Thursday, November 24, 2011

Lapang sebelum Sibuk:019

Benar sekali kata Rasulullah, rebutlah 5 sebelum datangnya 5.  Salah satunya Lapang sebelum Sibuk.

Dahulu boleh saya katakan yang saya dapat bersolat jemaah dengan suami dan anak-anak 5 kali sehari.
Sekarang saya selalunya akan miss berjemaah 1atau 2 waktu solat.  Puncanya KH menangis hendak menyusu/ hendak tidur/ meragam.

Dahulu jika selepas solat Maghrib berjemaah, dapat juga saya mengerjakan solat-solat sunat, mengaji dan mengajar anak-anak mengaji.
Sekarang saya selalunya dapat mengajar mereka mengaji sahaja.  Sebabnya saya terkejar-kejar untuk menyusu KH dan memasak makan malam. 

Bila saya dapat mengaji?  Kadangkala semasa memandu ke tempat kerja dan jika sempat, pada waktu makan tengahari di pejabat.  Allah..Allah..Allah..semakin saya dikurniakan rezeki oleh Allah (baca:rezeki anak iaitu KH), semakin kurang pula amal ibadat saya.

Dahulu saya agak rajin bangun bertahajjud.
Sekarang saya selalunya miss untuk bangun awal (baca: ).  Jam berbunyi pun kadangkala saya tidak dengar.  Kalau dengar pun, saya mampu off kan saja.  Kalau pun saya dapat bangun, saya hanya menyusukan KH. 

Ya Allah, lemah sungguh hambaMu ini. 

Namun, di sebalik kesukaran pasti ada kemudahan/ jalan.  Allah memberi saya ilham bahawa pengurusan masa itu adalah maha penting.  Biar sedikit tetapi berterusan.  Biar sekejap tapi signifikan.

Doa saya selalu,
“Kurniakanlah kepada kami Ya Allah kekuatan dalam melaksanakan amal soleh yang Engkau redhai”.


Wednesday, November 23, 2011

Ingin & Makbul: 018

Ingin 1

Sejak kecil saya didedahkan dengan cerita-cerita Hindi.  Pengaruh kuat daripada nenek.  Beliau sangat meminati cerita-cerita Hindi.  Hari Sabtu ada tayangan filem Hindi pada jam 2 petang, dan nenek akan siap masak untuk makan tengahari seawal jam 10!  Beliau tidak mahu terlewat dan selalunya jam 12 tengahari beliau telah selesai makan.

Seperti yang diketahui, cerita-cerita Hindi selalunya berkisar kepada cinta antara 2 darjat.  Tak pun cinta anak polis dengan anak samseng.  Di situlah nanti timbulnya konflik.  Selalunya yang tak kaya/ samseng akan lebih kacak/ cantik/ baik dan menang akhirnya.  Saya terkesan.

“Saya takkan memilih darjat.  Tak ape lah kalaupun tak kaya ataupun pelajaran tak tinggi.  Yang penting dia baik dan elok paras rupanya”.

Makbul!

Ianya hanya bisikan hati setiap kali menonton cerita-cerita Hindi, namun Allah Maha Mendengar.  Alhamdulillah saya bertemu jodoh dengan suami saya dan beliau memang seorang yang sangat baik dan elok rupa parasnya, at least to me lah..handsome or not is a subjective kan? 

Ingin 2

Saya berangan-angan tentang kereta idaman apabila saya bekerja nanti.  Bisik hati saya,
“kalau kereta sederhana mahal, aku nak beli Wira Aeroback.  Kalau dah kaya nanti, aku nak beli Mercedes Benz”.

Makbul! Tetapi yang sederhana mahal lah, hahaha.  Sebabnya saya belum kaya- raya.

Bukankah ia menakjubkan?  Hanya dengan angan-angan seorang budak dan bisikan hati, Allah makbulkan.

Saya kira betul kata pakar-pakar motivasi, angan-angankan apa yang anda inginkan, nescaya akan berhasil akhirnya.

Tetapi, dah tua-tua macam ni, susah pula nak berangan-angan…..haih..daya imaginasi dah berkurangan.

Saya bersyukur pada hari ini kerana:

1) Dapat bertahajjud dan bersolat hajat.
2) Urusan dipermudahkan.  Benar sekali kata Allah, bangunlah bertahajjud dan Allah akan membantumu.
3) Dikurniakan umur yang panjang dan rezeki yang mencukupi.

Tuesday, November 22, 2011

Tahu dan Faham: 017

Ia seakan sama tetapi berbeza.

Senario 1

Saya TAHU bahawa seorang sahabat saya berkerjaya baik (lulusan Ijazah) dan mempunyai suami yang turut sama berkerjaya hebat namun saya tidak FAHAM mengapa beliau mesti bersusah payah berniaga sampingan?

Jikalau setakat menjual barangan secara online tanpa perlu mengetuk pintu rumah orang, dan sekadar mengisi masa lapang tidaklah mengapa, saya kira.  Tetapi, apabila ia melibatkan menerima tempahan membuat kuih dan kek seperti muffin, cheese tart dan cup cake, saya menjadi dua kali tidak FAHAM. 

Saya menjadi tidak FAHAM kerana:

1)      Adakah betul ianya kerana hobi maka ianya diusahakan secara gila-gila (baca: passion)?
2)      Adakah pendapatan isi rumah tidak mencukupi atau tidak merasa cukup dengan apa yang ada?
3)      Adakah semua orang perlu menceburi bidang perniagaan (trend of lifestyle/ generating side income) atau saya seorang sahaja yang tidak ambitious dan merasakan cukup dengan apa yang ada?
4)      Adakah berbaloi masa lapang dengan anak-anak dipendekkan, masa mengaji dan melihat kerja sekolah anak dipinggirkan dan diserah tugas kepada bibik semata-mata kerana sebab-sebab di atas?

Saya memegang satu kata-kata Allah,

"Wahai anak Adam, lapangkan MASA untuk beribadat kepadaKu dan Aku akan menutup kemiskinanMu.  Jika Engkau tidak melaksanakan demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan kerja dan Aku tidak akan menutup kemiskinanmu".

Senario 2

Saya TAHU beliau seorang kerani.  Saya selalu terserempak dengannya apabila menghantar anak ke sekolah.  Mula-mula beliau memakai kereta Kancil.  Dalam hati, saya tidak berkata apa-apa.  Lama-lama beliau mula menghantar anak ke sekolah menaiki kereta yang lebih besar iaitu Waja.  Hati saya berkata pula, “waah, dah naik Waja”.  Tidak lama kemudian, beliau telah memakai Toyota Wish pula.  Hati kecil saya terus berbisik, “banyaknya duit dia ye.  Saya pun belum mampu untuk memilikinya”.

Saya menjadi tidak FAHAM bagaimana beliau mampu memakai kereta berjenama mewah tersebut.


Lalu Allah menyedarkan saya dan saya berdoa memohon keampunan Allah di atas lintasan hati yang tidak baik serta berprasangka.  Serta merta juga saya difahamkan oleh Allah bahawa kemungkinan beliau  mempunyai side-income yang lumayan atau beliau telah naik pangkat dan mungkin juga suaminya seorang yang berpangkat besar.   Siapa tahu kan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.


Benarlah firman Allah di dalam Ayatul-Kursi bahawa “kamu tidak akan mengetahui apa-apa pun tanpa keizinanNya”.

Tahu dan Faham, ia seakan sama tetapi timbang taranya berbeza.

Bersangka baik lah dan ia pasti sedikit sebanyak menjaga lintasan hati yang secepat kerdipan mata.  Astaghfirullahal-a’zeem.
“Ya Allah, kurniakanlah kepada ku kefahaman yang luas dan aku berlindung kepadaMu daripada lintasan hati yang jahat”.

Saya bersyukur kerana:

1) Athirah seronok di Kem Hafaz Al-Quran
2) Saya telah dapat mengganti puasa semalam
3) Azeem menurut kata untuk terus belajar dan menulis
4) Khadijah Hani telah sihat daripada selsema dan batuk
5) Abang mengajar Azeem matematik dengan baik.

Monday, November 21, 2011

Kuning: 016



Benda dan perkara yang berkaitan dengan kuning selalunya digambarkan dengan perkara yang tidak baik.  Ia seperti diemejkan begitu.  Sebagai contoh sakit kuning, demam kuning, budaya kuning bahkan memakai baju berwarna kuning pun pernah menyebabkan kontroversi suatu ketika dahulu.

Imej yang baik tentang kuning hanyalah mungkin ianya pakaian diraja.

Saya ingin bercerita tentang sakit kuning.  Khadijah Hani (KH) mula menunjukkan yang dia terkena sakit kuning selepas 2 minggu dilahirkan.  It looked mild and neither me nor his abah thought that she should be brought to clinic.  Until a nurse came for regular check-up during my confinement asked us to seek a doctor.

Doktor di klinik kerajaan sama sekali tidak membenarkan saya untuk makan lauk pantang yang mengandungi banyak kunyit, bagi mengelakkan KH terus kuning.  Ikan mesti digoreng dengan tepung bagi menggantikan serbuk kunyit.  Halia dan lada hitam juga dilarang.  Tidak masuk akal, fikir saya.  Namun, saya turutkan sahaja kerana bimbangkan KH.

Beberapa kali mengambil darah, akhirnya bacaan kuning KH menurun dan doctor sahkan KH tidak perlu datang lagi untuk check darah.  Alhamdulillah, kami bersyukur dan lega.  Lalu saya mengambil kesempatan untuk bertanya kepada doctor yang bertugas tentang pantang larang makanan penyebab kuning.  Lagipun, kami ke klinik berbayar, elok tanya banyak soalan.

Saya                 : Doktor, anak saya dah sihat, so boleh saya makan lauk pantang?
Doktor             : Lauk pantang tu lauk apa?
Saya                 : Lauk yang panas-panas, yang banyak lada hidam, kunyit dan halia.
Doktor             : Owh, boleh.  Tak ada masalah.  Kenapa pula tak boleh makan?
Saya                 : Doktor kat hosp. kerajaan kata tak boleh.  It contributes to increasing jaundice level to baby.
Doktor             : Tiada kena mengena lah (sambil doctor tersenyum-senyum simpul).  Jaundice ni terjadi kerana sel darah merah yang pecah akibat baby dilahirkan.  Darah semasa dalam rahim tidak sama untuk survivalnya dengan suasana persekitaran.  Jadi, semua darah akan pecah menyebabkan kandungan dalam darah yang berwarna kuning juga turut dibebaskan.  Hati pula masih kecil untuk mengkumuhkannya dengan kadar segera, jadi bahan berwarna kuning itu circulate in the body for a quite a long time before being excreted out and blablablablablabla….
Saya                 : Owh begitu.
(Dalam hati nak tergelak besar pon ada.   Bagaimana seorang doctor mempunyai pandangan yang sangat kontra di antara satu sama lain, adakah kerana seorang bekerja dengan kerajaan manakala seorang lagi di swasta?)
Doktor             : Kita hanya tidak benarkan ibu-ibu mengambil jamu, ubatan lain seperti ubat periuk tu, ok.
Saya                 : Okay then.  Terima kasih doctor.

Jurnal Kesyukuran 21/11/2011

Saya bersyukur pada hari ini kerana:
1) Diberi kekuatan oleh Allah untuk bangun solat taubat & tahajjud
2) Dapat menghantar Athirah ke Kem Hafaz Al-Qur'an
3) Diberi kesihatan tubuh badan yang baik

Friday, November 18, 2011

Terbaik & Terhebat: 015

Abang-Part 3
Setelah ber-emel beberapa kali dengan Prof. Dr. S. tentang hajat saya, beliau berjanji untuk membantu.  Beliau juga meninggalkan nombor phone nya kepada saya.  Rupa-rupanya beliau sudah tidak lagi bekerja dengan UNICEF di Afghanistan.  Namun, beliau tetap akan membantu bagi mendapatkan Apricot seed itu.
Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.  Kami berjanji untuk bertemu di sebuah stesen minyak di PJ.  Saya membeli sebuah kotak coklat sebagai tanda terima kasih di atas usahanya.  Saya ingin membayarnya namun beliau tidak mahu menerima apa-apa atas bantuannya itu.  Beliau tahu bahawa kami sebenarnya sangat memerlukan wang yang banyak.  Saya merasa begitu.
Saya    : Terima kasih Prof., sebab susah payah tolong saya dapatkan buah ni.
Prof.    : Sama-sama, takde ape2 lah.  Alhamdulillah rezeki kamu, saya sempat catch-up flight student saya dari Iraq ke sini.  Kalau nak tunggu dia balik semula ke sana, tak tau lah bila.
Saya    : Ya Allah, ye ke Prof.? Terima kasih banyak-banyak sekali lagi atas usaha Prof.
               (Mata bergenang terharu dan sebak.  Orang yang kita tak pernah kenal, dihantar oleh Allah untuk membantu kita). 
Prof     : Rezeki kamu.  Risau juga kalau tak lepas di Imigresen sebab ia adalah biji benih and seed cannot be transported out of the country.  Memang rezeki kamu.  Kira smuggle jugak la ni.
Saya    : (Dalam hati, Masya Allah.  Sehingga ke tahap membahayakan diri dan melanggar undang-undang Prof. ni menolong saya, namun Allah Maha Berkuasa, mengizinkan apa-apa jua walaupun ia seakan misi mustahil). 
Okay Prof., Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik Prof. InsyaAllah jumpa lagi.
Saya berjabat tangan kemas dengannya, terhutang budi dan syukur di hati.  Benar sekali ayat Allah dalam surah al-Insyirah yang bermaksud, “setiap kesukaran pasti ada kesenangan/ kemudahan”.
Prof.    : Semoga mendapat kesembuhan.
Apricot seed dari Iraq--- seludup keluar --à transit di Iran -àMalaysia---jumlah berat hampir 2 kg.....

Jurnal Kesyukuran 17/11/2011
Saya bersukur kepada Allah kerana:
1. Anak saya Athirah berjaya mengekalkan kedudukan/ anugerah Mumtaz (cemerlang) untuk sekolah agamanya.
2. Kerja-kerja saya di makmal berjalan lancar.
3. Saya dapat beli thumbdrive Kingston 8 GB dengan harga RM 27.00
Emmm....semuanya duniawi pula..mungkin saya kene tambah senarai kesyukuran kepada 10?

Thursday, November 17, 2011

Jurnal Kesyukuran: 014

Saya mendapat pengajaran yang mendalam apabila mendengar Radio IKIM pagi tadi bagi ruangan Islam Itu Indah. 

It was my first time to hear about the program since it started at (read: it is an office hour, so I never get chance to listen to the radio).  I was on my way to post office to change my election location. That’s why la kan, ada chance dengar radio. 

Prof. Dr Muhaya memberikan beberapa pedoman yang sangat signifikan kepada saya.  Ia begitu terkesan di hati.

1)      Jangan jadikan ‘A’ sebagai KPI untuk anak-anak kita.  Tidak kisah berapa A anak kita dapat dalam peperiksaan, yang paling penting dia solat dan berkhlak mulia.  Katakan pada anak, dapatkan A yang banyak supaya nanti ia boleh digunakan untuk kamu menjadi doctor yang menyebarkan dakwah Islam.  Supaya nanti akhirnya ia akan menuju ke syurga Allah, kerana semua yang dilakukan adalah kerana Allah.
2)      Jangan berkata kerja yang banyak adalah BEBAN, sebaliknya ia adalah PELUANG
3)      Tengok baju kita, jangan sibuk tengok baju orang.  Bercakap perkara yang baik2 sahaja dan jangan menyampaikan cerita buruk sepanjang masa kerana orang yang sentiasa bercakap buruk sebenarnya mempunyai kehidupan yang buruk.
4)      Jangan bercakap sesuatu perkara yang orang lain tiada.  Kejayaan anak kita bukan untuk dibangga-bangga dan diceritakan kepada semua orang.  Hendaklah berjaya kerana Allah bukan untuk berbangga-bangga.
5)      Jangan memberi alasan kita tidak berjaya mencapai itu dan ini kerana mak ayah kita itu dan ini.  Jangan menjadikan kisah silam alasan bagi kita untuk terus berada pada tahap kita sekarang.
6)      Jangan biarkan sejarah masa silam dan kebimbangan masa hadapan sebagai penghalang kejayaan dan kemajuan hidup kita.
7)      Jangan takut dengan apa orang kata, takutkan apa Allah kata.
8)      Bagi menenangkan hati dan membuang perasaan benci, buatlah JURNAL KESYUKURAN setiap hari.  Tuliskan at least 3 perkara yang kita syukuri setiap hari dan selepas seminggu baca semula jurnal itu.  InsyaAllah hati akan tenang dan bersih daripada segala keburukan.

Untuk langkah pertama, saya akan tulis jurnal kesyukuran pada setiap hari bagi setiap entri saya.

Kesyukuran saya panjatkan kepada Allah pada hari ini kerana:
i)                    Umur dipanjangkan Allah dan kesihatan tubuh badan yang baik
ii)                   Sempat membuat sarapan mee goreng basah dan menyidai kain sebelum menghantar anak ke sekolah dan ke tempat kerja.
iii)                 Mengajak rakan-rakan untuk menunaikan umrah sementara nikmat/ujian kesihatan dan kekayaan yang berpanjangan.

Tazkirah dan bacaan al-quran adalah Makanan Akal, Hati dan Nafsu (MAHN).

Wednesday, November 16, 2011

Ujian 1: 013

Rasulullah bersabda yang berbunyi, “ Dua ujian yang seringkali manusia lupakan iaitu nikmat kekayaan dan nikmat kesihatan”.

Benar sekali kata-kata Rasulullah itu.  He is a super genius.  Manusia jarang sekali sedar bahawa kekayaan dan kesihatan yang baik kurniaan Allah itu adalah juga ujian daripadaNya.

Allah ingin melihat samada hamba-hambaNya bersyukur atau tidak dengan kurniaanNya dan menggunakan kurniaan itu pada jalan yang diredhaiNya.

Saya melihatnya dari sudut lebihan wang gaji.  Dengan lebihan gaji itu, adakah kita merasa cukup dengan apa yang kita miliki (baca: bersifat qana’ah)?  Ramainya tidak qana’ah.  Kadangkala saya juga tewas untuk qana’ah bila mana duit melambak di dalam tangan. 

Sebagai contoh, ramai sekali yang menaik taraf kemampuan alat telekomunikasi mereka berkali-kali sedangkan ia hanya berupa KEMAHUAN semata-mata, bukannya KEPERLUAN.  Kecanggihan alat telekomunikasi ini tidak akan berhenti, begitu juga manusia yang tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada.

Simpanlah lebihan wang gaji itu, walaupun hanya RM 100 sebulan.  Jika dikumpul sikit-sikit, lama-lama akan menjadi banyak juga.  Lama-lama akan cukup juga, kalaupun tidak untuk melaksanakan haji, sekurang-kurangnya memadai untuk menunaikan umrah.  Tidak teringinkah kita untuk mengunjungi tanah yang paling dicintai Allah dan rasulNya iaitu Makkah dan Madinah?  Tidak teringinkah kita menjejakkan kaki di tanah asalnya iman kita sebagai seorang Islam?

Saya ingin ke sana lagi, insyaAllah mudahkan lah ya Allah.