Tuesday, January 10, 2012

Naik pangkat : 024

Topik yang hangat di pejabat saya sekarang ini.  Pihak atasan dilihat tidak telus.  Tiada kriteria-kriteria kelayakan yang jelas bagi kenaikan pangkat. 
Saya juga memohon.  Kalau ada rezeki, dapatlah title KANAN itu.  Saya tidak terlalu mendambakannya kerana saya arif tentang kebolehan diri saya.  Saya sekadar mencuba-cuba.
Keputusan yang diumumkan menunjukkan saya tidak tersenarai bersama barisan yang KANAN. 
Alhamdulillah, detik yang pertama kerana akhirnya keputusan diketahui.  Saya berlapang dada kerana Allah lebih mengetahui baik dan buruk buat semua hamba-hambaNya.  Saya melihat calon-calon yang berjaya dengan tiada sengketa di hati.  Tiada pertikaian.  Alhamdulillah, bagi saya mereka yang terpilih adalah LAYAK.
Hari ini di pantry, saya mendengar dengan jelas rasa tidak puas hati calon-calon yang gagal.  Saya masih bertahan, tanpa pertikaian.  Malahan, saya berterusan mengiktiraf kejayaan mereka yang KANAN.  Namun, semakin banyak cerita, semakin  ianya kelihatan pihak atasan tidak jujur dan berat sebelah.  Ada yang terasa teraniaya.  Saya yang GAGAL turut dipertikaikan.  Macam mana boleh gagal?  Sepatutnya saya juga dapat naik pangkat. 
Masya Allah, ianya kuasa Allah.  Kita tidak menuntut apa-apa, namun ada pula orang lain memerhati dan menuntut kelayakan kita.  Saya merasa lebih gembira pula, tidak dinaikkan pangkat tetapi orang mempertikaikan kerana mengatakan saya LAYAK, berbanding mereka yang naik pangkat tetapi kejayaan mereka dipertikaikan dan dianggap TIDAK LAYAK.
Bos kedua besar bertanya,
“bagaimana you tak boleh dapat ya?  Ada publication di dalam negara dan luar negara, patutnya boleh dapat”.
“Tak apa lah, bukan rezeki saya lagi lah tu”. 
Sambil tersenyum.  (Dalam hati, ianya adalah rezeki yang ditangguhkan oleh Allah).  Saya beredar kerana kepanasan.  Pantry telah kehilangan kipas dan remote control air-cond.
“Ya Allah, saya berlindung denganMu daripada lintasan hati yang jahat dan ta’ajub”.

Monday, January 9, 2012

Diam Lebih Baik: 023

Sepatutnya saya berterusan begitu.  Mak pun memesan banyak kali.

“Awak jangan cakap apa-apa kalau bersembang atau ‘bergosip menceritakan keburukan / salah laku ipar duai yang lain’, diam aje, jangan mengiakan.  Kalau ditanya pendapat awak, jawab aje entah/ tak taulah nak cakap apa.  Paling tidak pun, awak senyum aje, macam takde hal.”

“It’s same when you talk with your MIL and FIL”

Sepatutnya saya taat dengan nasihat mak.

Namun, apabila usia perkahwinan mencecah 10 tahun, bila mana hubungan semakin mesra dan rapat dengan keluarga suami, saya mula mengabaikan sedikit demi sedikit nasihat mak.  Saya mula berasa selesa memberikan pendapat bila MIL atau FIL meminta pandangan.  Saya mula seronok dan merasakan ia lebih mengeratkan hubungan.  Senang cerita, saya merasakan dengan pendapat dan pandangan saya, MIL dan FIL lebih menyenangi saya dan bersifat lebih terbuka dengan menantu.   Saya bukan memburuk-burukkan sesiapa.  Tidak pernah  terlintas sekalipun di hati begitu.

Sepatutnya saya tidak bercakap apa-apa.

Kata SIL 1, MIL bercerita dengannya tentang SIL 2 dan berterusan menyebut nama saya.  Saya kata itu, saya kata ini.  I said this, I said that.  SIL 1 kata, dia tidak kisah sebab ia bukan kisahnya.  Tapi, kalau MIL bercerita dengan SIL 2, bagaimana jadinya hubungan saya dengan SIL 2?  Walaupun apa yang saya kata adalah kisah benar, namun akibatnya sangat dasyat bila ia disampai-sampaikan/ dipanjang-panjangkan.  Haih, menyesalnya saya.  Saya memang tidak menyangka begitu jadinya.  Walaubagaimanapun, saya sangsi pula dengan SIL 1.  Betulkah, atau dia saja nak memburukkan MIL?

Sepatutnya saya tidak perlu masuk campur masalah keluarga suami.

Saya hanya memberikan pendapat setelah suami kata saya perlu berbuat demikian.  Mesti menceritakan kebenaran itu walaupun pahit kerana akibat TIDAK memberitahu adalah lebih TERUK daripada berdiam diri.  Suami kata “yes, you should”.

Sepatutnya saya ingkar kata-kata suami?

“Ya Allah, saya berlindung denganMu daripada fitnah hidup, dosa percakapan dan lintasan hati yang jahat.  Janganlah Engkau memberi kami beban yang tidak perlu dan tidak tertanggung”.

Friday, January 6, 2012

Azeem Darjah Satu: 022

29 Disember adalah hari Orientasi Pelajar Darjah 1. 

Kami teruja.  Lebih teruja daripada Azeem.  Anak lelaki seorang.  Semua perkara harus menjadi baru kerana dia tidak dapat mewarisi baju kakaknya, Athirah.  Begitu juga dengan beg sekolah, ia harus mendapatkan beg Ben-Ten.  Tidak boleh diturunkan kerana beg Athirah berwarna pink.

Namun, kami ibu bapa tidak dapat hadir bersama-sama.  Ada temujanji lain di klinik untuk imunisasi Khadijah yang ke- 5 bulan.  Pening juga bila mana ingin menentukan siapa ke sekolah dan siapa ke klinik walaupun telah jelas di situ, ibu lebih diperlukan di klinik.  Bukan sahaja susu cap gantungnya diperlukan oleh Khadijah, namun apa yang paling penting, Khadijah adalah baby, lebih sukar diuruskan berbanding kanak-kanak berusia 7 tahun.

Akhirnya keputusan nekad dicapai.  Abang membawa Azeem untuk orientasi, manakala saya bersama-sama Athirah ke klinik membawa Khadijah.  Ia keputusan yang agak sukar kerana selama ini semua urusan sekolah anak-anak, saya uruskan.  Daripada beli buku, bayar yuran, bertemu guru untuk melihat kemajuan persekolahan anak-anak sehinggalah menghantar dan mengambil anak pulang dari sekolah.

Azeem sangat okey.  Ujian bertulis yang diberikan cikgu dikatakan senang saje.  Dia juga berjaya mendapat kawan, Hadiff Affan namanya.  Lega saya bila dia gembira.  Pada masa yang sama ada anak-anak yang cembeng dan sebak bila diminta masuk ke kelas untuk ujian bertulis.  Azeem seronok sahaja, bercerita itu dan ini.

Azeem is a special boy to us.  He is just a six years old on 2012 because he was born on December.  Jadi, segalanya kurang matang.  Dia kurang minat belajar tetapi lebih minat bermain.  Ditambah faktor lelaki lebih lambat matang berbanding perempuan, Azeem menjadi dua kali keanak-anakkan.  Kadang-kadang dia masih menulis terbalik, menulis dari kanan ke kiri.  Kadang-kadang huruf ‘b’dan ‘d’ tertukar.  Risau juga kalau dia adalah anak dyslexia.  Namun, ia tidak begitu.  Latihan demi latihan yang diberi, menunjukkan kesimpulan bahawa dia budak normal, cuma kurang fokus.

Selamat bersekolah anakku, Azeem!


Thursday, January 5, 2012

Berpisah Lebih Baik: 021

It sounds suck!

Ianya selalu dikaitkan dengan pasangan suami isteri yang bercerai.  Dialog yang biasa saya dengar begini,

1)      Kami jadi kawan rapat selepas berpisah.  Macam-macam perkara boleh disembangkan.  Pelik, kan?
2)      Dia seperti sahabat baik.  Pendengar yang baik juga.  Macam ber’dating’ pula.

Dulu, saya sukar percaya.  Meloya juga bila saya dengar orang cakap macam tu.  Pada saya, memanglah kamu boleh menjadi seperti kawan yang baik lepas berpisah sebab tanggungjawab suami/ isteri dan ibu/ ayah tu telah tiada.  Lepas ber’dating’, selalunya dengan alasan menyampaikan khabar terkini anak-anak, masing-masing kamu pulang ke rumah sendiri.  Mandi dan terus tidur lena.  Tanggungjawab hanya pada diri.  Rumah tunggang langgang pun takde suami/ isteri nak tegur.  Esok pagi bangun tidur, terus mandi dan bergerak ke tempat kerja.  Takde hiruk pikuk urus anak2 dan sediakan brekfes.  Sekali sekali berjumpa, di restoran pula, sudah tentu wangi belaka.  Memanglah kamu seronok!

Sekarang, saya percaya tetapi dalam konteks yang berbeza.  Sebelum ini, adik ipar tinggal dengan kami.  Dia membuat praktikal dan terus bekerja di tempat yang sama.  Abah dan mak mengharapkan dia tinggal dengan kami, memandangkan dia seorang perempuan, dan elok sangatlah kalau dapat tinggal dengan abang sendiri.  Keselamatan dan kewangan lebih terjamin.

Lapan bulan saya tinggal sebumbung dengannya, selepas itu dia menyewa bersama-sama rakan bujang.  Keputusan yang tidak disukai abah dan mak, namun apa boleh dikatakan.  Saya bukan hendak bercerita buruk tentangnya.  Tetapi saya pelik bila kami dapat bersembang itu-ini bila sesekali berjumpa sedangkan semasa tinggal bersama-sama, sukar sekali hendak bersembang.  Kalau bercakap pun sepatah dua kata sahaja, sekadar memanis mulut, supaya tidak merasa canggung.  Aneh kan?

Betullah kata orang, distance makes heart grow fonder!

Tuesday, January 3, 2012

Dua Dalam Satu: 020

Salam Tahun Baru 2012.


Bersawang blog saya.  Kekangan masa adalah puncanya. 
Orang lain juga diberi masa 24 jam, tetapi mereka masih lagi sempat menulis?  Saya pula, sering menyalahkan masa?  Owh.  Saya mesti berusaha lebih keras untuk menulis.  Saya kira menulis adalah apa yang saya passion, namun jika kadar menulis satu artikel dalam sebulan, it is looks like that I am not that passion and a vivid writer.


Haih.  Sebenarnya banyak benda yang saya nak tulis.  Entri kali ini saya lump-sum dua cerita.
Happy Wedding FRH- 20-11-2011
Tarikh yang cantik.  Barakallah FRH dan wife.  Maaf tak dapat hadir, namun saya kira hadiah yang saya kirim mampu menjadi pengganti diri kami sekeluarga.

Walaupun berkenalan begitu sekejap, namun saya boleh menganggap FRH sebagai sahabat saya.  Sebabnya beliau seorang yang sopan dan berbudi bahasa, mengetahui meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya.  Saya senang dan selesa dengannya.

Saya juga kagum dengannya.  Beliau bercinta dengan orang lain, tetapi akhirnya berkahwin dengan orang lain.  Kerana cintanya atas dasar kasihan, maka cinta itu harus dilepaskan.  Beliau berani dan membuat keputusan yang tepat.  Semoga Allah merahmati perkahwinan beliau. 

Mabrook daripada kami.

Kem Hafazan Al-Quran- 16 Nov till 16 Dec 2011
Sekali lagi alhamdulillah saya diberi peluang oleh Allah untuk mendaftarkan Athirah ke Kem Hafazan.  Pada saya, pengisian masa lapang pada waktu cuti-cuti sekolah dengan mengaji Kalamullah adalah sangat bermanfaat.

Athirah didaftarkan untuk menghafaz ayat al-Quran yang lebih panjang.  Juzu’ Amma telah beliau kuasai.  

Untuk Azeem tunggu dulu, sebab dia masih bertatih mengaji.  Kem Hafazan adalah untuk budak-budak yang telah pandai mengaji supaya mereka boleh terus menghafaz.  Bagi budak-budak yang sedang bertatih, sukar untuk menghafaz.  Nanti kem hafazan bertukar pula menjadi kem tahsin.

Saya kira ia tanggungjawab ibu bapa mengisi masa lapang anak dengan perkara-perkara yang baik.  Sudahlah kita semakin sibuk dengan laporan akhir tahun dan merangka KPI tahun hadapan, anak-anak pula kita biarkan saja kerana kesibukan kita.  Adilkah?
Saya juga tidak faham bagaimana ibu bapa boleh membiarkan anak-anak memilih aktiviti sendiri, walaupun aktiviti itu hanya bersuka-suka menonton tv dan bermain PS2.  Bila diajak untuk sama-sama menghantar anak ke Kem Hafazan ini, boleh pula berkata, “nanti akak tanya dia dulu, nak ke dia masuk Kem Hafazan.  Bukan apa, kot dia tak nak, tak guna juga.” 

Hah? Begitu?  Hati saya menjerit.  Mahu sahaja saya katakan, “insyaAllah dia akan suka, belajar Kalamullah, pasti akan lembut hatinya.  Al-Quran itu kan mukjizat.”

Bertanya anak mahu atau tidak untuk sesuatu perkara yang baik bukannya keperluan memenuhi hak manusiawi itu, pada saya.  Anak-anak yang sekian lama terdedah dengan menonton tv dan permainan PS2, sudah pasti tidak mahu ke kem sebegitu.  Letih menghafaz dan mungkin juga malas nak memberat-beratkan kepala.

“Lagipun dia tak pandai sangat mengaji, akak pun tak sempat mengajar, harapkan ustazah di sekolah sahaja dan blablablabla”.  Kata ibu itu lagi, mungkin untuk menutup kesalahan yang tadi. 

Saya hanya mampu tersenyum.  Dalam hati, kalau tak berkesempatan, hantarlah anak ke kem mengaji qur-an, intensif cuti sekolah supaya lepas sebulan, insyaAllah anak akan lancar mengaji.

Apa-apa pun, pilihan di tangan masing-masing.  Namun memberi pilihan kepada anak yang berumur seawal 8 tahun, bukannya pilihan yang baik.

“Ya Allah saya memohon perlindungan kepadaMu daripada lintasan hati yang jahat”.

Apa kata Athirah?
Best tau dapat pergi Kem Hafazan . Bersyukur sangat sebab dapat pergi Kem Hafazan .
Dapat hafal banyak surah . Dapat kenal ramai kawan dan ustazah .
Siapa yang banyak menghafal dapat hadiah .
Saya dapat hafal daripada surah allail sampai surah ala’la .