1) Makan2
Di pejabat kecil kami, ada collection RM 5/ bulan. Ia hanya untuk kebajikan staf. Untuk hadiah kahwin kali pertama, anak pertama, perpisahan, tukar tempat kerja, pencen, ihsan kematian dan jamuan perpisahan. Namun, ianya sukar diperolehi.
Tapi, bila bab makan-makan jamuan perpisahan/ pencen, ada pula muka-muka yang tak bayar ini, yang paling bagus, mereka lah yang paling depan dan bergaya. Menjadi pemula menceduk makanan.
Masya-Allah, kalaulah yang tidak membayar itu SAYA, insyaAllah saya tidak akan ada di situ kerana MALU.
"Sesungguhnya kiamat itu semakin dekat apabila orang yang melakukan DOSA tidak merasakan ia satu DOSA."
Pada saya, ia DOSA HUTANG dan ia dosa yang BERAT!
2) Pangkat
Suami saya bekerja sendirian selepas rakan sekerjanya naik pangkat.
Letih. Penat. Sibuk sepanjang masa sehingga sms saya pun tidak sempat untuk dibalas.
Sesesorang akan menjadi partner nye nanti. Besar harapan seorang isteri dan anak2 agar suami dinaikkan pangkat mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan rakan sekerjanya. Ia sebagai reward untuk kerjanya selama lebih 10 tahun dengan dedikasi dan integriti yang tinggi.
Namun, ada cerita2 lain yang kurang enak. Seseorang dari luar (baca: yang langsung tiada pengalaman) akan dibawa masuk sebagai partner nye, bukan sebagai staf baru, sebaliknya mengisi kerusi Supervisor yang ditinggalkan.
Ya Allah, saya memohon perlindungan denganMU daripada penganiayaan pihak atasan terhadap suami saya.
Sabar dan Qana'ah itu Keredhaan. Ianya adalah himpunan kisah saya dan keluarga, sebagai ingatan dan kasih sayang yang berpanjangan. Ia adalah sebuah jurnal kesyukuran!
Showing posts with label Azr. Show all posts
Showing posts with label Azr. Show all posts
Friday, April 6, 2012
Wednesday, April 4, 2012
Ianya 80:33
Ia harga yang perlu dibayar untuk seorang cancer survivor bagi fund rising dinner.
Mustahil berbaloi untuknya.
Mustahil mampu untuknya.
Mustahil untuknya hadir.
Ia satu anjuran murni sebuah NGO untuk semua pesakit kanser. Seperti kebanyakan NGO kebajikan, ia menyediakan komuniti sokongan untuk pesakit dan keluarganya. Untuk berkongsi perasaan dan cerita kesembuhan serta amalan terapi diri masing-masing.
Suami saya tidak berminat. Berkongsi kisah dengan peer-support juga dia keberatan. Bukan kedekut ilmu tentang dirinya yang seorang survivor, namun kerana sebab di ataslah menjadikan dia lebih suka membina kekuatan dan motivasi sendiri. Tambah pula dia seorang yang agak pendiam, memang sukar untuk bersembang-sembang.
Saban bulan belanja perubatan dan health maintenance yang agak tinggi perlu dikekalkan, ditambah pula dengan belanja tambahan (baca:bersifat sekali sekala) di atas, mana rasionalnya RM 80 itu.
Ia belanja makan kami seminggu!
Mustahil berbaloi untuknya.
Mustahil mampu untuknya.
Mustahil untuknya hadir.
Ia satu anjuran murni sebuah NGO untuk semua pesakit kanser. Seperti kebanyakan NGO kebajikan, ia menyediakan komuniti sokongan untuk pesakit dan keluarganya. Untuk berkongsi perasaan dan cerita kesembuhan serta amalan terapi diri masing-masing.
Suami saya tidak berminat. Berkongsi kisah dengan peer-support juga dia keberatan. Bukan kedekut ilmu tentang dirinya yang seorang survivor, namun kerana sebab di ataslah menjadikan dia lebih suka membina kekuatan dan motivasi sendiri. Tambah pula dia seorang yang agak pendiam, memang sukar untuk bersembang-sembang.
Saban bulan belanja perubatan dan health maintenance yang agak tinggi perlu dikekalkan, ditambah pula dengan belanja tambahan (baca:bersifat sekali sekala) di atas, mana rasionalnya RM 80 itu.
Ia belanja makan kami seminggu!
Monday, January 9, 2012
Diam Lebih Baik: 023
Sepatutnya saya berterusan begitu. Mak pun memesan banyak kali.
“Awak jangan cakap apa-apa kalau bersembang atau ‘bergosip menceritakan keburukan / salah laku ipar duai yang lain’, diam aje, jangan mengiakan. Kalau ditanya pendapat awak, jawab aje entah/ tak taulah nak cakap apa. Paling tidak pun, awak senyum aje, macam takde hal.”
“It’s same when you talk with your MIL and FIL”
Sepatutnya saya taat dengan nasihat mak.
Namun, apabila usia perkahwinan mencecah 10 tahun, bila mana hubungan semakin mesra dan rapat dengan keluarga suami, saya mula mengabaikan sedikit demi sedikit nasihat mak. Saya mula berasa selesa memberikan pendapat bila MIL atau FIL meminta pandangan. Saya mula seronok dan merasakan ia lebih mengeratkan hubungan. Senang cerita, saya merasakan dengan pendapat dan pandangan saya, MIL dan FIL lebih menyenangi saya dan bersifat lebih terbuka dengan menantu. Saya bukan memburuk-burukkan sesiapa. Tidak pernah terlintas sekalipun di hati begitu.
Sepatutnya saya tidak bercakap apa-apa.
Kata SIL 1, MIL bercerita dengannya tentang SIL 2 dan berterusan menyebut nama saya. Saya kata itu, saya kata ini. I said this, I said that. SIL 1 kata, dia tidak kisah sebab ia bukan kisahnya. Tapi, kalau MIL bercerita dengan SIL 2, bagaimana jadinya hubungan saya dengan SIL 2? Walaupun apa yang saya kata adalah kisah benar, namun akibatnya sangat dasyat bila ia disampai-sampaikan/ dipanjang-panjangkan. Haih, menyesalnya saya. Saya memang tidak menyangka begitu jadinya. Walaubagaimanapun, saya sangsi pula dengan SIL 1. Betulkah, atau dia saja nak memburukkan MIL?
Sepatutnya saya tidak perlu masuk campur masalah keluarga suami.
Saya hanya memberikan pendapat setelah suami kata saya perlu berbuat demikian. Mesti menceritakan kebenaran itu walaupun pahit kerana akibat TIDAK memberitahu adalah lebih TERUK daripada berdiam diri. Suami kata “yes, you should”.
Sepatutnya saya ingkar kata-kata suami?
“Ya Allah, saya berlindung denganMu daripada fitnah hidup, dosa percakapan dan lintasan hati yang jahat. Janganlah Engkau memberi kami beban yang tidak perlu dan tidak tertanggung”.
Friday, November 18, 2011
Terbaik & Terhebat: 015
Abang-Part 3
Setelah ber-emel beberapa kali dengan Prof. Dr. S. tentang hajat saya, beliau berjanji untuk membantu. Beliau juga meninggalkan nombor phone nya kepada saya. Rupa-rupanya beliau sudah tidak lagi bekerja dengan UNICEF di Afghanistan. Namun, beliau tetap akan membantu bagi mendapatkan Apricot seed itu.
Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Kami berjanji untuk bertemu di sebuah stesen minyak di PJ. Saya membeli sebuah kotak coklat sebagai tanda terima kasih di atas usahanya. Saya ingin membayarnya namun beliau tidak mahu menerima apa-apa atas bantuannya itu. Beliau tahu bahawa kami sebenarnya sangat memerlukan wang yang banyak. Saya merasa begitu.
Saya : Terima kasih Prof., sebab susah payah tolong saya dapatkan buah ni.
Prof. : Sama-sama, takde ape2 lah. Alhamdulillah rezeki kamu, saya sempat catch-up flight student saya dari Iraq ke sini. Kalau nak tunggu dia balik semula ke sana, tak tau lah bila.
Saya : Ya Allah, ye ke Prof.? Terima kasih banyak-banyak sekali lagi atas usaha Prof.
(Mata bergenang terharu dan sebak. Orang yang kita tak pernah kenal, dihantar oleh Allah untuk membantu kita).
Prof : Rezeki kamu. Risau juga kalau tak lepas di Imigresen sebab ia adalah biji benih and seed cannot be transported out of the country. Memang rezeki kamu. Kira smuggle jugak la ni.
Saya : (Dalam hati, Masya Allah. Sehingga ke tahap membahayakan diri dan melanggar undang-undang Prof. ni menolong saya, namun Allah Maha Berkuasa, mengizinkan apa-apa jua walaupun ia seakan misi mustahil).
Okay Prof., Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik Prof. InsyaAllah jumpa lagi.
Saya berjabat tangan kemas dengannya, terhutang budi dan syukur di hati. Benar sekali ayat Allah dalam surah al-Insyirah yang bermaksud, “setiap kesukaran pasti ada kesenangan/ kemudahan”.
Prof. : Semoga mendapat kesembuhan.
Apricot seed dari Iraq--- seludup keluar --à transit di Iran -àMalaysia---jumlah berat hampir 2 kg.....
Jurnal Kesyukuran 17/11/2011
Saya bersukur kepada Allah kerana:
1. Anak saya Athirah berjaya mengekalkan kedudukan/ anugerah Mumtaz (cemerlang) untuk sekolah agamanya.
2. Kerja-kerja saya di makmal berjalan lancar.
3. Saya dapat beli thumbdrive Kingston 8 GB dengan harga RM 27.00
Emmm....semuanya duniawi pula..mungkin saya kene tambah senarai kesyukuran kepada 10?
Tuesday, November 15, 2011
Terbaik & Terhebat: 012
Abang-Part 1
Saya teringat sembang AM Krew HotFm yang bercerita tentang peristiwa yang mengubah hidup.
Topik itu memberi kesan kepada saya. Teringin betul untuk menelefon HotFm, tapi sedang memandu pula. Banyak imbasan bermain-main di dalam kepala saya. Banyak benda berubah selepas peristiwa itu.
Ianya peristiwa dan episod kesedihan yang sangat besar, menuntut tahap kesabaran dan iman yang maha tinggi. Memakan belanja tanpa terhitung jumlahnya. Seringkali air mata ditelan dan ditahan agar tidak tumpah, agar abang terus bersemangat Namun, seringkali juga ianya terhambur keluar, tetapi bersendirian memujuk diri.
Selepas peristiwa itu, saya telah menjadi orang yang sangat berani untuk bertanya apa sahaja kepada sesiapa sahaja. Cakap saja siapa yang perlu dihubungi, insyaAllah saya akan berkomunikasi dengan orang itu.
Salah satu perkara yang saya tidak menyangka saya berjaya lakukan adalah keizinan Allah kepada saya untuk berkomunikasi dengan orang yang langsung tidak saya kenali, ianya pula hanya melalui alam maya dan saya telah meminta pertolongan yang besar daripadanya.
Abang-Part 2
Melalui pembacaan dan bantuan rakan-rakan dalam memberi info berkenaan rawatan penyakit yang merbahaya itu, saya bertekad untuk mendapatkan biji buah aprikot atau apricot seed. Merata saya mencarinya, tapi mungkin sebab bukan musimnya, biji itu tidak ditemui di mana-mana. Dengan siapa2 sahaja juga saya berpesan, sekiranya terjumpa biji aprikot, tolong belikan untuk saya.
Sukarnya mendapatkan biji aprikot itu juga adalah ujian kecil bagi kami sekeluarga, namun ujian ini tidak terbanding dengan ujian peristiwa itu.
Ketua saya pada masa itu seorang pengamal perubatan alternatif yang tegar. Kalau ada masa terluang, selalu juga beliau memberikan buah fikiran tentang rawatan-rawatan yang tidak perlu menggunakan bahan kimia (drug).
Saya ceritakan padanya tentang biji aprikot dan kesukaran untuk mendapatkannya. Lalu beliau memberikan nama dan alamat sahabatnya, seorang wakil UNICEF di Afghanistan untuk dihubungi. Buah aprikot adalah buah yang begitu banyak dan mudah didapati di sana. Ia seperti buah pisang di Malaysia. Ia selalu ada.
Syukur ya Allah kerana memberi laluan dan jalan untuk mendapatkan apa yang saya hajati. Saya pasti akan menghubungi sahabat ketua saya itu, Prof. Dr. S.
Subscribe to:
Posts (Atom)