Tuesday, January 8, 2013

La Taghdob=Jangan Marah:88

Cara Rasulullah mengurus MARAH adalah dengan cara duduk jika semasa marah baginda berdiri.  Baring jika marah masih belum reda setelah duduk.  Jika semasa berbaring pun marah masih tidak berkurang, baginda mengambil wuduk.

Marah itu angkara syaitan dan syaitan itu daripada API. Ia padam dengan AIR.  Oleh sebab itu baginda berwuduk.  Rasulullah kemudiannya solat sunat 2 rakaat.

Ianya sempurna dan ianya langkah demi langkah.  Ia sukar kerana kita acapkali ingin menghambur keluar kemarahan dengan segera kerana kita sering menyangka, lepas kita marah-marah, kita akan lega sebab semua yang terpendam berjaya diluahkan.

Kita tidak melihat kesan selepas marah.  Yang kita pentingkan apa yang kita ingin capai SEMASA marah!

Saya menceritakan step by step ini kepada anak-anak.  Namun saya juga sesekali terlanjur marah.

"Azeem, ambik buku praktis, kita buat latihan sikit". Dialog popular bila cuti sekolah.

Azeem seperti selalu protes, sebab dia nak main saja.  Dia marah kerana terganggu program main-main dia.

"Tak baik Azeem marah-marah.  Ni mesti syaitan suruh Azeem marah.  Allah suka kalau Azeem belajar, tapi syaitan tak suka.  Sebab syaitan memang tak nak bagi Azeem pandai.  Azeem mesti nak pandai kan?"

Pujuk saya seperti selalu.

Azeem mendengus-dengus...kalaulah dia naga, mesti terpercik api dari hidung dan mulutnya.  Saya memang bergurau dengannya berkenaan naga itu kerana dia selalu begitu!

Lama kemudian Azeem bangun dan masuk ke bilik air.  Lama dia di dalam bilik air.

Saya tegur dia, "Azeem merajuk ye?"  Dia diam tak menjawab.  Saya biarkan saja.

He needs some alone time.

Saya meneruskan kerja seperti biasa (kerja mak-mak lah).

"Ibu tau tak Azeem buat apa dalam tandas lama tadi?.  Tiba-tiba dia datang bertanya.  Terganggu urusan saya dengan FB. Hahaha..

"Tak tau.  Tapi Azeem lama kan.  Ibu rasa Azeem merajuk kat ibu la kot".

"Azeem ambik wuduk! Sbb tadi Azeem marah-marah kan. Ibu kata nabi ambik wuduk bila marah".

"Waaah..iye ke? Bagusnya Azeem, kawal marah ikut Nabi.".  Saya respon dengan terujaan yang melampau-lampau!

"Lepas tu Azeem solat sunat 2 rakaat, yang Azeem tutup pintu bilik tu". Dia sambung lagi cerita.

"Waaah...bagusnya Azeem..Sekarang Azeem dah tak marah kan?  Sbb syaitan dah lari masa Azeem solat.  Azeem pun mesti nak buat keje praktis kan sbb syaitan dah takde nak goda Azeem belajar!"  

Saya memuji-mujinya sambil senyum sampai ke telinga.

Akhirnya pelajaran telah dipraktikkan.  Ibunya entah bila nak buat macam tu bila marah?

No comments:

Post a Comment

What Say U?