the conclusion pada setiap perbincangan. Jangan gopoh memberi pendapat. Jangan memberi pendapat yang menjatuhkan bos kamu. Jangan pendapat kamu dilihat negatifkan pendapat atasan/ sesiapa juga.
Ianya perlu untuk diperhalusi. Pada saya, PR kena bagus. Cakap mesti berlapik namun maksudnya sampai.
Kepada bos-bos pula, janganlah kerana pendapat tidak sama, terus sahaja berdendam sehingga rezeki orang itu dicantas-cantas. Marahnya sehingga beberapa generasi.
"Berbeza pendapat tidak bermakna berMUSUH".
"Kalau kamu ada perbezaan pendapat pun, jangan melawan bos".
"Kalau bos cakap A, maka A lah. Jangan lawan bos".
"Bos cakap apa pun, ia kan saja. Jangan lawan bos".
"Sekali kamu melawan bos, habislah kamu. Kerjaya terbantut. Jangan lawan bos tau".
Saya rimas dengan nasihat orang2 'tua' ini. Tidak meningkatkan motivasi langsung. Tidak meningkatkan jati diri. Tidak meningkat daya pemikiran kritis.
Saya setuju dengan sikap TIDAK MELAWAN itu. Namun tidak bersetuju untuk Yes Boss sehingga pendapat kita tidak lagi perlu. Sehingga kita mengangguk sahaja tanda setuju walaupun protes dalam hati. Sehingga menampakkan kita seperti tidak berfikir. Sehingga kita dilihat seperti lembu dicucuk hidung.
Sepatutnya orang2 'tua' ini menegaskan bukannya jangan melawan bos tetapi jangan bersikap terburu-buru/ hentam kromo/ marah2/jump to the conclusion pada setiap perbincangan. Jangan gopoh memberi pendapat. Jangan memberi pendapat yang menjatuhkan bos kamu. Jangan pendapat kamu dilihat negatifkan pendapat atasan/ sesiapa juga.
Ianya perlu untuk diperhalusi. Pada saya, PR kena bagus. Cakap mesti berlapik namun maksudnya sampai.
Kepada bos-bos pula, janganlah kerana pendapat tidak sama, terus sahaja berdendam sehingga rezeki orang itu dicantas-cantas. Marahnya sehingga beberapa generasi.
"Berbeza pendapat tidak bermakna berMUSUH".
Subscribe to:
Posts (Atom)