Saturday, March 31, 2012

Kisah pendek: 031

1)      Top Research Scientist Malaysia Database: Harnessing the Best Minds .
It has been a great opportunity to be invited to the launching ceremony of the database said above, organized by Academy Science of Malaysia and held at PICC@Putrajaya.  Me as a Top Research Scientist in Malaysia? Hahaha, of course I am interested to be listed in the database.  Layak? Wallahua’lam and maybe it is too soon to tell.  InsyaAllah I will be there soon.  Right now, populate the database!

2)    Anak angkat
It is for my sister, actually.  She has been married for ten years now and still does not show any signs of having a baby.  I hope Allah will grant her at least A CHILD, so that the anak soleh will pray for them after they died, and that is a must DOA I recite in every Dhuha prayer.  Now, I booked for her a baby boy from Jabatan Kebajikan Masyarakat.   I told her to ask Allah for His Merciful and grant them the adopted baby, very soon.  

Thursday, March 29, 2012

Ujian-sebagai tanda kasih Allah:030

Ia adalah artikel untuk buletin keagamaan di tempat kerja saya.  Seperti biasa, tajuk yang diamanahkan untuk saya adalah bersifat AM!

Apabila semua usaha dan penat lelah telah dicurahkan untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan, ketidakberhasilan seperti yang diharapkan pasti akan mengundang kecewa.  Semakin besar usaha dan pengorbanan, semakin dalam kecewa dan berat bebanan akal dan perasaanya.

Situasi yang sama dilalui oleh kita sebagai penyelidik.  Pada masa itu, kita akan berfikir dan berkira-kira bahawa formula dan teknik kita telah tepat dan bancuhan baja kita adalah yang paling bagus. Tapi mengapa masih tidak menjadi?

Ingatlah tatkala Allah menerangkan satu perumpaan tentang betapa segala sesuatu yang berlaku itu adalah di atas kuasa Allah,  melalui surah al-Kahfi ayat 32 hingga 44. 

Ia menceritakan perihal dua saudara, seorang kafir bernama Qathrus dan seorang mukmin bernama Yahuza.  Mereka mendapat harta pusaka berjumlah 4000 dinar seorang, di mana Yahuza telah menghabiskan wang tersebut untuk amalan kebajikan manakala Qathrus telah mengumpul kekayaan dengan membeli tanah untuk menanam tanaman seperti anggur, kurma dan pelbagai tanaman lain lagi.  Tali air turut merentangi kebunnya bagi mengairi tanamannya. 

Kekayaan Qathrus telah berlipat kali ganda sehinggakan dia menempelak Yahuza yang hidup dalam serba sederhana.  Qathrus juga dengan angkuhnya mengatakan bahawa tanamannya ini akan kekal abadi dan subur kerana usaha-usahanya membaja dan mengairi tanamannya.  Berkata pula Yahuza bahawa jika Allah mengkehendaki sesuatu itu tidak menjadi, tidak kira betapa bagus usaha dan formula yang digunapakai, pasti tidak akan berhasil.  Dia meminta Qathrus menyedari kealpaan sikapnya itu. 

Tidak lama kemudian,  musibah melanda Qathrus menyebabkan habis kesemua tanamannya musnah sama sekali.  Pada masa itu, dia hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya, seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku.  Menyesal benar dia kerana angkuh kepada Allah selama ini. 

Menjadinya tanaman bukan hanya kerana benihnya, bajanya, pengairannya dan ketepatan tanamannya tetapi yang paling penting adalah SIAPA yang menumbuhkannya dan yang menyebabkan ianya MENJADI.

Allah juga telah berfirman di dalam surah al-Kahfi ayat 23 hingga 24 yang bermaksud:
”Janganlah engkau mengatakan tentang sesuatu urusan bahawa esok saya akan laksanakan melainkan dengan mengucapkan DENGAN IZIN ALLAH.  Ingatlah Tuhanmu, jika engkau lupa; dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku menunjukiku dengan petunjuk kepada yang lebih dekat kebenaran daripada ini”.

Pada masa segala formula telah tepat dan usaha juga mantap, namun keberhasilan belum tiba, ingat pada ibu tercinta, mungkinkah ada terselit rasa kecil hati di sanubarinya tentang tingkah kita yang semakin mengabaikannya kerana kesibukan kita mengejar ’deadline’ kerja.  Pada masa Allah menguji hambanya yang baik-baik, Dia ingin mengangkat darjatnya.  Pada masa Allah menguji hambanya yang kurang baik, Dia ingin memberi amaran agar hamba itu insaf dan bertaubat. 

Tuesday, March 27, 2012

Boleh ‘wish’ perayaan ‘non-muslim’? :029

Ia adalah artikel saya sempena keluaran Disember 2011, inspirasi daripada artikel Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Hal ini seringkali didebatkan dan dibincangkan samada boleh atau tidak boleh.  Ada kata boleh dengan tujuan berdakwah tetapi majoroti mengatakannya tidak boleh, haram dan ianya adalah bermakna kita bersetuju dengan agama selain Islam. 

Lalu, jadilah kita warga muslim yang kaku dan kejung, seperti tidak berperasaan kepada rakan taulan yang beragama bukan Islam sewaktu perayaan mereka berlangsung.  Sedangkan kita setiap hari dikelilingi mereka, samada di tempat kerja atau di kawasan kejiranan kita. 

Warga non-muslim ini pula memandang dan menilai kita yang muslim ini sebagai ‘un-friendly’, Islam tidak mengajar penganutnya berkasih-sayang dan bersahabat serta banyak lagi pandangan buruk yang lain.  Sudahnya, Islam juga yang tercemar, nampak tidak lengkap dan buruk.

Jadi, ,mengapa tidak kita mengambil peluang untuk berdakwah kepada mereka semasa sambutan perayaan mereka?  Bila lagi kita berpeluang untuk berbicara tentang Islam kalau tidak semasa itu?  Hendak harapkan kita datang kepada mereka dan berbincang tentang agama, memang sampai bila-bila belum ada keberanian.  Pelbagai alasan.  Belum ada ilmu yang tinggi untuk berbicara dan membimbing, belum ada perkataan yang sesuai untuk mengajak kepada Islam, belum ada masa yang sesuai dan segalanya belum ada!

Umat Islam harus sudah mampu keluar daripada perdebatan ini, daripada berulangkali berlegar-legar kepada skop fiqh, bergeraklah kepada melihat ia sebagai ruang berdakwah.    Sebagai contoh, fatwa mengharamkan kita mengucapkan “Merry Christmas” dan “Happy Christmas”, maka kita ucapkanlah “have a good holiday” atau “wish you a good Christmas holiday” atau “A greeting from your Muslim friend”. 

Ungkapkanlah juga sesuatu yang islamik, pada membicarakan tentang Isa dan Maryam (perihal perayaan Krismas) yang boleh diambil dari petikan-petikan al-Quran.  Seperti firman Allah di bawah ini yang bermaksud,

“(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di Dunia dan di Akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah daripada orang-orang yang soleh.” [Aal 'Imraan -46]

Bukankah indah ayat ini?

Beritahu rakan taulan Kristian kita bahawa Muslim juga memuliakan Jesus dan Mary melalui risalah Rasulullah s.a.w. yang telah memurnikan kepercayaan kita mengenainya.  Ajaklah mereka kepada Aqidah yang lebih memurnikan cinta seorang Mukmin kepada sekalian Rasul, termasuk Isa dan ibunya Maryam.

Fatwa dan ijtihad banyak mengambil kira persekitaran, kondisi dan konteks.  Akan menjadi susah apabila perbezaan dan perubahan persekitaran, kondisi dan konteks tidak diambil kira.  Paling susah apabila fatwa yang berasaskan kepada beberapa disiplin ilmu, diambil fatwa itu TANPA ILMU.

Sunday, March 25, 2012

Jamuan naik pangkat & dapat anugerah: 028

Ianya sinonim dengan tempat kerja saya.  Sesiapa yang mendapat kenaikan pangkat atau anugerah, selalunya akan buat makan-makan tanda berkongsi nikmat dan rezeki.  Dan ianya bukan kos yang sedikit.  Dengan staf seramai 60 orang, jumlah perbelanjaan yang harus dikeluarkan adalah lebih kurang dalam RM 600. ++, bergantung kepada menu yang selalunya mencecah RM 10 untuk satu kepala.  Selalunya ia adalah makan tengahari!   
Kalau ramai yang dapat naik pangkat atau anugerah, maka bolehlah share (tong-tong) belanja kawan-kawan makan.
Pada saya, ia adalah satu aktiviti yang baik, iaitu berkongsi kegembiraan dan rezeki yang Allah beri.  Namun, meminta dan provoke mereka yang cemerlang ini untuk buat kenduri adalah sesuatu yang tidak sihat!
Belanja makan adalah atas niat sukarela.  Merasa ingin berkongsi gembira dan nikmat.  Tetapi, jika telah meminta-minta (baca: tiap kali terserempak, pasti soalan biasa ditanya; bila nak buat kenduri?), ia akan menjadi suatu yang TERPAKSA.  Terpaksa buat sebab telah diminta- minta.  Jangan kerana kita buat, maka kita hendak orang lain buat juga.  I adalah SUKARELA.
Pada saya, kedudukan dan keperluan kewangan adalah berbeza-beza.  Ada orang mampu belanja dan ada orang kurang mampu.  Malah kenaikan gaji kerana naik pangkat yang tidaklah seberapa (baca: tidak sampai riban-riban pun) dan hadiah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang hanya RM 1000 itu kadangkala telah dirangka program oleh penerimanya (empunya diri) untuk kegunaan tertentu. 
Bayangkan jika dia telah berkira-kira untuk membeli mesin basuh berharga RM 700. ++ dengan hadiah APC nya, tiba-tiba didesak untuk membuat makan-makan yang menelan belanja RM 600.++,  bagaimana harus keputusan dibuat?  Jika tidak dibuat, ianya akan disebut-sebut orang sehingga ke beberapa generasi!  Jika dibuat pula, tah bila pula isteri di rumah dapat merehatkan tangan daripada memberus kain?
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. pernah bersabda;
“Orang yang paling baik adalah orang yang memudahkan urusan orang lain”.
Saya menyeru diri saya dan semua, cukup-cukuplah kita menyusahkan hati orang dengan gurauan kita;
“Haih, dah naik pangkat ni, taknak2 ke buat kenduri?”
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. juga bergurau, tetapi gurau baginda adalah gurauan yang BENAR belaka!  

Friday, March 23, 2012

Mengapa begini? Mengapa Tidak Begitu? :027

Ia adalah artikel saya untuk terbitan leaflet keagamaan.  Edarannya pula semasa Maulidurrasul.  Tajuk yang saya selalu kena tulis adalah tajuk am.  Saya menyukainya!  Sebabnya saya merasa bebas untuk menulis, walaupun skop/ tema telah ditentukan.  Berbeza sekali jika kita diberi tajuk seperti Khasiat Sup Ekor.  Skop ceritanya pasti tertumpu kepada khasiat!

Mengapa begini? mengapa Tidak Begitu?

“Apalah nasib saya?” 
“Apalah salah saya?” 
Keluhan demi keluhan. 
Segala rancangan telah diusaha dan segala formula kejayaan telah digerakkan, namun keputusan yang diidamkan masih juga belum menampakkan hasil.
·         Ada orang mengeluh tiada anak, TETAPI ada orang masih belum berpunya mahupun berkahwin.
·         Ada orang mengeluh anak-anak tidak pandai, TETAPI ada orang yang langsung tidak mempunyai anak.
·         Ada orang mengeluh tidak mampu berjalan-jalan ke luar negara, TETAPI ada orang tiada kaki pun untuk berjalan.
·         Ada orang mengeluh tidak mampu tinggal di rumah teres dua tingkat, TETAPI ada orang yang hanya mampu tinggal di rumah setinggan.
·         Ada orang mengeluh tidak mendapat pekerjaan setaraf dengan kelulusan, TETAPI ada orang yang langsung tidak mempunyai pekerjaan.
·         Ada orang mengeluh gaji tidak setimpal dengan pekerjaan, TETAPI ada orang langsung tiada pendapatan.

Merasa de-moralize dengan kegagalan? Janganlah begitu.

·         Menyedari bahawa urusan REZEKI adalah di tangan Allah, HATI pasti akan tenteram. 
·         Meyakini bahawa ia REZEKI YANG DITANGGUH oleh Allah, HATI  pasti akan tenang.
·         Menginsafi bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang TERBAIK buat hambaNya, HATI pasti akan bersyukur.
Kata kuncinya adalah SYUKUR.
“Nasib saya tidak baik?” 
Sesungguhnya tiada istilah nasib baik dan nasib buruk.  Orang yang hatinya bergantung kepada Allah dengan selalu berdoa kepadaNya akan memandang kejayaan dan kegagalan sebagai ketentuan daripada Allah.  Bahawa semuanya adalah daripada Allah.
·         “Alhamdulillahirabbil-aalamin, bab yang saya baca masuk dalam peperiksaan.  InsyaAllah berjaya”.
·         “Nasib baik aku baca bab tu, gerenti cemerlang lah keputusan kali ni”.
Ia kedengaran sama tetapi ia perbezaan yang sangat signifikan.
Marilah kita renung bersama-sama ayat-ayat Allah, semoga hati kita zuhud dan qana’ah (merasa cukup) dengan apa yang kita ada.
“Kamu telah diLALAIkan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan  BERLUMBA-LUMBA untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (HARTA BENDA, ANAK-PINAK, PANGKAT dan PENGARUH), sehingga kamu masuk kubur.  Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!  Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!”
·         (At-Takaasur: 1-3)
“Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!”
·         (At-Takaasur: 8)
Akhir sekali, jika jawapan kepada kegagalan belum ditemui, carilah jawapan itu dengan ibu-bapamu.  Mungkin ada hati yang terluka, mungkin ada hati yang kecewa dan mungkin ada hati yang menderita kerana tingkah mu.  Mohon maaf dengan segera, nescaya kemaafan ibu bapa adalah keampunan Allah dan dengan sebab itu pintu rezeki akan dibuka buatmu seluas-luasnya.

Wednesday, March 21, 2012

KH mendahului masa kakak dan abangnya: 026

KH membesar pantas.  Sama pantas dengan peredaran masa, barangkali.
Dalam usia 5 bulan, KH sudah pandai memegang botol susunya sendiri.  Saya sebagai ibu, agak kagum dengan perkembangannya.  Saya gunakan perkataan ‘agak’ kerana saya tak pasti adakah ia perkembangan normal ataupun mendahului masanya.
Bila usia KH 5 bulan setengah, dia mula meniarap.  Saya agak kagum juga.  Dua kali agak kagum.  Bukannya apa, saya tidak membuat kajian dengan baby orang-orang lain dan saya juga terlupa pada usia berapakah abang dan kakaknya boleh meniarap.  Maklum saja, sudah 6 tahun beranak dua sahaja.  Banyak memori bayi mereka telah saya lupa.
Pada usia 6 bulan, KH sudah boleh merangkak!  Dia sangat laju, kejap saja sudah sampai ke dapur.
Sekarang usianya 7 bulan, satu gigi bawah kanannya telah pun tumbuh.  Cepat benar rasanya!  KH pun sudah mula berdiri dan memaut kaki kami ataupun berdiri di tepi sofa/ kaki katil/ apa sahaja yang boleh membuatkan dia berdiri.  Kalau dipimpin kedua-dua tangannya, KH melangkah setapak demi setapak.
Alhamdulillah.  Terima kasih ya Allah. 











Lalu, nikmat Allah yang manakah kamu dustakan?

KH demam, selsema dan batuk










“Ibu, kenapa adik KH demam?  Dia tak kena hujan pun kan?”  Tanya Azeem. 
Anak lelaki saya seorang ini seorang pemerhati dan mempunyai pemikiran yang kritis.  Dia juga tidak gemar sesuatu yang rutin dan selalu melanggar undang-undang!
“Orang tua-tua kata kalau baby demam ke, selsema ke, batuk ke, tandanya dia nak dapat sesuatu.  Macam nak dapat jalan, dapat gigi, dapat cakap”.
“Tapi, kenapa demam?”. Dia masih tidak berpuas hati.
“Ibu rasa ia sebagai tanda kasih Allah supaya kita semua, ibu, abah, Angah dan Along sedar yang adik telah pandai sesuatu atau nak dapat sesuatu.  Sebagai contoh, bila adik demam, kita akan mencari kenapa dia demam kan?  Tiba-tiba kita tengok gigi adik dah tumbuh satu!  Cuba kalau Allah tak bagi adik demam/ selsema/ batuk, kita semua akan terlepas saat-saat penting adik membesar”.  Cerita saya panjang lebar.
“Hari tu adik cirit-birit, dia nak pandai apa pulak bu? Tanya Azeem lagi.
“Sebabnya mungkin makan banyak sangat, Azeem kan tau adik KH tu sangat suka makan.  Tapi, mungkin juga Allah nak ringankan sikit badan adik yang bam-bam tu supaya dia cepat dapat berjalan”.
Subhanallah.  Lalu, nikmat Allah yang manakah kamu dustakan?

Monday, March 19, 2012

Bekerja atau surirumah lebih penat?: 025

Salam to all.
Bersarang selama 2 bulan!  Banyak nak tulis isi hati dan pandangan tetapi masa itu sungguh mencemburui.
"Ya Allah, kurniakan lah saya KEBERKATAN masa".
Saya seorang ibu yang bekerja.  Peluang bersembang dengan jiran-jiran yang menjadi surirumah hanyalah sewaktu mereka berada di luar melihat anak-anak bermain pada waktu petang .  Selalunya dalam jam 6.30 petang, saya akan sampai di rumah.
Bersembang hanya bertanya khabar, gelak sikit-sikit dan saya meminta diri untuk masuk ke rumah.  Dalam kepala ligat berfikir nak masak apa, nak buat itu ini, sempat ke tidak dan macam-macamlah lagi yang biasa difikirkan oleh ibu-ibu lain.
“Masuklah Yu, ngko pun dah penat, baru balik keje.  Akak paham”.  Kata seorang jiran yang memahami.
Sekali itu, saya bersembang dengan mereka dan jiran yang memahami ini berkata,
“Akak dulu kan keje, tapi penat surirumah ni lagilah teruk.  Tak sepenat masa bekerja”.
“Ye ke?” Saya tidak tahu hendak komen apa.  Tetapi dalam kepala berfikir-fikir tentang kebenaranya.
Malam itu saya bertanya pada suami.
“Abang rasa, lebih penat bekerja ke atau jadi surirumah?”
“Tah tapi masa ayu tak keje dulu, abang  tengok Ayu lebih bertenaga.  Rumah beres.  Masak beres.  Anak-anak pun beres.  Petang-petang Ayu sempat lagi bawak anak-anak main kat taman.  Sekarang ni, tak semua yang boleh beres.  Ayu selalunya penat lepas masak dan urus anak-anak.  Baring je terus lena.  Kroh-kroh”.
“Hahaha”.  Saya gelak besar pula.  Bab tidur lena tu memang tak dinafikan!
“Betul lah kot.  Duduk rumah boleh tidur kejap (just a nap) bila penat2 tu”.  Lagipun, apa yang nak dikemaskan sangat, bukan bersepah selalu.  Vakum dan mop 2 kali seminggu.  Basuh tandas sekali dalam 10 hari saja”.   Saya menambah fakta. 
Bekerja lebih penat daripada surirumah sebabnya kat ofis kena setel keje ofis, bila di rumah kene setel keje rumah.  Ianya dua keje dalam 1 hari! 
Yay…satu justifikasi untuk keadaan rumah yang tunggang langgang. 
“Tak senonoh haaa”.