Kajian PRU saya akan saya sambung lagi, bila berkesempatan. Saya sukakan politik!
Sekarang saya membaca buku SMILE, yang ada gambar Irma Hasmie sebagai front cover.
Buku yang menarik.
Sebagai permulaan kepada menyahut seruan buku itu dalam menjadikan saya lebih baik, PADAMKAN nama orang/ siapa orang itu yang kita ceritakan sebagai pengalaman tidak baik/ cerita yang kurang enak/ cerita yang berbulu rasa hati dengan menggantikan dengan DIA.
Sesungguhnya itu terlebih baik. Jangan lupa letakkan pengajaran di sebalik cerita tidak baik tersebut, untuk diambil peringatan.
Sabar dan Qana'ah itu Keredhaan. Ianya adalah himpunan kisah saya dan keluarga, sebagai ingatan dan kasih sayang yang berpanjangan. Ia adalah sebuah jurnal kesyukuran!
Tuesday, May 21, 2013
Tuesday, April 30, 2013
Kajian PRU I: 95
In shaa Allah tahun ini adalah kali ketiga saya mengundi untuk memilih pemimpin di Malaysia.
Ia kajian saya yang berterusan, siapakah pemimpin yang mesti saya pilih.
Ia juga kajian yang saya buat sejak dari awal usia Mumayyiz. Tahu yang mana baik dan buruk.
Saya telah didedahkan dengan konsep sekolah pondok sejak sekolah rendah. Kebaikan dan kecemerlangan pelajar-pelajar jurusan agama yang menyambung pengajian sehingga ke Universiti Yarmouk, Jordan dan El-Azhar Mesir menyebabkan saya sangat kagum dengan mereka. Mereka pelajar agama yang begitu bersusah payah untuk berjaya. Dan sekolah-sekolah pondok mereka kebanyakannya adalah tajaan pemimpin setempat daripada PAS.
Saya membesar dalam suasana itu. Setiap Jumaat, kami sekeluarga akan menghadiri kuliah Jumaat yang disampaikan oleh TG Haji Abdul Hadi Awang di Masjid terkenalnya, Rusila. Ia tidak pernah ditinggalkan. Setengah jam belajar tafsir al-Quran, setengah jam lagi mengaji bab Feqah/ Sirah/ Tauhid. Tiada caci maki politik. Tiada cerca carut. Banyak ilmu bermanfaat yang saya perolehi. Dan saya terus belajar dan mengkaji.
Ia kelihatan kajian dan pilihan yang mudah kan? Mana tidaknya, saya hidup dalam suasana begitu dan saya memang sukakan begitu.

Friday, April 19, 2013
Caj Tambahan: 94
Bismillah.
Selepas membaca status sahabat-sahabat di FB, saya periksa pula bil elektrik di rumah. Benar. Ia dinyatakan di situ. Caj tambahan untuk Dana Wang Tenaga Boleh Baharu (DWTBB).
Apa itu DWTBB?
Jawab mereka di TNB, bukan mereka yang caj tetapi KERAJAAN yang minta (1%) bagi setiap lebihan 300 kWj. Ia 'kelihatan baik' untuk mendidik rakyat berjimat cermat (jangan membazir) tetapi alangkah baik ia ditukar kepada bentuk penghargaan. Bagi rakyat yang guna kurang 300kWj, mereka boleh dapat 1% rebate. Pada saya, mendidik bukan dengan menghukum.
Saya tidak bersetuju dengan kaedah ini. Ia ZALIM. Bayangkan mereka yang mempunyai anak yang ramai (lebih 3 orang). Si abang di bilik dengan lampu dan kipas terpasang beserta laptop. Kakak juga di bilik, serupa aktiviti dan mungkin juga menggosok pakaian. Adik di depan TV dengan kipas berpusing. Emak di dapur dengan pembantu-pembantu Korea/ Jepun/ China membasuh kain, memasak nasi dan air serta tidak lupa blend cili. Ayah dengan pembantu Sanyo mengvakum rumah. Masya Allah, ia senarai tugas yang tidak berhabis. Itu kelaziman rakyat di Malaysia. Tiada yang pelik. Jadi, bagaimana boleh sangat berjimat?
Lihat pula bagaimana orang yang serba kekurangan, mereka lebih banyak berjaga (lampu dan kipas terpasang) untuk membuat kuih/ masak nasi lemak/ mi sup bagi berniaga kecil-kecilan di tepi jalan. Mereka pasti terbeban dengan caj ini.
Bayangkan berapakah duit yang mengalir masuk kepada KERAJAAN dalam sebulan? Jika hanya RM 1 diambil daripada setiap bil elektrik (katakan 15 juta rakyat Malaysia), jumlah terkumpul adalah RM 15 juta/ sebulan. Masya Allah, ia jumlah yang sangat besar. Bagi mereka yang selalu menyokong membuta tuli mereka akan berkata:
"Tidak apa, KERAJAAN perlu rolling duit untuk urus tadbir negara."
Tidak apa mereka kerana mereka orang berada. Setakat 1% tiada apa-apa. Mereka terkena penyakit Aku Tidak Pedulisme.
Pada saya, ia bermaksud seperti kamu bagi sesuatu tapi tidak ikhlas dan kamu bagi sesuatu kerana kamu ada agenda tersembunyi (hendakkan balasan sesuatu atau bahasa kasarnya merasuah). Kamu bagi pelbagai imbuhan (you just name it), tapi nanti kamu kena bayar semula (melalui caj-caj tambahan yang orang tidak perasan ini) dan pemberian Ihsan/ Imbuhan ini adalah semata-mata untuk menarik undi. Masya Allah. Ia suatu kemungkaran.
Mungkin pada saya juga tiada apa-apa kesan dengan 1%, namun oleh kerana saya melihatnya dari sudut berlainan iaitu value for money dan bersikap ADIL, maka itulah pendapat saya.
Ya Allah, ampunkan saya dan kurniakan kami petunjuk hidayah yang berterusan!

Thursday, April 18, 2013
Hantu Inggeris Tamat: 93
Oleh kerana telah terperam lama cerita Hantu Inggeris itu, saya tiada mood untuk menyambungnya. Saya menamatkannya walaupun cerita itu masih segar di minda.
Daripada Kelas Ustaz Harun Din al-Hafiz, beliau menyatakan bahawa tanda-tanda mimpi kita adalah BENAR ada 6 perkara:
1) Tidur dalam keadaan berwuduk
2) Mimpi yang menyebabkan kita terjaga daripada tidur dengan serta merta
3) Mimpi yang hampir dengan waktu subuh (Jam 3 pagi ke atas)
4) Mimpi itu segar di minda, kalau diminta bercerita semula ia tidak tersekat-sekat
Maaf, lagi dua tanda saya terlupa. Inilah bahana kalau mendengar majlis ilmu sambil sidai kain. Tiada nota dicatatkan, memanglah begini jadinya. Melayu mudah lupa. Owh, itu tidak sesuai. Memang manusia itu lupa, asal perkataannya 'nasia', dan dalam bahasa arabnya adalah LUPA. Bukan melayu sahaja yang LUPA. (Maaf, tiba2 saya saya merasa geram dengan ungkapan Melayu Mudah Lupa).
Kesimpulannya, cerita hantu Inggeris adalah MIMPI saya yang mempunyai 4 tanda-tanda di atas. Mungkin kerana ia memenuhi 4 kriteria sahaja, maka lagi 2 itu dengan mudahnya saya terlupa.
Kata Ustaz Harun Din al-Hafiz lagi, mesti ada 6 tanda, barulah boleh dikatakan ia MIMPI BENAR. Jadi, mimpi saya hanya mainan tidur agaknya. Tak apalah, mimpi hantu, bukan mimpi Rasulullah. Kalau mimpi Rasulullah, ia pasti benar kerana tiada siapa yang boleh menyerupai baginda S.A.W.

Sunday, January 27, 2013
Hantu Inggeris III:92
Kami berbual-bual tentang tugas yang bakal saya
laksanakan. Saya banyak mengiakan sahaja
kata-kata wanita itu kerana saya cemas
melihat anak perempuannya yang dari tadi menulis dan melukis tanpa memandang
kepada saya. Dia begitu asyik, tidak mempedulikan apa-apa yang berlaku di
sekitarnya.
Saya semakin cemas apabila saya merasakan bahawa
‘supervisor’ yang bersembang dengan saya ini adalah isteri Sir Gerald dan budak
perempuan ini adalah anaknya yang telah membunuh ayahnya sendiri.
“Okay, you may start work now. My butler will show you around.” Kata wanita itu sambil bercakap pula dengan
butler yang dari tadi setia berdiri di belakang kerusi budak perempuan itu.
“Thank you.” Kata saya sambil bangun dari kerusi dan
menghulurkan tangan bersalaman dengan ‘supervisor’ dan anaknya.
Budak perempuan itu berhenti melukis dan memandang kepada
saya. Dia tidak menyambut tangan saya
sebaliknya memberi pandangan seperti, “You know who I am” dan tersenyum sinis.
Saya terus berpaling ketakutan dan berjalan laju untuk
segera keluar dari bilik berhantu itu.
Sebaik sahaja saya keluar dari bilik itu, saya berlari sekuat hati. Perjalanan saya ke kaunter rakan saya itu
seakan sangat jauh.
“Kenapa ni kak?”. Tanya rakan saya bila melihat saya sampai
dengan keadaan nafas yang tidak cukup.
“Supervisor yang akak jumpa tadi adalah isteri Sir
Gerald”. Kata saya sambil
tercungap-cungap keletihan.
“Ye ke?.” Tanya kawan itu dengan muka yang sangat terkejut.
“Betul Wa, anak perempuan dia pun ada kat sebelah dia. Sebelum akak nak keluar tadi, budak perempuan
tu pandang akak dan macam dia kata awak dah tahu siapa saya”. Cerita saya lagi dengan nafas yang masih
tersekat-sekat.
“Laa kak, kenapa sampai dia jumpa akak dan bercakap-cakap
pulak tu? Kita semua kat sini tak pernah
bercakap dengan hantu-hantu tu. Hanya
terserempak. Risau pulak saya."
“Tak tahulah Wa. Akak rasa tak sedap hati ni. Takutlah”.
Kata saya lagi menjawab pertanyaannya.
Bersambung lagi
nanti...
Thursday, January 24, 2013
Hantu Inggeris II: 91
“Semua orang dah tahu kak.
Mereka yang bekerja kat sini tahu sebab mereka mesti terserempak dengan
nenek tua tu. Akak boleh google cerita
mereka kat internet. Akak cari
pembunuhan kejam pemilik hotel dan pewaris kekayaan Sir Gerald Hendrick”. Cerita kawan saya lagi.
Saya mengangguk
saja. Saya merasa tidak sedap hati. Berdebar dan seram sejuk.
“Akak rileks dulu, tak yah start keje lagi. Cool down.” Kawan saya menenangkan saya.
“Macam mana Sir tu mati?” Tanya saya pula bila debaran telah
reda.
“Dia dibunuh anak perempuannya. Memang sangat kejam. Anak perempuannya menikam ayahnya atas arahan
ibunya. Ibunya pula menerima arahan dari
nenek budak perempuan tu. Mereka semua
hendak membolot kekayaan Sir Gerald.”
Saya mendiamkan diri.
Sampai hati anak menikam ayah sendiri. Tidak baikkah Sir Gerald itu
sampai sanggup anak membunuhnya?
“Sir tu baik sangat kak.
Semua pekerja hotel sayangkan dia.
Sangat menjaga keselesaan tetamu, tu sebab perniagaan hotelnya sangat
berjaya”. Sambung rakan saya, seperti
tahu-tahu saja kata hati saya.
Saya merasa simpati di atas kematian Sir. Saya menjadi murung. Kerana harta, mereka anak beranak sanggup
berbunuh-bunuhan.
Esoknya saya masuk bekerja seperti biasa. Hati saya masih berdebar-debar. Risau terserempak dengan wanita tua itu.
“Eloklah akak dah sampai, bos nak jumpa. Nak bagi brief tugas lah tu”. Kata rakan saya
sebaik sahaja melihat saya tiba.
“Ok. Akak pergi jap ye.”
Saya berlalu menuju pejabat supervisor dengan hati yang
ceria kerana saya akan diberi tugas.
“Come in.” Kedengaran
suara dari dalam pejabat, menyuruh saya masuk setelah saya mengetuk pintu
biliknya.
Saya membuka pintu bilik dan tergamam melihat ‘supervisor’
saya. Dia seorang wanita Inggeris,
lengkap dengan pakaian bergaya Inggeris lama.
Saya berfikir sejenak, betul ke ini bilik supervisor saya? Saya tercegat melihat dekorasi bilik. Ianya bergaya Inggeris lama dengan kerusi
berukir tebal, bilik dengan kertas dinding yang kelam warnanya seakan usang dan
biliknya juga suram. Seorang kanak-kanak
perempuan duduk di sebelahnya tetapi leka menulis dan melukis.
“Have a seat, please.”.
Jemput wanita Inggeris itu.
“Thank you.” Saya menarik kerusi dan duduk di depannya
dengan perasaan yang sangat mencemaskan.
Bersambung lagi nanti...
Monday, January 21, 2013
Hantu Inggeris I:90
Petang itu saya mendapat surat tawaran bekerja di JUSCO
sebagai Promoter. Ianya kerja separuh
masa sahaja dan waktu bekerja bermula jam 6 petang sampai 10 malam. Jadi, sebaik sahaja habis waktu kerja hakiki,
saya terus menukar pakaian kepada uniform JUSCO. Ianya menyeronokkan kerana saya bekerja
bersama-sama dengan kawan sekerja hakiki juga.
Dia telah bekerja lebih lama di situ dan dia juga yang membantu saya
mendapatkan kerja di situ.
Kerja separuh masa ini tidaklah bergaji lumayan, namun
bolehlah back-up perbelanjaan
rumahtangga.
Hari pertama bekerja belum lagi menyibukkan saya kerana saya
belum diberi penerangan berkenaan tugas yang harus dilakukan. Jadi, saya mengambil peluang untuk melawat
sekitar pasaraya bagi membiasakan saya dengan tempat kerja baru.
Saya berjalan-jalan sambil mengkagumi kecantikan senibina
Jusco dan ianya juga bersambung dengan hotel yang mempunyai konsep senibina
Inggeris. Ia benar-benar seperti saya
berjalan di dalam bangunan bersejarah.
Sedang saya berjalan-jalan itu, saya terlihat seorang wanita
Inggeris tua dengan pakaian Inggeris lama seakan-akan pakaian pelakon cerita
bersiri Downtown Abbey menuruni anak tangga besar ke lobi. Saya sedikit terkejut melihat wanita
itu. Wajahnya cantik persis wanita kaya
Inggeris, namun pakaiannya? Saya
berfikir-fikir, ada lagi kah orang berpakaian begini? Wanita ini dari kurun
mana?
Saya tersenyum sedikit sambil
berjalan laju untuk beredar segera sebelum wanita tua itu habis menururuni
tangga. Saya tidak mahu berjalan seiring
dengannya.
“Akak kenapa ni termengah-mengah je?”. Tanya kawan sekerja saya bila melihat saya
sampai ke kaunternya dengan nafas tercungap-cungap.
Setelah saya boleh bernafas dengan biasa, saya galak
bercerita kepadanya apa yang telah saya lihat.
“Owh, akak pun dah jumpa dia ye?. Kami semua kat sini pun dah jumpa English
Lady tu.”. Cerita kawan saya pula.
“Pelik kan? Ada lagi
orang berpakaian macam tu.” Kata saya lagi.
“Yang akak nampak tu hantu hotel Jusco. Dia dah lama mati, beberapa kurun dah”.
Tambah kawan saya lagi.
“Biar betul ni Wa. Takkan lah. “ Bulu roma saya meremang
mendengar kata-katanya.
“Betul kak. Dia tiga
orang, yang akak jumpa tu nenek dia,
seorang anak perempuannya dan seorang lagi cucu perempuannya. Mereka pemilik asal hotel tu. Mereka mati di
dalam hotel tu lah.”
“Ko biar betul Wa? Mana Wa tau semua ni?” Tanya saya yang masih
tidak boleh percaya.
Bersambung nanti...
Sunday, January 13, 2013
Azam 2013:89
Saya telah diminta sahabat baik untuk menyenaraikan azam saya tahun ini. Before this, she has listed her azams and hers are very inspirational!
Saya nak copy paste sahajalah e-mel saya kepadanya menjawab sedikit sebanyak permintaannya. (Kes malas nak menulis ni, hehehe).
Saya mesti jadi BAIK untuk mendidik anak-anak menjadi BAIK. KPI anak baik adalah menjadi al-haafiizh dan al-hafeezah. Saya takut benar dengan neraka Allah, dan sangat berharap kpd syurgaNya namun saya sedar bahawa saya ini seperti tidak layak kerana banyak dosa.
Jadi, jalan/ aktiviti ke arah 2 perkara di atas is a very long list!
If you all still want the list, nanti senang2 I taip..

"Saya memang sedang mengumpul semangat untuk menyambung pengajian. Dua rakan sejawat telah pulang bekerja semula daripada cuti belajar menyambung PhD. Kalau ikutkan comfort zone, tak perlu pergi pun tak ape sbb once you naik pangkat, in shaa Allah gaji u akan naik juga, so buat apa lah susah2 kan untuk pening kepala belajar. Dulu masa saya sambung master pun begitu, saya mengumpul semangat dan kata2 sokongan keluarga dan sahabat. Dengan izin Allah melalui sokongan mereka, saya sambung juga! Alhamdulillah...ianya memang bermanfaat.
Saya sukar untuk menulis azam kerana selalunya bila ditulis, ia tidak akan menjadi sangat. Saya sematkan dalam hati, tekad dalam diri, in shaa Allah lebih berdisiplin dan terlaksana. Sikit namun mesti istiqomah.
Cumanya saya akan menjadi lebih baik/ positif/ jauh daripada mazmumah dengan berpegang kepada "Sebenarnya apabila kita dikelilingi oleh orang yang selalu menyakitkan hati kita, ingatlah Allah sedang mengajar kita untuk SABAR dan banyak mengadu kepadaNya".
And truly, I am surrounded with that kind of people, though it is isolated case but very influenced to my emotional state, hahaha..(sensitip sgt sejak dah aging ni!)
Saya mesti jadi BAIK untuk mendidik anak-anak menjadi BAIK. KPI anak baik adalah menjadi al-haafiizh dan al-hafeezah. Saya takut benar dengan neraka Allah, dan sangat berharap kpd syurgaNya namun saya sedar bahawa saya ini seperti tidak layak kerana banyak dosa.
Oleh itu, in shaa Allah dengan rahmat Allah, syafaat al-hafiizh dan al-hafiizhah boleh membawa ahli keluarga yang telah pasti ke neraka ke dalam syurga. Anak saya 3, in shaa Allah 30 org ahli keluarga boleh dibawa bersama-sama agar kami semua dapat dikumpulkan sebagai sebuah keluarga di syurga sebagaimana Allah mengumpulkan kami sebagai sebuah keluarga di dunia.
Jadi, jalan/ aktiviti ke arah 2 perkara di atas is a very long list!
If you all still want the list, nanti senang2 I taip..
Tuesday, January 8, 2013
La Taghdob=Jangan Marah:88
Cara Rasulullah mengurus MARAH adalah dengan cara duduk jika semasa marah baginda berdiri. Baring jika marah masih belum reda setelah duduk. Jika semasa berbaring pun marah masih tidak berkurang, baginda mengambil wuduk.
Marah itu angkara syaitan dan syaitan itu daripada API. Ia padam dengan AIR. Oleh sebab itu baginda berwuduk. Rasulullah kemudiannya solat sunat 2 rakaat.
Ianya sempurna dan ianya langkah demi langkah. Ia sukar kerana kita acapkali ingin menghambur keluar kemarahan dengan segera kerana kita sering menyangka, lepas kita marah-marah, kita akan lega sebab semua yang terpendam berjaya diluahkan.
Kita tidak melihat kesan selepas marah. Yang kita pentingkan apa yang kita ingin capai SEMASA marah!
Saya menceritakan step by step ini kepada anak-anak. Namun saya juga sesekali terlanjur marah.
"Azeem, ambik buku praktis, kita buat latihan sikit". Dialog popular bila cuti sekolah.
Azeem seperti selalu protes, sebab dia nak main saja. Dia marah kerana terganggu program main-main dia.
"Tak baik Azeem marah-marah. Ni mesti syaitan suruh Azeem marah. Allah suka kalau Azeem belajar, tapi syaitan tak suka. Sebab syaitan memang tak nak bagi Azeem pandai. Azeem mesti nak pandai kan?"
Pujuk saya seperti selalu.
Azeem mendengus-dengus...kalaulah dia naga, mesti terpercik api dari hidung dan mulutnya. Saya memang bergurau dengannya berkenaan naga itu kerana dia selalu begitu!
Lama kemudian Azeem bangun dan masuk ke bilik air. Lama dia di dalam bilik air.
Saya tegur dia, "Azeem merajuk ye?" Dia diam tak menjawab. Saya biarkan saja.
He needs some alone time.
Saya meneruskan kerja seperti biasa (kerja mak-mak lah).
"Ibu tau tak Azeem buat apa dalam tandas lama tadi?. Tiba-tiba dia datang bertanya. Terganggu urusan saya dengan FB. Hahaha..
"Tak tau. Tapi Azeem lama kan. Ibu rasa Azeem merajuk kat ibu la kot".
"Azeem ambik wuduk! Sbb tadi Azeem marah-marah kan. Ibu kata nabi ambik wuduk bila marah".
"Waaah..iye ke? Bagusnya Azeem, kawal marah ikut Nabi.". Saya respon dengan terujaan yang melampau-lampau!
"Lepas tu Azeem solat sunat 2 rakaat, yang Azeem tutup pintu bilik tu". Dia sambung lagi cerita.
"Waaah...bagusnya Azeem..Sekarang Azeem dah tak marah kan? Sbb syaitan dah lari masa Azeem solat. Azeem pun mesti nak buat keje praktis kan sbb syaitan dah takde nak goda Azeem belajar!"
Saya memuji-mujinya sambil senyum sampai ke telinga.
Akhirnya pelajaran telah dipraktikkan. Ibunya entah bila nak buat macam tu bila marah?

Friday, January 4, 2013
Lahir: 87
Alhamdulillah hirobbil aalamin.
Ianya kesyukuran tidak terhingga, bahawa saya masih Allah kurniakan iman, islam, ihsan, umur, rezeki dan kesihatan yang sangat baik.
Saya berumur 34 tahun pada hari ini.
Jika kita menjaga Allah, yakinlah bahawa Allah menjaga kita.
"When Allah is your friend, who is your enemy".~Ust. pahrol Juoi.
Ianya bersekali dengan Tahun Baru 2013.
Status saya di MukaBuku:
KPI hubungan baik dengan Allah adalah TAQWA
KPI hubungan baik dengan Manusia adalah AKHLAK
KPI pekerjaan/ usaha yang kita lakukan adalah ITQON
KPI=Key Performance Indicator/ Petunjuk Prestasi
ITQON=Melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh/ sedaya upaya/ terbaik
Happy 2013-Some may have new azam, some may carry forward and I have BOTH!

Wednesday, December 12, 2012
Status II:86
Ini juga status yang saya teringin juga untuk publish kat FB tetapi demi memikirkan kesan buruk kepada orang-orang yang tidak boleh meraikan pendapat berbeza, saya curahkan di sini.
Janganlah dipolitikkan pendapat Abby Abadi iaitu daripada menghabiskan duit untuk ke Gaza itu (RM 7500), lebih baik didermakan. Raikanlah pendapat yang berbeza, nescaya kamu temui hikmah di sebaliknya. Jangan melenting kepada sesiapa yang diberi keizinan oleh Allah untuk ke Gaza. Jangan dipolitikkan Afdlin Shauki yang telah ke sana. Barangkali beliau ke sana bukan atas tiket UMNO pun tetapi atas dasar kemanusiaan. Kemudian, jangan dilibatkan ustaz-ustaz lain yang berada di pentas PAS yang bercakap berdegar-degar (UAI) tentang berjuang untuk Palestin tetapi tidak ke Gaza pun. Masya Allah, mereka yang dapat pergi, alhamdulillah. Mereka yang belum diberi rezeki Allah untuk ke sana, jangan dipandang serong dan dipolitikkan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kenapa mereka belum dapat ke sana.
Ustaz Hassan Din Al-Hafiz pernah berkata, "Cukuplah menunaikan haji dan umrah sekali seumur hidupmu. Jika kamu berkemampuan lagi, adalah lebih baik kamu bersedekah RM 5-10 ribu kamu kepada masjid atau surau. Sesungguhnya itu adalah lebih baik bagimu kerana hanya 3 perkara yang akan menjadi pencenmu di dalam alam barzakh iaitu doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah. Bersedekah kepada masjid/ surau/ adalah sedekah jariah yang berterusan selagi masjid/ surau itu digunakan oleh orang ramai untuk beribadat/ mengimarahkan rumah Allah.
Yang baik itu daripada Allah. Bersangka baik lah.

Saturday, December 8, 2012
Status I:85
Banyak perkara yang saya hasrat untuk letak di status FB, tapi banyak juga yang tidak menjadi.
Macam-macam lintasan hati, bimbang itu, risau ini, boleh ke tak boleh...akhirnya, saya letak DI SINI.
Status I
Dia menasihatkan saya, "simpanlah duit, bersalin kat hospital swasta, senang". Hendak sahaja saya katakan kepada dia, "Saya bukan tiada duit untuk bersalin di hospital swasta tetapi saya tidak perlu membazir ribu-ribu untuk bersalin dan hospital kerajaan (baca: Hospital Putrajaya) pun is just great and good. Bukan seperti dia yang berlagak pegawai besar (baca:bukan pegawai pun, hanya kakitangan sokongan) dan bersalin di hospital swasta terkemuka sehingga emak mertua terpaksa membantu anak lelakinya membayar kos RM 8 ribu untuk kos bersalin dia. Dia pula dengan megah bercerita kepada semua orang, kos bersalin adalah hasil simpanannya dan dia pula hendak menasihatkan saya untuk menyimpan duit?." Huh, orang jenis ini pun ada ye.
Status ini memang TIDAK BOLEH. Ia dipenuhi kegeraman. Tapi, memang saya geram dan saya mahu dia hentikan perangai berlagak tidak kena tempat dia tu.
Kata seorang pakar kewangan US (baca:kebetulan tertonton rancangan beliau tentang pengurusan belanjawan keluarga/diri), seseorang yang mempunyai simpanan 3 bulan gajinya adalah orang yang kukuh/ stabil kedudukan kewangannya.
Saya dengan syukur kepada Allah mempunyai simpanan itu, hasil daripada usaha berjimat cermat dan mengambil panduan pakar kewangan tersebut.
Ingin saya tanya padanya, dia ada ke simpanan sebulan gaji?
Tak lama lagi dia akan bersalin lagi. Hmmm, adakah duit mak mertuanya lagi akan terkorban?
Duit bantuan sebelum ni pun saya pasti belum berbayar.
Ukurlah baju di badan sendiri. Saya memang tidak boleh tahan dengan orang sebegini. Dalam kes ini, dia!

Wednesday, December 5, 2012
Sokong:84
Saya bukan kaki sukan semenjak berkahwin.
Dahulu saya kaki sukan lumba kereta, sehingga Wayne Rainey parah lumpuh pun saya ambil tahu.
Dahulu juga saya kaki sukan badminton. Satu buku skrap tebal padat dengan semua kejohanan badminton saya kumpulkan. Semua perlawanan di TV saya tonton dan semua pemain sehingga anak pinak mereka dan harta kekayaan mereka hasil mewakili negara dan memenangi pertandingan pun saya tahu.
Itu dahulu lah.
Sekarang tidak lagi kerana suami saya SANGAT tidak minat sukan!
Saya menjadi tiada geng untuk berseronok tentang berita sukan.
Baru-baru ini semasa Malaysia lawan Singapura dan kalah 3-0 dalam Piala AFF Suzuki? (harap betul), suami saya mengeluarkan kenyataan pedas. Kemudian bila Malaysia menang 2-0 lawan Indonesia bagi piala yang sama, suami saya bidas juga.
Haih...
Namun sekurang-kurangnya suami saya pendapatnya SATU, tidak berbolak balik.
Semasa kalah lawan Singapura, kebanyakan status di FB:
"Gaji mahal mengalahkan Surgeon, main macam hapa".
"Penat je tengok, main macam harem". ~penat ke tengok? Rasanya pemain lagi penat.
Semasa menang lawan Indonesia, kebanyakan status di FB:
"Terbaik Harimau Malaya, salute!"
"Saya memang menyokong negara saya, ok".
Hipokrit.

Tuesday, November 27, 2012
Ajak Paksa Rela:83
Saya mengajak anak-anak saya mencintai Al-Quran.
Saya mengajak mereka untuk menghafalnya.
Saya mengajak mereka untuk memahaminya.
Ia semata-mata kerana Allah dan saya mahukan anak-anak saya menjadi al-haafizh dan al-haafizhah. Ia semata-mata untuk mendapatkan ganjaran/ fadhilat orang yang menghafaz al-Quran untuk membawa 10 orang ahli keluarganya yang telah disahkan hukuman ke neraka untuk masuk ke syurga, dengan rahmat Allah.
Sasaran saya bahawa dengan ketiga-tiga anak menjadi al-haafizh dan al-hafiizhah, In Sya Allah sekurang-kurangnya 30 orang ahli keluarga kami dapat sama-sama berkumpul di syurga Allah sebagaimana Allah mengumpulkan kami semua sebagai sebuah keluarga di dunia.
Masya Allah, ianya tugas yang berat dan berliku, namun dengan rahmat Allah, saya yakin ia boleh berlaku.
Kem Hafal Quran selama sebulan sempena cuti sekolah ini telah saya gunakan sebaik mungkin untuk 2 anak yang telah boleh/ pandai membaca al-quran.
Saya ajak, kadang-kadang datang mood malas mereka, terpaksa saya paksa dan lama-lama mereka akan rela dan seronok dengan sendirinya. Saya percaya dengan keajaiban al-Quran yang sangat mujarab dalam melembutkan hati dan sentiasa menenangkan.
Saya turut mengajak rakan-rakan untuk anak-anak mereka turut serta hadir di dalam program yang baik ini. Rata-rata jawapan mereka mengecewakan saya.
"Tengoklah macam mana. Nak kena tanya anak-anak dulu, nak ke tak nak. Kalau tak nak, tak boleh buat apa juga kan".
"Lama sangat sebulan tu, kalau 2 minggu ok jugak, kata anak akak tu".
"Diorang tak nak, bila bagitau saja, tunjuk muka tak minat. Nak duduk rumah saja".
Masya Allah, fikir saya, di sini siapa ibu siapa anak? Siapa patut didik siapa?
Kalau kita sebagai ibu yang masih menjaga anak di bawah tanggungjawab kita (belum berkahwin), maka wajarkah berkata demikian dan memberi kebebasan kepada anak untuk menentukan apa yang mereka mahu buat walaupun hanya duduk melepak sepanjang 1 bulan setengah cuti sekolah dengan menonton TV dan bermain PS2?
Pada saya, jika dia pasti jawapan yang dia berikan nanti diterima Allah di akhirat sana apabila ditanya tentang tanggungjawab yang dia tidak mampu/ boleh galas dan sempurnakan, tidak mengapalah.
Teruslah bertanya anak apa yang mereka MAHU buat dan ikutkan sahaja berbanding dia menentukan apa yang mereka PERLU buat.
Nauzubillahiminzalik.

Sunday, November 25, 2012
Sheikh Ahmad Yasin:82
Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para Pemuda dan
Pemudi :
☛ Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.
☛ Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
☛ Para Pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
☛ Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
☛ Wahai Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Friday, November 23, 2012
Bengkak: 81
Hidayah Allah ini datang daripada pelbagai cara. Kadang-kadang kita sendiri tidak merasakan ianya hidayah daripada Allah yang sentiasa sayangkan hambaNya dan inginkan yang terbaik buat semua makhluk ciptaanNya.
Ramai orang belum terbuka hatinya untuk menutup aurat. Kalau diajak,
"Ingat yang pakai tudung tu baik sangat? Kadang perangai lebih teruk".
Ingin sahaja dikatakan,
"Tetapi kamu yang tidak memakai tudung (tidak menutup aurat) adalah lebih tidak baik kerana melanggar perintah Allah".
Suara tersekat di kerongkong.
Lalu Allah mendatangkan bengkak di leher (swelling thyroid gland).
Sekarang telah pun memakai tudung.
"Dapat tutup leher yang bengkak ni pun jadilah (memberi justifikasi kenapa memakai tudung)."
Masya Allah, begitu mahal harga sebuah hidayah Allah. Didatangkan kesakitan leher yang bengkak semata-mata untuk memberi sebab hambaNya menutup aurat.
Fikir saya, kalau tidak diberikan bengkak di leher, belum tahu lagi lah bila masanya untuk menutup aurat.
Semoga dia sedar bahawa Allah tidak menjadikan/mengizinkan sesuatu itu terjadi (bengkak leher) dengan sia-sia, namun ada didikan (menutup aurat) yang Allah ingin berikan. Maha Suci Allah daripada melakukan sesuatu dengan sia-sia.

Wednesday, November 21, 2012
Halal:80
Sahabat sepejabat ingin menunaikan umrah pada Januari 2013
nanti. Alhamdulillah, berkat menabung
beliau dan suami bakal menjejakkan kaki untuk beribadat di Mekah dan Madinah.
Urusan untuk ke sana memerlukan passport.
“Tolong saya print gambar saya dan suami ni (sambil beliau mengunjukkan
thumbdrive berisi gambar IC beliau dan suami kepada staf yang mengurus
kerja-kerja percetakan di pejabat).
Staf tadi mengambil thumbdrive itu tanpa banyak tanya.
“Printlah penuh kertas A4, penuhkan kertas tu, nanti
membazir. Print je, lain kali tak perlu
print lagi. Nak pakai 4 sahaja”.
Saya hanya mendengar dan saya pun memang sedang berurusan
dengan staf tersebut.
Mulutnya ringan bercerita bahawa beliau perlukan gambar
tersebut untuk membuat passport bagi tujuan menunaikan umrah.
Saya juga bersembang sedikit sebanyak, meraikan perasaan
terujanya.
Dalam hati berkata, “hendak menunaikan umrah, amalan yang
mulia dan sangat baik tetapi menggunakan pejabat punya printer untuk print gambar?”.
Saya sedikit kesal, namun saya diamkan sahaja.
Petang itu, sahabat saya ini menelefon saya.
“Rupa-rupanya gambar passport mesti 70% muka ye dan berlatar
belakang putih. Gambar saya tadi tak
valid lah sebab latar belakang biru (untuk IC).”
“Ye ke? Saya pun dah lupa”.
Balas saya.
“Takpe lah, saya akan ke kedai gambar untuk ambil gambar
baru”.
Saya mengucapkan syukur.
Bahawa Allah amat sayangkan hambaNya telah memastikan segala harta bagi
tujuan umrah yang bakal beliau laksanakan adalah halal dan baik.
Alhamdulillah hirobbil aalamin.
Thursday, November 1, 2012
Macam-macam ada: 79
Lama saya tidak apdet apa-apa cerita, sehingga blog saya dilabelkan sebagai Less Active. Sedih juga.
Tidak multitasking nye saya!
Tidak manage time dengan baiknye saya!
Tidak rajinnya saya!
Ye, salahkan diri sendiri, do not blame other people.
Banyak nak cerita sebenarnya, namun seringkali juga banyak keje ad-hoc and urgent yang menyebabkan cerita-cerita tertangguh. Kawan saya Eiwa kata,
"wah, iron lady kau!"
"Takde maknenye Iron lady, kuli cenggini lah." Balas saya.
Namun saya bersyukur kerana diberi rezeki oleh Allah dan keizinan suami kepada saya untuk keluar mencari rezeki kami sekeluarga.
Masih ramai di luar sana yang masih belum bekerja.
Kisah 1.
Curang I dan II tidak mahu saya teruskan walaupun rentetannya masih ada. Ia juga menyebabkan saya dalam sedikit stress sebulan-dua ini kerana yang terlibat adalah dia.
Sukar sekali untuk saya menjadi 'baik' atau 'neutral' atau berlagak 'profesional' atau 'macam tiada apa-apa berlaku' kalau kesnye sebegini berat. Saya kehilangan kata-kata dan 'mood'.
Balik dari mesyuarat di Langkawi, saya ingatkan kes itu selesai dan 'sealed', tapi nampaknya telah terbuka semula dan semakin teruk.
Ia memang ujian maha berat buat dia, namun kerosakan yang berlaku adalah di atas tangan manusia-manusia itu sendiri. Sometimes I wish to say, "serve you right!"
Kisah 2.
Bila bermesyuarat selama 3 hari bagi keseluruhan staf seMalaysia (fobia nak tulis satu Malaysia, hehehe), masa tu lah dapat gather-gather, sembang-sembang and ofkos gosipping, masya Allah. Masa bekerja, memang tak de masa citer hal lain. Kiranya kalau tak MC, bekerja tanpa henti.
Macam-macam cerita keluar. Banyaknya yang 'nauzubillahiminzaalik".
Bahawa telah begitu ramai manusia Islam yang meninggalkan agama dan tidak takutkan Allah.
Satu kes yang sangat signifikan adalah isteri mencari lelaki lain kerana suaminya tidak ada projek buat bangunan, itupun baru 3 bulan!
Saya menggaru kepala yang tidak gatal.
Ia memang benar-benar menakutkan saya dan Allah telah menyelamatkan saya dahulu, bahawa kerana itu saya masih berkeluarga dan saya sangat-sangat mensyukurinya.
Semoga Allah memberi hidayah kepada dia.
Kisah 3.
Saya tidak membuat qurban pada tahun ini dan saya merasa menyesal.
Akaun kami kekurangan duit kerana membayar sejumlah wang yang agak besar untuk menukar pinjaman perumahan konvensional kepada Islamik. Sepuluh tahun lepas sukar sekali untuk ada bank yang menawarkan pinjaman perumahan Islamik seperti al-mudharabah etc.
So, bila dah ada peluang dan jalan, kami pun menukar loan tersebut maka bayaran pun dikenakan. Kata Ustaz Dr Zaharudin, akan ada bayaran bagi menukar loan konvensional kepada Islamik, maka anggaplah bayaran itu sebagai suatu denda/ membayar kepada pinjaman kita yang tidak Islamik dahulu (seperti kaffarah). Kami redha dan kami lakukannya.
Cuma, pada pagi raya, Tanyalah Ustaz@TV9 kata,
Tidak bolehkah kita berqurban kerana Allah, setahun sekali sahaja. Bukannya mahal pun, hanya RM 34/bulan atau RM 1.13 sehari duit yang perlu dikumpulkan sehingga setahun jika mengambil kira satu bahagian lembu untuk dikorbankan (RM 400)?.
Saya merasa menyesal pula. Betul benar, bukannya banyak pun untuk saving kerana Allah ini.
Memang benar duit dalam kami telah kurang (standby for emergency sahaja), tapi, kan ada duit dalam akaun anak-anak yang sebenarnya kami juga isi setiap bulan?
Ya Allah, ampunkan kami dan panjangkan usia kami untuk melaksanakan qurban kerana Mu pada tahun hadapan.

Tuesday, October 9, 2012
Curang II: 78
Edisi Tambah baik (edited)
Kisahnya semakin menarik.
Terkini beritanya mereka telah berkahwin di sempadan. Masya Allah.
Berita buruknya ialah mereka berkahwin dua tahun yang lepas.
Berita baiknya dia belum lagi sakit buatan orang. "Pregnant"
Saya menggelengkan kepala sahaja lah. Speechless.
Bersembang dengan seorang rakan lain, saya mengambil sikap 'redha'. Sahabat saya ini mengungkap dengan jelas bahawa perkara curang ini adalah UJIAN dia yang Allah berikan kepadanya. Dia mampu, maka Allah mengujinya begitu. Ujian hidupnya sebagai kekasih gelap selama 2 tahun dan mengalah dalam banyak perkara kerana perkahwinan yang belum 'declare'.
Ia kedengaran betul dan benar. Siapalah kita untuk mempertikaikan kejadian Allah yang merupakan ujian kepada si empunya badan? Katanya sahabat itu lagi, kita ada anak perempuan, so don't talk about other people, dibimbangi anak dara kita pula terjebak dengan suami orang. Nauzubillah!
Orang mengata lagi, mesti isteri pertama telah tahu. Apabila semua orang telah tahu, pasti isteri pertama akan dihentam. Saya tanya kenapa dihentam pula?
Jawapannya adalah berbaur batu api. Penat-penat menjaga anak orang untuk menampung kewangan keluarga, tetapi suami buat perangai dan kahwin lagi satu. Ia juga kedengaran benar namun saya katakan kepada orang yang mengata,
"Kalau isterinya dah tau, dan takde pula adegan serang-menyerang, tandanya isteri itu redha dan mengharap payung emas di syurga nanti".
Saya lega menyatakan demikian.
Tetapi, mereka yang lebih sudu dari kuah ini berkata macam-macam.
"Kasihan isterinya, mesti sakit hati".
"Walaupun redha, hatinya mesti sakit".
"Isterinya punya cantik, kulit putih. Tak macam isteri kedua ini".
"Redha tu ye lah, tapi hatinya tu macam mana. Memang lah dapat payung emas. Mesti sakit hati sangat".
"Langsung tak respek pada dia dah". (penuh emosi menyampah).
Ingin saja saya katakan kepada mereka,
"Kamu berdua masih anak dara, maka berhati-hatilah menghukum orang. Nanti jangan Allah timpakan ujian ini ke atas kamu. Kamu pula ada anak dara, maka berpada-padalah bencinya, nanti esok Allah pulangkan batu buah keras atas keceluparan dan kebencian kamu yang melebih-lebih itu. Isteri pertama itu telah redha dan sudah tahu ganjaran payung emas yang akan dia dapat di syurga nanti. Kamu semua yang mengata bagai nak rak ini tahu kah apa ganjaran yang kamu akan dapat di akhirat nanti, neraka atau syurga?"
Saya memohon keampunan mu ya Allah atas justifikasi saya pada insiden ini.
Pada dia, semoga hatinya terus kuat menahan tohmahan orang dan cepat-cepatlah mendaftar perkahwinan di sini, bimbang nanti apabila anak telah keluar, tiada surat beranak dapat dikeluarkan kerana tiada sijil nikah dapat membuktikan. Jangan nanti anak itu menjadi ANAK TIDAK SAH TARAF!
Seperti tulisan saya sebelum ini, apa-apa pun tindakan yang hendak diambil, mintalah petunjuk Allah. Allah Maha Bijak. Jika masalah belum berkahwin adalah besar, tetapkan di dalam hati bahawa kamu ada Allah yang MAHA BESAR.

Friday, October 5, 2012
Curang: 77
Ianya topik yang tidak pernah hilang dari berita
kehidupan. Ianya tidak jemu-jemu hadir
untuk dikisahkan. Saya juga ada satu
kisah curang yang saya fikir perlu diteladani.
Pada saya, atas alasan apa sekalipun seseorang itu bermain
cinta dengan suami/ isteri orang, ia adalah TIDAK BAIK dan perlu DIHENTIKAN.
Dia tua setahun
daripada saya namun masih belum berumahtangga.
Rata-rata sahabat yang lain telah mempunyai 2-3 orang anak sedangkan dia
masih belum ada tanda-tanda untuk berkahwin.
Barangkali merasa sedih dan malu dengan status ‘anak dara tua’, dia mengambil keputusan
untuk bercinta dengan sesiapa sahaja walaupun dengan suami orang.
Barangkali merasa kesunyian, dia mengambil keputusan untuk
bercinta dengan sesiapa sahaja walaupun dengan suami orang.
Barangkali merasa rimas dengan soalan orang/ saudara mara/
keluarga bila hendak berkahwin, dia mengambil keputusan untuk bercinta dengan
sesiapa sahaja walaupun dengan suami orang.
Barangkali merasa bosan duduk bersendirian dengan wang
ringgit yang melimpah, dia mengambil keputusan untuk bercinta dengan sesiapa
sahaja walaupun dengan suami orang.
Barangkali merasa perlunya seorang lelaki di dalam hidupnya,
dia mengambil keputusan untuk bercinta dengan sesiapa sahaja walaupun dengan
suami orang.
Barangkali sahabat saya berniat untuk mempunyai teman hidup, sekadar itu sahaja, tidak perlu nafkah zahir kerana dia telah sangat mampu. Namun, saya sangat sangsi.
Semuanya BARANGKALI.
Hanya dia sahajalah yang tahu apa justifikasi dirinya menyebabkan suami
orang itu curang terhadap isterinya.
Atas apa sekalipun alasannya, saya tidak bersetuju
dengan jalan yang dia pilih.Sekarang ini dia membelanjakan sebahagian besar gajinya untuk suami orang itu, berkebetulan pula lelaki itu gajinya jauh lebih rendah daripada gaji sahabat saya itu dan anak pula ramai.
Sekarang ini suami orang itu belum menjadi miliknya yang sah dan logiknya pada semua pasangan bercinta, SEGALANYA BOLEH dan MAHU DIKONGSI. Tunggu sahaja selepas berkahwin, silap haribulan gaji U, gaji I, gaji I, gaji I.
Tambahan pula dia telah melabur sekian banyak kepada suami orang itu, saya merasa lebih sangsi jika dia boleh berdiam diri sahaja selepas berkahwin tanpa mendapat layanan sewajarnya seperti layanan yang dia dapat sekarang sebagai seorang kekasih gelap.
Pada masa itu, akan ada ungkit-mengungkit bahawa setelah
sekian banyak telah ditaburkan kesenangan dan kemudahan, selepas berkahwin ini
takkan tidak boleh meluangkan masa dengannya.
Sudahlah semasa menjadi kekasih gelap, semuanya menjadi biarlah
rahsia. Kemuncak kepada perkahwinan
curang inilah yang nanti jika suami orang ini inginkan anak dara, maka
ditinggalkan isteri yang telah sekian lama berkorban sama susah sama senang.
Saya bukanlah orang yang sesuai untuk memberi nasihat kepada
sesiapa yang berada di dalam situasi ini kerana saya bukan anak dara tua. Ia akan menjadi tempelak mereka yang terjebak
kerana mereka akan mengatakan yang saya bertuah dan tidak merasai apa yang
mereka rasa.
Pada saya, berfikirlah dalam-dalam. Mintalah petunjuk daripada Allah apakah yang
terbaik dalam hidup kamu. Jika kamu kata
suami orang itu kamu sukai kerana agamanya, bercinta senyap-senyap di belakang
isteri dan anak-anaknya itu adalah kecurangan dan berdosa. Di mana suami orang itu meletakkan agamanya
ketika dia menyambut cinta kamu yang mungkin TERDESAK itu.
Cinta itu TANGGUNGJAWAB.
Mana mungkin kamu kata kamu cinta, tetapi kamu tidak mampu
bertanggungjawab!Astaghfirullahal Azeem............
Subscribe to:
Posts (Atom)