Saya mengajak anak-anak saya mencintai Al-Quran.
Saya mengajak mereka untuk menghafalnya.
Saya mengajak mereka untuk memahaminya.
Ia semata-mata kerana Allah dan saya mahukan anak-anak saya menjadi al-haafizh dan al-haafizhah. Ia semata-mata untuk mendapatkan ganjaran/ fadhilat orang yang menghafaz al-Quran untuk membawa 10 orang ahli keluarganya yang telah disahkan hukuman ke neraka untuk masuk ke syurga, dengan rahmat Allah.
Sasaran saya bahawa dengan ketiga-tiga anak menjadi al-haafizh dan al-hafiizhah, In Sya Allah sekurang-kurangnya 30 orang ahli keluarga kami dapat sama-sama berkumpul di syurga Allah sebagaimana Allah mengumpulkan kami semua sebagai sebuah keluarga di dunia.
Masya Allah, ianya tugas yang berat dan berliku, namun dengan rahmat Allah, saya yakin ia boleh berlaku.
Kem Hafal Quran selama sebulan sempena cuti sekolah ini telah saya gunakan sebaik mungkin untuk 2 anak yang telah boleh/ pandai membaca al-quran.
Saya ajak, kadang-kadang datang mood malas mereka, terpaksa saya paksa dan lama-lama mereka akan rela dan seronok dengan sendirinya. Saya percaya dengan keajaiban al-Quran yang sangat mujarab dalam melembutkan hati dan sentiasa menenangkan.
Saya turut mengajak rakan-rakan untuk anak-anak mereka turut serta hadir di dalam program yang baik ini. Rata-rata jawapan mereka mengecewakan saya.
"Tengoklah macam mana. Nak kena tanya anak-anak dulu, nak ke tak nak. Kalau tak nak, tak boleh buat apa juga kan".
"Lama sangat sebulan tu, kalau 2 minggu ok jugak, kata anak akak tu".
"Diorang tak nak, bila bagitau saja, tunjuk muka tak minat. Nak duduk rumah saja".
Masya Allah, fikir saya, di sini siapa ibu siapa anak? Siapa patut didik siapa?
Kalau kita sebagai ibu yang masih menjaga anak di bawah tanggungjawab kita (belum berkahwin), maka wajarkah berkata demikian dan memberi kebebasan kepada anak untuk menentukan apa yang mereka mahu buat walaupun hanya duduk melepak sepanjang 1 bulan setengah cuti sekolah dengan menonton TV dan bermain PS2?
Pada saya, jika dia pasti jawapan yang dia berikan nanti diterima Allah di akhirat sana apabila ditanya tentang tanggungjawab yang dia tidak mampu/ boleh galas dan sempurnakan, tidak mengapalah.
Teruslah bertanya anak apa yang mereka MAHU buat dan ikutkan sahaja berbanding dia menentukan apa yang mereka PERLU buat.
Nauzubillahiminzalik.
Sabar dan Qana'ah itu Keredhaan. Ianya adalah himpunan kisah saya dan keluarga, sebagai ingatan dan kasih sayang yang berpanjangan. Ia adalah sebuah jurnal kesyukuran!
Tuesday, November 27, 2012
Sunday, November 25, 2012
Sheikh Ahmad Yasin:82
Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para Pemuda dan
Pemudi :
☛ Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.
☛ Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
☛ Para Pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
☛ Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
☛ Wahai Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Friday, November 23, 2012
Bengkak: 81
Hidayah Allah ini datang daripada pelbagai cara. Kadang-kadang kita sendiri tidak merasakan ianya hidayah daripada Allah yang sentiasa sayangkan hambaNya dan inginkan yang terbaik buat semua makhluk ciptaanNya.
Ramai orang belum terbuka hatinya untuk menutup aurat. Kalau diajak,
"Ingat yang pakai tudung tu baik sangat? Kadang perangai lebih teruk".
Ingin sahaja dikatakan,
"Tetapi kamu yang tidak memakai tudung (tidak menutup aurat) adalah lebih tidak baik kerana melanggar perintah Allah".
Suara tersekat di kerongkong.
Lalu Allah mendatangkan bengkak di leher (swelling thyroid gland).
Sekarang telah pun memakai tudung.
"Dapat tutup leher yang bengkak ni pun jadilah (memberi justifikasi kenapa memakai tudung)."
Masya Allah, begitu mahal harga sebuah hidayah Allah. Didatangkan kesakitan leher yang bengkak semata-mata untuk memberi sebab hambaNya menutup aurat.
Fikir saya, kalau tidak diberikan bengkak di leher, belum tahu lagi lah bila masanya untuk menutup aurat.
Semoga dia sedar bahawa Allah tidak menjadikan/mengizinkan sesuatu itu terjadi (bengkak leher) dengan sia-sia, namun ada didikan (menutup aurat) yang Allah ingin berikan. Maha Suci Allah daripada melakukan sesuatu dengan sia-sia.

Wednesday, November 21, 2012
Halal:80
Sahabat sepejabat ingin menunaikan umrah pada Januari 2013
nanti. Alhamdulillah, berkat menabung
beliau dan suami bakal menjejakkan kaki untuk beribadat di Mekah dan Madinah.
Urusan untuk ke sana memerlukan passport.
“Tolong saya print gambar saya dan suami ni (sambil beliau mengunjukkan
thumbdrive berisi gambar IC beliau dan suami kepada staf yang mengurus
kerja-kerja percetakan di pejabat).
Staf tadi mengambil thumbdrive itu tanpa banyak tanya.
“Printlah penuh kertas A4, penuhkan kertas tu, nanti
membazir. Print je, lain kali tak perlu
print lagi. Nak pakai 4 sahaja”.
Saya hanya mendengar dan saya pun memang sedang berurusan
dengan staf tersebut.
Mulutnya ringan bercerita bahawa beliau perlukan gambar
tersebut untuk membuat passport bagi tujuan menunaikan umrah.
Saya juga bersembang sedikit sebanyak, meraikan perasaan
terujanya.
Dalam hati berkata, “hendak menunaikan umrah, amalan yang
mulia dan sangat baik tetapi menggunakan pejabat punya printer untuk print gambar?”.
Saya sedikit kesal, namun saya diamkan sahaja.
Petang itu, sahabat saya ini menelefon saya.
“Rupa-rupanya gambar passport mesti 70% muka ye dan berlatar
belakang putih. Gambar saya tadi tak
valid lah sebab latar belakang biru (untuk IC).”
“Ye ke? Saya pun dah lupa”.
Balas saya.
“Takpe lah, saya akan ke kedai gambar untuk ambil gambar
baru”.
Saya mengucapkan syukur.
Bahawa Allah amat sayangkan hambaNya telah memastikan segala harta bagi
tujuan umrah yang bakal beliau laksanakan adalah halal dan baik.
Alhamdulillah hirobbil aalamin.
Thursday, November 1, 2012
Macam-macam ada: 79
Lama saya tidak apdet apa-apa cerita, sehingga blog saya dilabelkan sebagai Less Active. Sedih juga.
Tidak multitasking nye saya!
Tidak manage time dengan baiknye saya!
Tidak rajinnya saya!
Ye, salahkan diri sendiri, do not blame other people.
Banyak nak cerita sebenarnya, namun seringkali juga banyak keje ad-hoc and urgent yang menyebabkan cerita-cerita tertangguh. Kawan saya Eiwa kata,
"wah, iron lady kau!"
"Takde maknenye Iron lady, kuli cenggini lah." Balas saya.
Namun saya bersyukur kerana diberi rezeki oleh Allah dan keizinan suami kepada saya untuk keluar mencari rezeki kami sekeluarga.
Masih ramai di luar sana yang masih belum bekerja.
Kisah 1.
Curang I dan II tidak mahu saya teruskan walaupun rentetannya masih ada. Ia juga menyebabkan saya dalam sedikit stress sebulan-dua ini kerana yang terlibat adalah dia.
Sukar sekali untuk saya menjadi 'baik' atau 'neutral' atau berlagak 'profesional' atau 'macam tiada apa-apa berlaku' kalau kesnye sebegini berat. Saya kehilangan kata-kata dan 'mood'.
Balik dari mesyuarat di Langkawi, saya ingatkan kes itu selesai dan 'sealed', tapi nampaknya telah terbuka semula dan semakin teruk.
Ia memang ujian maha berat buat dia, namun kerosakan yang berlaku adalah di atas tangan manusia-manusia itu sendiri. Sometimes I wish to say, "serve you right!"
Kisah 2.
Bila bermesyuarat selama 3 hari bagi keseluruhan staf seMalaysia (fobia nak tulis satu Malaysia, hehehe), masa tu lah dapat gather-gather, sembang-sembang and ofkos gosipping, masya Allah. Masa bekerja, memang tak de masa citer hal lain. Kiranya kalau tak MC, bekerja tanpa henti.
Macam-macam cerita keluar. Banyaknya yang 'nauzubillahiminzaalik".
Bahawa telah begitu ramai manusia Islam yang meninggalkan agama dan tidak takutkan Allah.
Satu kes yang sangat signifikan adalah isteri mencari lelaki lain kerana suaminya tidak ada projek buat bangunan, itupun baru 3 bulan!
Saya menggaru kepala yang tidak gatal.
Ia memang benar-benar menakutkan saya dan Allah telah menyelamatkan saya dahulu, bahawa kerana itu saya masih berkeluarga dan saya sangat-sangat mensyukurinya.
Semoga Allah memberi hidayah kepada dia.
Kisah 3.
Saya tidak membuat qurban pada tahun ini dan saya merasa menyesal.
Akaun kami kekurangan duit kerana membayar sejumlah wang yang agak besar untuk menukar pinjaman perumahan konvensional kepada Islamik. Sepuluh tahun lepas sukar sekali untuk ada bank yang menawarkan pinjaman perumahan Islamik seperti al-mudharabah etc.
So, bila dah ada peluang dan jalan, kami pun menukar loan tersebut maka bayaran pun dikenakan. Kata Ustaz Dr Zaharudin, akan ada bayaran bagi menukar loan konvensional kepada Islamik, maka anggaplah bayaran itu sebagai suatu denda/ membayar kepada pinjaman kita yang tidak Islamik dahulu (seperti kaffarah). Kami redha dan kami lakukannya.
Cuma, pada pagi raya, Tanyalah Ustaz@TV9 kata,
Tidak bolehkah kita berqurban kerana Allah, setahun sekali sahaja. Bukannya mahal pun, hanya RM 34/bulan atau RM 1.13 sehari duit yang perlu dikumpulkan sehingga setahun jika mengambil kira satu bahagian lembu untuk dikorbankan (RM 400)?.
Saya merasa menyesal pula. Betul benar, bukannya banyak pun untuk saving kerana Allah ini.
Memang benar duit dalam kami telah kurang (standby for emergency sahaja), tapi, kan ada duit dalam akaun anak-anak yang sebenarnya kami juga isi setiap bulan?
Ya Allah, ampunkan kami dan panjangkan usia kami untuk melaksanakan qurban kerana Mu pada tahun hadapan.

Tuesday, October 9, 2012
Curang II: 78
Edisi Tambah baik (edited)
Kisahnya semakin menarik.
Terkini beritanya mereka telah berkahwin di sempadan. Masya Allah.
Berita buruknya ialah mereka berkahwin dua tahun yang lepas.
Berita baiknya dia belum lagi sakit buatan orang. "Pregnant"
Saya menggelengkan kepala sahaja lah. Speechless.
Bersembang dengan seorang rakan lain, saya mengambil sikap 'redha'. Sahabat saya ini mengungkap dengan jelas bahawa perkara curang ini adalah UJIAN dia yang Allah berikan kepadanya. Dia mampu, maka Allah mengujinya begitu. Ujian hidupnya sebagai kekasih gelap selama 2 tahun dan mengalah dalam banyak perkara kerana perkahwinan yang belum 'declare'.
Ia kedengaran betul dan benar. Siapalah kita untuk mempertikaikan kejadian Allah yang merupakan ujian kepada si empunya badan? Katanya sahabat itu lagi, kita ada anak perempuan, so don't talk about other people, dibimbangi anak dara kita pula terjebak dengan suami orang. Nauzubillah!
Orang mengata lagi, mesti isteri pertama telah tahu. Apabila semua orang telah tahu, pasti isteri pertama akan dihentam. Saya tanya kenapa dihentam pula?
Jawapannya adalah berbaur batu api. Penat-penat menjaga anak orang untuk menampung kewangan keluarga, tetapi suami buat perangai dan kahwin lagi satu. Ia juga kedengaran benar namun saya katakan kepada orang yang mengata,
"Kalau isterinya dah tau, dan takde pula adegan serang-menyerang, tandanya isteri itu redha dan mengharap payung emas di syurga nanti".
Saya lega menyatakan demikian.
Tetapi, mereka yang lebih sudu dari kuah ini berkata macam-macam.
"Kasihan isterinya, mesti sakit hati".
"Walaupun redha, hatinya mesti sakit".
"Isterinya punya cantik, kulit putih. Tak macam isteri kedua ini".
"Redha tu ye lah, tapi hatinya tu macam mana. Memang lah dapat payung emas. Mesti sakit hati sangat".
"Langsung tak respek pada dia dah". (penuh emosi menyampah).
Ingin saja saya katakan kepada mereka,
"Kamu berdua masih anak dara, maka berhati-hatilah menghukum orang. Nanti jangan Allah timpakan ujian ini ke atas kamu. Kamu pula ada anak dara, maka berpada-padalah bencinya, nanti esok Allah pulangkan batu buah keras atas keceluparan dan kebencian kamu yang melebih-lebih itu. Isteri pertama itu telah redha dan sudah tahu ganjaran payung emas yang akan dia dapat di syurga nanti. Kamu semua yang mengata bagai nak rak ini tahu kah apa ganjaran yang kamu akan dapat di akhirat nanti, neraka atau syurga?"
Saya memohon keampunan mu ya Allah atas justifikasi saya pada insiden ini.
Pada dia, semoga hatinya terus kuat menahan tohmahan orang dan cepat-cepatlah mendaftar perkahwinan di sini, bimbang nanti apabila anak telah keluar, tiada surat beranak dapat dikeluarkan kerana tiada sijil nikah dapat membuktikan. Jangan nanti anak itu menjadi ANAK TIDAK SAH TARAF!
Seperti tulisan saya sebelum ini, apa-apa pun tindakan yang hendak diambil, mintalah petunjuk Allah. Allah Maha Bijak. Jika masalah belum berkahwin adalah besar, tetapkan di dalam hati bahawa kamu ada Allah yang MAHA BESAR.

Friday, October 5, 2012
Curang: 77
Ianya topik yang tidak pernah hilang dari berita
kehidupan. Ianya tidak jemu-jemu hadir
untuk dikisahkan. Saya juga ada satu
kisah curang yang saya fikir perlu diteladani.
Pada saya, atas alasan apa sekalipun seseorang itu bermain
cinta dengan suami/ isteri orang, ia adalah TIDAK BAIK dan perlu DIHENTIKAN.
Dia tua setahun
daripada saya namun masih belum berumahtangga.
Rata-rata sahabat yang lain telah mempunyai 2-3 orang anak sedangkan dia
masih belum ada tanda-tanda untuk berkahwin.
Barangkali merasa sedih dan malu dengan status ‘anak dara tua’, dia mengambil keputusan
untuk bercinta dengan sesiapa sahaja walaupun dengan suami orang.
Barangkali merasa kesunyian, dia mengambil keputusan untuk
bercinta dengan sesiapa sahaja walaupun dengan suami orang.
Barangkali merasa rimas dengan soalan orang/ saudara mara/
keluarga bila hendak berkahwin, dia mengambil keputusan untuk bercinta dengan
sesiapa sahaja walaupun dengan suami orang.
Barangkali merasa bosan duduk bersendirian dengan wang
ringgit yang melimpah, dia mengambil keputusan untuk bercinta dengan sesiapa
sahaja walaupun dengan suami orang.
Barangkali merasa perlunya seorang lelaki di dalam hidupnya,
dia mengambil keputusan untuk bercinta dengan sesiapa sahaja walaupun dengan
suami orang.
Barangkali sahabat saya berniat untuk mempunyai teman hidup, sekadar itu sahaja, tidak perlu nafkah zahir kerana dia telah sangat mampu. Namun, saya sangat sangsi.
Semuanya BARANGKALI.
Hanya dia sahajalah yang tahu apa justifikasi dirinya menyebabkan suami
orang itu curang terhadap isterinya.
Atas apa sekalipun alasannya, saya tidak bersetuju
dengan jalan yang dia pilih.Sekarang ini dia membelanjakan sebahagian besar gajinya untuk suami orang itu, berkebetulan pula lelaki itu gajinya jauh lebih rendah daripada gaji sahabat saya itu dan anak pula ramai.
Sekarang ini suami orang itu belum menjadi miliknya yang sah dan logiknya pada semua pasangan bercinta, SEGALANYA BOLEH dan MAHU DIKONGSI. Tunggu sahaja selepas berkahwin, silap haribulan gaji U, gaji I, gaji I, gaji I.
Tambahan pula dia telah melabur sekian banyak kepada suami orang itu, saya merasa lebih sangsi jika dia boleh berdiam diri sahaja selepas berkahwin tanpa mendapat layanan sewajarnya seperti layanan yang dia dapat sekarang sebagai seorang kekasih gelap.
Pada masa itu, akan ada ungkit-mengungkit bahawa setelah
sekian banyak telah ditaburkan kesenangan dan kemudahan, selepas berkahwin ini
takkan tidak boleh meluangkan masa dengannya.
Sudahlah semasa menjadi kekasih gelap, semuanya menjadi biarlah
rahsia. Kemuncak kepada perkahwinan
curang inilah yang nanti jika suami orang ini inginkan anak dara, maka
ditinggalkan isteri yang telah sekian lama berkorban sama susah sama senang.
Saya bukanlah orang yang sesuai untuk memberi nasihat kepada
sesiapa yang berada di dalam situasi ini kerana saya bukan anak dara tua. Ia akan menjadi tempelak mereka yang terjebak
kerana mereka akan mengatakan yang saya bertuah dan tidak merasai apa yang
mereka rasa.
Pada saya, berfikirlah dalam-dalam. Mintalah petunjuk daripada Allah apakah yang
terbaik dalam hidup kamu. Jika kamu kata
suami orang itu kamu sukai kerana agamanya, bercinta senyap-senyap di belakang
isteri dan anak-anaknya itu adalah kecurangan dan berdosa. Di mana suami orang itu meletakkan agamanya
ketika dia menyambut cinta kamu yang mungkin TERDESAK itu.
Cinta itu TANGGUNGJAWAB.
Mana mungkin kamu kata kamu cinta, tetapi kamu tidak mampu
bertanggungjawab!Astaghfirullahal Azeem............
Subscribe to:
Posts (Atom)